Apakah yang kuberikan
Tanda aku serta memujamu
Padaku lain tiada hanya
Cumalah rasa pemikat cinta
Tiadakah di hatimu
Bertempat ku di menimbang rasa
Menimbang sayang hasrat asmara
Gaya mu manis jelita
Andai kata engkau pun tahu
Bagaimana hatiku sekarang
Rindu selalu melambai jiwa
Hingga kasih sayangku terbuang
Tetapi kau tak mengerti
Bagaimanakah jadinya nanti
Merindu sepanjang hari
Tak kekal dan abadi
Monday, April 23, 2012
"Ombak Rindu" - Acoustic Cover by Ajek Hassan
Pertama kali ibu dengar mamat ni menyanyi di Sinar FM semasa dalam perjalanan menghantar hubby ke UPM. Boleh tahan jugak suara dia. Yang lebih membanggakan sebab dia berasal dari Terengganu heheh..tetapi telah menetap di Perth bersama dengan keluarganya. Lagu yang ibu dengar masa tu ialah lagu Menimbang Rasa. Sedap suaranya sambil diiringi petikan gitar.
Tapi kali ini layankan lagu Ombak Rindu yang dinyanyikan oleh beliau baru2 ini ketika membuat persembahan di Restoren Rebung. Thanks to blog Sharill Kadir.
Thursday, April 19, 2012
bizi dah watamat!
Assalamualaikum wbt...
Agak lama ibu menyepi..belum cuti lagi, tapi membizikan diri menyiapkan paper final untuk short semester March 2012. Semester ini cuma 7 minggu dan minggu ini merupakan minggu yang ke-3. Another 4 weeks to go. Ibu juga semakin memberat sekarang nak melangkah kaki..tetapi alhamdulillah Allah masih lagi beri peluang sihat tubuh badan. Sakit2 dan lenguh2 tu adatlah kan.
Harap2nya semua ok sehingga ke minggu final dan sempat untuk marking dan prepare teaching file. Lepas tu boleh lah bercuti!
Minggu ini lega sikit berbanding minggu lepas kerana hubby dah pulang dari seminar di Kota Bharu selama 5 hari. Sepanjang peninggalannya ibu agak lelah dan kepenatan sebab terpaksa mengcover tugas2 yang selama ini mendapat bantuan hubby. Nasib baik lah anak2 tak meragam sangat.
Semalam ibu ke klinik menyerah diri pada cik putih. Last jumpa pada 23 Mac lepas. Sepatutnya kena pergi lagi pada 4 April tapi ibu tak pergi sebab bizi jugak walaupun memang dikhususkan setiap Rabu ibu free kan jadual untuk memudahkan ibu menjalani pemeriksaan. Oleh kerana semester baru je bermula, ibu ponteng rutin c.up tu..huhu. Konon-kononnya nak pergi pada Rabu minggu berikutnya tapi cuti hari pertabalan pulak. So, minggu ini takde alasan lagi. Sudahnya semalam melangut 2 jam lebih menunggu giliran, terpaksalah ambil cuti kecemasan. Untuk minggu2 berikutnya berderet2 appointment menunggu termasuklah 24hb April. Ibu berkeras tak mahu jumpa PZM sebab tak mahu cancel kelas hari Selasa..terukkan!

Sunday, April 08, 2012
Amelina: Kecemerlangan yang tidak membanggakan!
Tidak kiralah selangit manapun pujian orang terhadap kejayaan dan kecemerlangan Amalina, tetapi ia tidak mampu meng'impresskan ibu. Dia mungkin cemerlang akademik/IQ yang superb (ada lagi budak2 Melayu yang sama belajar dengannya yang lebih cemerlang daripada dia!) tetapi dari segi penampilan, dia tidak ada beza dengan budak2 lain yang tidak cemerlang akademik dan akhlaknya. Bukan dengki atau nak mengata, hakikatnya ibu memang kesian sangat dengan dia sebab menjadi mangsa didikan ibunya yang konon sangat menyokong Amelina dari segi fesyen.
Daripada paparan Nona tadi, jelas kelihatan penampilan Amelina jauh berbeza daripada penampilan kengkawannya yang nonmuslim, kalau samapun tak hairan lah sebab diorang tu nonmuslim. 'Nur' (cahaya) budak terror tidak terpancar di wajahnya. Kalau orang yang tak tahu yang Amelina tu pernah menggemparkan negara dengan kisah kejayaannya dalam akademik, orang akan kata dia cumalah gadis biasa yang kerjanya melayan pelanggan di kelab2 malam.
Sayang seribu kali sayang...
Tidak dapat dinafikan kecemerlangan dia dalam bidang akademik, tetapi entah kenapa hati ini ralat sangat melihat anak melayu yang dilahirkan Islam dan ibunya bertudung malah berjawatan sebagai pendidik, menghasilkan 'Amelina; yang sebegitu. Katanya, 'jangan libatkan keluarganya' kalau nak mengata atau mengutuk dia..Bukankah penampilan, perangai dan perwatakan kita adalah hasil didikan keluarga kita sejak dari kecil?..Diri kita melambangkan siapa keluarga kita, kita cermin kepada maruah keluarga kita. Sebab tu lah orang2 tua pesan, jaga nama baik keluarga. Sudah terang2an lagi bagitau yang ibu dia yang membelikan pakaian2 untuk dia. Bukannya salah nak berfesyen, tetapi itukah fesyen yang mencerminkan orang Melayu Islam yang terpelajar? Jangan salahkan orang yang 'tidak mengenali' anda jika orang menjudge anda..sebab daripada 'first impression' lah orang membuat penilaian tentang diri anda. Adakah dengan tidak bersolek tebal di mata dan mewarnakan rambut ala2 gadis barat membuatkan kecerdikan anda hilang dan fokus anda kurang?
Fikir2kan...
Anda mungkin cemerlang..tetapi tidak membanggakan!
Saturday, April 07, 2012
Berdikari
Genap seminggu Luqman dan Luthfil pulang terus ke rumah sebaik sahaja habis waktu persekolahan. Sebelum ini mereka berdua akan ke rumah pengasuh yang tinggal di lorong sebelah.
Mulanya risau juga, tapi untuk seminggu ini kami memberi peluang melihat progress mereka. Actually, tempoh mereka tinggal di rumah pengasuh sekejap sahaja. Hari Isnin dan Selasa, Luqman tak balik waktu tengahari, terus tinggal di sekolah menanti waktu sekolah petang dari pukul 2.30pm sehingga 5.30pm. Tunggu van jemput dan hantar ke rumah pengasuh..kadang2 pukul 6.15 baru sampai. Hari Rabu juga dia tak balik sebab ada aktiviti kokurikulum sehingga pukul 4.00pm. Hari Khamis balik untuk makan dan mandi, kemudian terus ke kelas agama. Cuma hari Jumaat aje lah agak panjang sedikit temph mereka berada di rumah pengasuh.
Luthfil pulak balik tengahari setiap hari, tapi agak kelam kabut. Kadang2 nak makan pun tak sempat sebab van sekolah jemput agak awal tapi hantar agak lewat. Sebab itulah kami memutuskan untuk memberi keizinan kepada mereka berdua untuk terus pulang ke rumah.
Sebelum beri keizinan tu, banyak lah pesanan dan nasihat yang perlu dipatuhi. Maklumlah, bukan senang dan agak merisaukan jugak sebenarnya. Yang buat kami lega sedikit sebab ada jiran sebelah rumah yang boleh tengok2kan mereka. Hubby pun sudah sediakan telefon supaya senang kami nak hubungi.
Rutin mereka setiap hari, sebaik sahaja pulang dari kelas agama, perkara pertama yang perlu dibuat ialah kunci pagar dan terus masuk ke rumah, kemudian salin baju, mandi, (dah solat Asar kat sekolah), makan nasi, rehat sekejap dan terus siapkan kerja sekolah sementara menunggu ibu dan ayah pulang.
Kalau diorang kat rumah pengasuh agak sukar nak siapkan kerja sekolah atau buat latihan sebab banyak gangguan. So, tinggal di rumah mereka lebih rilek dan dapat makan malam awal, tidur pun lebih awal.
Cuma ibu je lah kena extra work hard bangun pagi2 menyiapkan sarapan, bekalan dan lauk untuk mereka bila pulang dari sekolah. Demi anak2...
Memang agak memenatkan tambahan pula semester ini ibu ada 4 hari iaitu Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat yang mana mula kelas pukul 8am. So, lepas hantar diorang pergi sekolah, terus bergegas ke ofis. Bayangkan lah dari Mantin ke Kajang/Serdang berapa jauh. Kalau takde kelas, ibu boleh masuk office lewat sedikit.
Semoga pengorbanan ini berbaloi demi keluarga tersayang..dan semoga Allah permudahkan segala urusan dan beri ibu kesihatan yang baik.

Luqman (Abang Long) dan Luthfil (Abang ngah) |
Monday, April 02, 2012
Safee Sali sah bercerai talak 1?
Safee Sali sah bercerai talak 1? Hmmm...ibu takdelah minat sangat bola, tapi cukup berbangga dengan kejayaan jutawan bolasepak ini. Sebelum ini tak pernah dengar sebarang kontroversi tentang hal dia. Tapi 2,3 hari kebelakangan ini peminat Safee Sali dikejutkan dengan berita perkahwinan dia yang bermasalah.
Kaya, glamour, terkenal, berpengaruh, ada rupa dan dikurniakan zuriat bukanlah jaminan untuk kekal bahagia selamanya dalam rumahtangga. Apa definisi bahagia bagi mereka???
Banyak contoh2 lain yang kita boleh lihat pasangan suami isteri bercerai berai waima mempunyai pakej lengkap sekalipun. Apa yang dicari dan yang diimpikan dalam hidup ini sebenarnya?? Soalan itu kadang kala bermain difikiran ibu.
Contoh yang senang untuk kita lihat ialah orang2 terkenal ni..kehidupan artis2, selebriti2 sukan yang ternama, tokoh2 politik dan tidak ketinggalan ahli2 perniagaan. Kebanyakan daripada mereka tidak dikurniakan rumahtangga bahagia. Mungkin ujian Allah bagi mereka lebih besar berbanding ujian untuk orang2 biasa.
Apapun, bak kata Ustaz Azhar Idrus, muka tak cantik/hansem takpe, boleh tutup lampu...tapi kalau akhlak/iman tak berapa cantik takde apa yang boleh ditutup...renung2kan..

Si perempuan dah cantik, cun melecun, si lelaki dah hansem bergaya, berharta, punya kuasa dan ternama...tapi masih lagi tidak bahagia dalam rumahtangga.
Banyak contoh2 lain yang kita boleh lihat pasangan suami isteri bercerai berai waima mempunyai pakej lengkap sekalipun. Apa yang dicari dan yang diimpikan dalam hidup ini sebenarnya?? Soalan itu kadang kala bermain difikiran ibu.
Contoh yang senang untuk kita lihat ialah orang2 terkenal ni..kehidupan artis2, selebriti2 sukan yang ternama, tokoh2 politik dan tidak ketinggalan ahli2 perniagaan. Kebanyakan daripada mereka tidak dikurniakan rumahtangga bahagia. Mungkin ujian Allah bagi mereka lebih besar berbanding ujian untuk orang2 biasa.
Apapun, bak kata Ustaz Azhar Idrus, muka tak cantik/hansem takpe, boleh tutup lampu...tapi kalau akhlak/iman tak berapa cantik takde apa yang boleh ditutup...renung2kan..
Sunday, April 01, 2012
Hidup bahagia tanpa ASTRO aka ASTERUKKK!!
Rasanya dah dekat sebulan rumah kami takde line Astro..Dah penat bergaduh dengan staf ASTRO tentang bil yang sangat merepek. Nak cerita pun rasanya menyakitkan hati ajer. So, kami putuskan untuk offkan sahaja line ASTRO. Bil2 semua dah bayar cuma tak mintak untuk disambungkan. Mungkin ini adalah permulaan yang baik dan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.
Alhamdulillah, anak2 langsung tak bertanya dan merungut. Hidup lebih terasa bermakna dan terisi dengan perkara2 berfaedah. Selalunya kalau hujung minggu Luqman dan Luthfil bangkit tidur awal semata2 nak tengok TV. Dan kadang2 mendatangkan kekecohan sebab berebut channel kegemaran masing2.
Kadang2 perubahan perlu dilakukan dalam hidup walaupun permulaannya agak kekok dan janggal. Yelah, dunia hari ini mana ada rumah yang takde TV. Bagi ibu, jika untuk kebaikan apa salahnya. Selama ini pun terasa hidup menjadi hamba TV, segalanya berpaksikan kepada TV. Buat kerja sekolah pun depan TV, main depan TV, makan pun depan TV apatah lagi kalau tengok TV dah sememangnya mestilah tercongok depan TV. Waktu yang diluangkan untuk TV juga lebih banyak berbanding dengan membuat kerja2 lain. Kanak2 terutamanya sangat terdedah dengan rancangan TV yang adakalanya tak sesuai dengan usia mereka.
Jadi, sepanjang ketiadaan ASTRO ini, ibu dapat lihat banyak perubahan yang berlaku. Anak2 lebih banyak meluangkan masa untuk menelaah pelajaran, bermain dan berseronok di luar rumah sekaligus dapat membina jaringan sosial dan komunikasi yang baik dengan adik beradik dan anak2 jiran. Ibu juga dapat meluangkan lebih banyak masa untuk membuat kerja rumah, dan hubby pulak concentrate dengan tesisnya.
Selain itu, waktu tidur anak-anak lebih teratur, takde masalah nak bangun pagi untuk ke sekolah. Bagi ibu, pendidikan bukan hanya boleh didapati dalam tv sahaja, bahkan ibu bapa juga boleh menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif untuk mereka.
Sebagai alternatifnya, hubby telah membelikan DVD baru menggantikan DVD lama yang hilang remote serta VCD nasyid Maher Zain untuk menghilangkan keboringan selain daripada tujuan mendidik anak2 menjadi anak soleh. Sudah semestinya orang yang paling seronok adalah Wafa Aleesya. Lagu 'Insyaallah' merupakan lagu favorite dia dan sudah boleh menyanyikan lagu tersebut dengan bahasa yang tersendiri:-) Apa tidaknya, lagu 'Insyaallah' menjadi peneman dia siang malam dan menjadi santapan halwa telinga tatkala nak melelapkan mata. Yang selalu jadi mangsa adalah handphne ibu, sedar2 besok pagi bateri dah kong!!

Jejaka hansem ini adalah pujaan hati Wafa Aleesya |
Subscribe to:
Posts (Atom)