Alhamdulillah, anak2 langsung tak bertanya dan merungut. Hidup lebih terasa bermakna dan terisi dengan perkara2 berfaedah. Selalunya kalau hujung minggu Luqman dan Luthfil bangkit tidur awal semata2 nak tengok TV. Dan kadang2 mendatangkan kekecohan sebab berebut channel kegemaran masing2.
Kadang2 perubahan perlu dilakukan dalam hidup walaupun permulaannya agak kekok dan janggal. Yelah, dunia hari ini mana ada rumah yang takde TV. Bagi ibu, jika untuk kebaikan apa salahnya. Selama ini pun terasa hidup menjadi hamba TV, segalanya berpaksikan kepada TV. Buat kerja sekolah pun depan TV, main depan TV, makan pun depan TV apatah lagi kalau tengok TV dah sememangnya mestilah tercongok depan TV. Waktu yang diluangkan untuk TV juga lebih banyak berbanding dengan membuat kerja2 lain. Kanak2 terutamanya sangat terdedah dengan rancangan TV yang adakalanya tak sesuai dengan usia mereka.
Jadi, sepanjang ketiadaan ASTRO ini, ibu dapat lihat banyak perubahan yang berlaku. Anak2 lebih banyak meluangkan masa untuk menelaah pelajaran, bermain dan berseronok di luar rumah sekaligus dapat membina jaringan sosial dan komunikasi yang baik dengan adik beradik dan anak2 jiran. Ibu juga dapat meluangkan lebih banyak masa untuk membuat kerja rumah, dan hubby pulak concentrate dengan tesisnya.
Selain itu, waktu tidur anak-anak lebih teratur, takde masalah nak bangun pagi untuk ke sekolah. Bagi ibu, pendidikan bukan hanya boleh didapati dalam tv sahaja, bahkan ibu bapa juga boleh menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif untuk mereka.
Sebagai alternatifnya, hubby telah membelikan DVD baru menggantikan DVD lama yang hilang remote serta VCD nasyid Maher Zain untuk menghilangkan keboringan selain daripada tujuan mendidik anak2 menjadi anak soleh. Sudah semestinya orang yang paling seronok adalah Wafa Aleesya. Lagu 'Insyaallah' merupakan lagu favorite dia dan sudah boleh menyanyikan lagu tersebut dengan bahasa yang tersendiri:-) Apa tidaknya, lagu 'Insyaallah' menjadi peneman dia siang malam dan menjadi santapan halwa telinga tatkala nak melelapkan mata. Yang selalu jadi mangsa adalah handphne ibu, sedar2 besok pagi bateri dah kong!!
Jejaka hansem ini adalah pujaan hati Wafa Aleesya |
No comments:
Post a Comment