Saturday, February 18, 2012

Resepi Spageti Special~ dari dapur amatur:)

Sumber: Google

Semalam ibu dapat request daripada adik ibu yang mintak resepi spageti. Katanya awek kawan dia yang mintak sebab dia pernah makan spageti yang adik ibu bawa ke UPM. Actually, resepi ini ibu tak belajar dari mana2, main agak2 je bahan2nya semasa mula2 buat dulu. Then, ibu modified mengikut selera tekak sendiri. Hubby dan anak2 sangat suka makan spageti.


Bahan-bahan Sos:

3 labu bawang besar (kuning) - potong dadu kecik2.
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - hiris halus
1 sudu cili boh - kalau nak pedas tambah lagi
3-4 biji tomato - dipotong dadu
Sos tomato dan sos cili jenama Life.
1 @ 2 keping daging cincang jenama Ramlee
1 paket perencah spageti Maggi @ 1 botol sos prego (ikut suka nak perisa, ibu suka tradisional @ mushroom) - kalau botol besar gedabak tu boleh 2x buat..nak beli yg dlm tin pun blh gak..ikut budget la.
1/2 tin tomato puree (tak kisah la jenama apa) - kalau tin kecik letak semua.
1 tin cendawan butang jenama ayam brand - hiris nipis
1 keping isi ayam (dada) - hiris nipis (tak letak pun takpe)
3-4 batang sosej dipotong nipis (tak letak pun takpe..ater kata nak sedap kan:)
1 batang carrot dipotong dadu.
1/2 - 1 sudu gula, garam

Mee spageti: Lupa la jenama apa, tapi plastik warna merah..beli yang mee saiz besar.
Rebus air dalam periuk, masukkan secubit garam dan 1/2 sudu minyak (tak nak bagi melekat) Bila air dah mendidih baru masukkan mee. Masak sampai mee lembut.Toskan.

Mee spageti juga sedap kalau digaul dengan minyak zaitun.

Cara buat sos:

1. Panaskan minyak - tumiskan bawang, halia sampai layu.
2. Masukkan cili boh kacau sampai garing.
3. Masukkan daging cincang yg diramas hancur dlm besen yg berisi air (anggaran 2 gelas - kalau tak padan dengan kepekatan daging, boleh masukkan air kemudian). Oh ya..ibu biasanya akan lalukan daging (sebelum ramas dengan air) bawah air mengalir sebagai amik syarat basuh daging. Jangan lama sangat sebab boleh menyebabkan hilang manis daging. Kemudian baru hancurkan daging tersebut. Kalau nak ada daging yang ketul2, jgn hancurkan semua.
4. Biarkan sampai daging dah masak baru masukkan ayam.
5. Masukkan tomato yang dipotong dadu, biar sampai separa hancur.
6. Masukkan carrot.
7. Masukkan perencah spageti @ sos prego, tomato puree, sos cili dan kalau nak tambah sos tomato pun ok utk rasa yg lebih likat (dlm 2,3 sudu). Kacau dan biarkan seketika.
8. Masukkan sosej dan cendawan.
9. Masukkan 1/2 sudu gula, garam secukup rasa
10. Last sekali ibu letak 1/2 sudu campuran bahan2 kering yg mengandungi basil, oregano dll (spaghetti bolognese jenama masterfood). Actually kalau tak letak pun takpe sebab dalam sos prego tu biasanya dia dah campurkan sekali. Baunya agak kuat. (Harga pun boleh tahan mahal, botol kecik ajer tapi tahan lama)


Bila dah siap..bolehlah ngap!

SELAMAT MENCUBA!!!

update: 19 Feb 2012

Oregano+basil

Perencah spageti

No comments: