Assalamualaikum,
Kepada pengunjung2 setia blogku, esok dan lusa merupakan hari penuh debaran. Saya akan dimasukkan ke hospital dan akan menjalani pembedahan. Doakan kami selamat dan dipermudahkan urusan.
Aminnn...
Wednesday, June 27, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Silap tarikh daaaa...;)
Betapa confidentnya ibu ke hospital hari ini dan bermati-matian ingatkan ada appointment kat O&G. Dah siap kemas kain baju bagai standby kot2 kena tahan wad, pesan macam2 kat anak2..jangan nakal, jangan gaduh, baca buku, jaga adik, makan, bla..bla..bla...tak cukup ibu pesan, hubby lak pesan ngan budak berdua tu.
Tup2 saat menghulurkan buku temujanji, nurse yang jaga kaunter bahagian temujanji bertanya pada ibu..."puan, bila temujanjinya?" Ibu dengan terpinga2 baru perasan yang tarikh temujanji itu adalah pada 28hb Jun, Khamis nanti.. Astaghfirullah....
Lalu ibu terus menghubungi hubby yang sedang mencari parking selepas menurunkan ibu di lobi.
Alang2 sudah sampai ke hospital, ibu terus ajak hubby ke bahagian PAC dengan membawa surat rujukan daripada doktor. Actually semalam lagi ibu disarankan oleh doktor klinik untuk refer ke wad sebab beberapa masalah. Tetapi dengan gamblenya ibu tak pergi..huhu.
So, bila disuakan surat refer doktor, nurse tanya jugak, kenapa tak datang semalam...terkedu jap mencari jawapan..heehe..padan muka!
Oleh kerana condition ibu yang tak berapa baik, diorang buat CTG, scan dan sebagainya. 3 orang doktor yang memeriksa, ketiga2nya memberi EFW yang berbeza. Keputusan daripada doktor pakar paling mengejutkan.
Setelah diterangkan serba-serbi, perbincangan dan sebagainya, keputusan dibuat. Doktor telah memberikan tarikh kepada ibu. Hari Khamis pagi masuk wad, insyaallah pada hari Jumaat akan menjalani operation :(
Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Amin.
Yang menjadi kerisauan ibu adalah anak2 di rumah...
Di overseakah akuuu???

Monday, June 25, 2012
Kisah adik Zaifah..bahagian 2
Pembetulan...nama adik tu bukan Zulfah, tapi Zaifah (lelaki)
Sekembalinya kami dari pekan Mantin, kami singgah sebentar di SKM. Hajat hubby untuk menghadiahkan adik Zaifah diteruskan. Ibu menunggu di dalam kereta sahaja sebab ada si kecil Wafa.
Selepas berjumpa dengan pak guard, hubby terus menuju ke kelas 3IS. Guru kelas Luqman (3IK) yang bersebelahan dengan kelas 3IS ternampak hubby di luar kelas dan menjangka hubby ingin berjumpa dengan Luqman. Hubby terus menuju ke kelas 3IS.
Kebetulan guru kelas ada waktu itu..dan hubby terus bertanyakan tentang murud yang bernama Zaifah.
Hubby: Cikgu, saya nak bagi beg ni kepada Zaifah. Ada tak murid nama Zaifah dalam kelas ni?
Cikgu: Ada, kenapa dia? Dia tertinggal beg ke?
Hubby: Tak la..saya nak bagi beg ni kepada dia. Pagi tadi saya nampak buku dia berterabur masa kat tepi jalan nak masuk pagar sekolah. Keluarga dia macammana cikgu?
Cikgu: Ooo..macam tu..keluarga dia memang orang susah.
Cikgu kemudiannya memanggil Zaifah dan hubby terus menyerahkan beg tersebut kepadanya. Zaifah terus mengucapkan terima kasih di atas pemberian yang tak seberapa itu.
Hubby menyatakan kerisauan jika Zaifah terasa malu apabila diberikan pemberian tersebut di depan kawan-kawannya...tapi ibu positif menyatakan, dia mungkin kehairanan tetapi dalam masa yang sama berterima kasih.
Wallahuallam..
Semoga Zaifah terus menjadi budak bijak dan cemerlang.
...bila Luqman balik dari sekolah petang tadi, ibu tanya pada Luqman..kenal tak Zaifah? keluarga dia macammana?
Luqman cakap.."kawan saya tuu..rumah dia kat belakang sekolah"
Dia baik tak? tanya ibu lagi.
Dia baik..nakal sikit ajer...jawab Luqman.
..ngeeee..

Kisah adik Zulfah...
Yihaaaaa....mood baik punyer sebab dah mula bersantai2 di rumah...(padahal dalam hati dup dap dup dap jer...takottttt... (" o ")
Iklan jap..nak citer kisah pagi ini.:-)
Rutin setiap pagi hubby ialah menghantar anak2 ke sekolah. SKM dekat ajer, 5 minit dari rumah. Kalau zaman kita dulu-dulu pergi sekolah jalan kaki pun sampai..sambil2 excercise! huhu..
Sementara menunggu hubby balik, ibu lepak2 sambil melipat kain yang menggunung. Semalam hujung minggu tak sempat nak melipat sebab ada tetamu dari Klang yang datang ke rumah kami nak makan durian. Durian beli yer..bukan durian kebun kami..hahahaha
Sebaik sahaja tiba di rumah, hubby mengajukan soalan pada ibu...
Hubby: Sayang, kita ada beg sekolah lebih tak? Beg conference yang abang pernah dapat ke...
Ibu: (Dalam kehairanan...) Beg? Beg conference yang Mitsubishi tu ada laa..
Hubby: Tak muatt...
Ibu:Tak muat? Abang nak buat apa? (Dalam hati..rasanya beg anak2 okey lagi). Semalam masa ibu mengemas kat atas, kat dalam almari anak ibu nampak ada 2 beg, tapi tak tahu lah beg abang ke atau beg pokcik. Abang nak buat apa beg tu?
Lalu hubby pun bercerita...
Hubby: Masa abang U-turn kereta kat sekolah tadi, abang terserempak dengan sorang budak ni. Tengah dok kayuh basikal nak ke sekolah. Tetiba abang tengok buku dia berterabur jatuh sebab beg sandang dia dah buruk sangat. Nasib baik ada sorang budak naik motor tolong dia kutip buku2 dia. Tapi masa nak zipkan, bahagian sebelah lagi pulak ternganga koyak. Abang tengok dia kesian pulak, nak menitik air mata...basikal pun buruk, baju sekolah pun dah lusuh sampai tag nama pun dah pudar.
Ibu: Budak tu tinggal kat mana? Abis, abang tahu ke nama dia?
Hubby: Budak tu datang dari arah Mantin Dalam. Mungkin orang situ kot. Nama budak tu Zulfah, Darjah 3 IS (Ibnu SIna - kelas no2).
Ibu: Ohhh..pandai jugak.
Hubby: Hmmm...tengok cara budak tu cakap pun, macam cerdik jer..cakap anak orang miskin, petah jer bila bercakap.
(Lepas tu hubby terus menyelongkar kotak mencari beg untuk diberikan kepada adik Zulfah..nasib baik ada. Harap2 adik Zulfah sudi menerima pemberian hubby yang tak seberapa ini...biarlah semangat dia hendak menuntut ilmu terus membara dan tidak menjadikan alasan kekurangan sebagai halangan untuk dia berjaya mencapai cita-cita dan mengubah nasib keluarganya)
Sekejap lagi kami akan menghantar beg kepada adik Zulfah di sekolahnya.

Saturday, June 23, 2012
Dah hujung2 ni cepat betul naik hot...geram sebab tak boleh nak aktif dan buat kerja dengan cepat. Lebih geram bila tak dapat nak buat kerja sebab penat. Aduhaiii...sabar aje lah.
Semalam adalah hari terakhir ibu. Sempat masuk kelas seminggu sahaja. Masuk kelas pun sekadar memaklumkan kepada student bahawa pensyarah ganti akan masuk mengajar mereka. Kehadiran minggu pertama seperti yang dijangka. Tak kisah la tu, asalkan ibu sudah menjalankan kewajipan yang sewajarnya.
Hari Selasa minggu depan merupakan last check up ibu di Hospital Serdang. Harap semuanya okey dan dipermudahan segala urusan.
Wednesday, June 20, 2012
Kesian dia...
Hari ini kami balik awal ke rumah. So, hubby cakap nak menjemput Luthfil di sekolah memandangkan dia takde kelas agama. Luqman pulak habis Ko-K pukul 4pm.
Sesampai sahaja di pintu pagar utama......depan pondok guard
Terus dikendong ayahnya masuk ke kereta ("___")

Hubby dah mengucap panjang ...'Ya Allah..anakku...kesiannya...' |
Tertidur keletihan..sensorang dia jer kat sini |
Kepenatan menunggu Abg Long habis kelas Ko-K |
Terus dikendong ayahnya masuk ke kereta ("___")
cinta hati
Perasaan agak tidak keruan sejak akhir2 ini. Semakin menghampiri detik itu, hati semakin cemas dan tidak selesa...tidak lain tidak bukan hanya memikirkan nasib anak2 yang masih kecil. Tidak semena2 malam tadi air mata ibu mengalir lagi...hiba melibat Wafa yang seakan tahu membawa diri...melayan dirinya sendiri. Ingin ibu baring di sisi menemaninya tapi ibu tidak mampu.
Bagaimana nanti anak2 ibu tatkala ibu tiada di sisi..menangiskah dia, sedihkah dia, merajukkah dia...laparkah dia.. Kesian anak2 ibu yang masih kecil dan tidak mengerti. Semoga kalian sentiasa di lindungi Allah.
Ibu sayang anak2 ibu..cinta hati ibu..:( ...sob..sob..sobbb...

kalian umpama mentari yang sentiasa menyinari hari ibu... |
Tuesday, June 19, 2012
Bersyukur kah aku?
Melihat hidup orang lain yang serba serbi hidup dalam kemewahan, lengkap dan ada segalanya menyebabkan kita rasa serba-serbi kekurangan, susah hati dan rendah diri...Alangkah bahagianya kalau kita pun macam tu..ada duit banyak bebas nak beli apa yang kita suka, nak pergi ke mana yang kita rasa nak pergi tanpa mengikat perut mengumpul duit. Sebut jer dah ada depan mata, terlintas je di fikiran dah sampai di depan.
Tetapi apabila melihat kepada orang yang hidup serba kekurangan, tiada pekerjaan atau kerja yang berpendapatan kecil sahaja, tiada rumah, tiada kereta, kadang kala makan, kadang kala tidak, diuji dengan kesakitan dan kemiskinan, diuji dengan tiada zuriat, tiada suami/isteri, suami/isteri tidak setia membuatkan kita rasa bersyukur sangat...Alhamdulillah, aku masih lagi bertuah...aku ingatkan aku yang paling malang di dunia ini...tapi rupanya ada lagi insan lain yang lebih malang dan diuji dengan begitu hebat.
Adakah kebahagiaan itu diukur dengan wang ringgit? Adakah kebahagian itu diukur dengan kereta mewah, rumah yang besar? Ntah la...
Kecukupan itu Allah yang kurniakan. Ada orang gaji 3000 sudah cukup...cukup untuk keperluan harian sehingga ke hujung bulan akan datang. Ada orang 6000 sebulan pun tak cukup, sebab keperluan yang bermacam2. bak kata orang tua2, lagi besar periuk lagi besar keraknya.
Ibu selalu perhatikan pekerja2 am especially pekerja2 pembersihan di tepi2 highway, makcik2 cleaner..tertanya2 berapa gaji mereka? Cukup ke untuk bayar sewa/ansuran rumah, kenderaan, pendidikan, bil2, makan minum anak2...bagaimana mereka menguruskan kewangan setiap bulan. Siapa tidak mahu menyediakan hal2 yang terbaik kepada anak2...dari segi makan minumnya, kediamannya, kesihatannya, pendidikan dan segala2nya lah. Tapi mampukah mereka? Atau sekadarnya sahajakah?
2 hari lepas ibu sempat berbual dengan seorang jiran satu taman perumahan semasa menghadiri kenduri jiran depan rumah kami. Selama ini memang ibu tahu bahawa suaminya mendapat kemalangan (jatuh dari bumbung semasa sedang renovate rumah client ) dan koma beberapa minggu, namun sekarang telah sedar. Malangnya suaminya lumpuh dan tak dapat nak bercakap, hanya kenal orang2 terhampir dengan dia sahaja. Mereka ada 6 orang anak, yang sulung tingkatan 5 dan yang bongsu bersekolah tadika.
Menurut jiran ibu ini, hujung bulan Jun nanti suaminya akan menjalani pembedahan kali kedua untuk memasukkan tempurung kepala di sebelah kiri. Sebelum ini doktor mengeluarkan tempurung kepalanya sebab otaknya didapati membengkak. So, kalau didapati tempurung asalnya tak padan, terpaksa lah menggantikan dengan tempurung kepala tiruan. Tak dapat ibu bayangkan"________".
Suami kakak ini bekerja sendiri, kontraktor renovate rumah macam tu lah. Dan setahu ibu kakak ini tak bekerja. Dalam hati tertanya2 juga, bagaimana mereka meneruskan kelangsungan hidup selepas suaminya ditimpa kemalangan sejak awal tahun. Anak 6 yang masih kecil bersekolah, makan minum, bil2, transport, rumah, kos perubatan dsb. Setiap kali menggunakan khidmat ambulans (private) kena charge rm300 dua hala (kalau sehala RM200). Ohhhh..tak dapat dibayangkan. Dari luar ibu nampak kakak tu steady ajer..tapi tak tahulah mungkin dia sudah dapat menerima taqdir yang berlaku ke atasnya. Di luar kita nampak dia tenang, tetapi di dalam hanya Allah dan dia sahaja yang tahu. Semoga kakak tu tabah menghadapi segala ujiannya.
Ibu percaya dengan ketentuan takdir Illahi..setiap insan telah ditentukan bahagian masing2 sesuai dengan kemampuannya. Dan ujian itu ada dalam pelbagai bentuk. Setiap insan juga ditentukan dengan 'rezeki dan nasib' masing2..ada yang dapat cepat, ada yang lambat, ada yang banyak dan ada yang sedikit. tapi sebagai Muslim yang beriman, haruslah kita berdoa, berusaha, bersyukur dan bertawakkal...setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya!
Doa yang bagus dibaca/amal diwaktu pagi dan petang untuk mengelakkan kesusahan/bebanan hutang.
Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang"..

Isu Rohingya, rakyat Myanmar yang tertindas....
Ramai di antara kita tidak menyedari wujudnya satu kaum Muslimin yang sedang menderita di nafikan hak mereka..bukan jauh pun dari negara Malaysia, tetapi ibu hairan kenapa selama ini tidak pernah kedengaran tentang kisah mereka di paparan akhbar atau internet. Tidak seperti isu Palestin, Afganistan, Chechnya dan Bosnia yang sering diperkatakan. Sehinggalah baru2 ini negara kita Malaysia dikejutkan dengan demonstrasi aman di Kuala Lumpur yang dilakukan oleh masyarakat Rohingya yang meminta agar negara2 Islam khususnya kerajaan Malaysia berbuat sesuatu kepada saudara mereka yang tertindas, diseksa dan dibunuh kejam di Myanmar.
Siapa etnik Rohingya ini?
Ibu terjumpa artikel ini di blog http://myibrah.com yang diambil dari blog http://www.zainurrashid.com. Sama2 lah kita berdoa dan membantu mengikut kemampuan kita semua demi masyarakat Islam saudara seagama kita.
Umat Islam Di Myanmar Di Seksa
Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.
Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).
Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.
Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.
Siapakah umat Islam Rohingya?
Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.
Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.
Apakah nasib mereka?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa.
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan.
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar.
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka
Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.
Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya
Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.
Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
Pelarian Rohingya di Acheh
Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.
Kalau bukan kita, siapa lagi ?
Kenapakah kami dilupakan ?
Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.
Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”Beberapa saranan :
Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.
Keceriaan mereka, kegembiraan kita….
Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”Hadith riwayat Muslim
Jom, peduli ummah…..
Monday, June 18, 2012
Menghitung hari~
Wah! Pengunjung blogku semakin bertambah dari hari ke hari. Macam tak caya jer ibu tengok statistik yang semakin meningkat. Maklumlah..blog ibu sekadar blog untuk mencatatkan perkara2 biasa sahaja yang berlegar dalam kehidupan ibu dan keluarga. Selain untuk tatapan sendiri dan kepuasan sendiri, blog ini juga ibu jadikan sebagai tempat untuk mengabadikan kenangan yang pernah berlaku dalam hidup ibu. So, kepada yang mengunjungi blog ini samada secara sengaja atau teraccident, ibu ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Silalah berkunjung lagi yer..dan jgn serik;-)=
Well, minggu ini merupakan minggu terakhir ibu kerja. Rasanya minggu depan dah nak bercuti panjang. Disebabkan bos ibu pun sangat 'mesra alam', ibu terpaksa ambil keputusan untuk bercuti awal. Nak buat macammana..kita hanya yang menurut perintah..huhuhu.
Lagipun kaki ini sudah tidak larat nak melangkah masuk kelas...so, rehat aje lah di rumah diam2. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Jangan lupa dakan ibu agar segalanya dipermudahan. Aminnn...

Wafa: Ibu, ini Wafa laaaa...(tak sangka dia kenal muka dia masa kecik..hehe) |
Luthfil Hadi dan Wafa Aleesya~menanti kedatangan orang baru |
Sunday, June 17, 2012
Kek Batik Istimewa
Ibu tak pernah makan kek batik apatah lagi membuatnya.
Dulu ingatkan cara buat kek batik ni samada kena kukus atau pun bakar, rupanya sonang ajorrr...tak perlu kukus dan tak perlu bakorrr..
Biasanya orang buat kek batik guna biskut marrie, tapi ibu guna biskut Digestive..sodappp!
Percubaan pertama membuatnya, ibu try buat separuh je dari biskut Digestive 400g...takut tak menjadi atau tak mendapat sambutan..ibu bukannya kaki makan..suka buat ajer.
Inilah hasilnya.....
(Rujuk Resepi Kek Batik Istimewa di bawah)
Sebenarnya terdapat banyak versi cara-cara membuat kek batik ini..tapi ibu buat cara yang paling ringkas dan mudah.
Bahan-bahannya:
200gm biskut Digestive (dipatah2kan..kalau tak nak patahkan pun boleh, bergantung kepada kesukaan dan saiz loyang yang digunakan)
100gm butter
4-5 sudu besar milo
3 sudu besar serbuk koko (ibu guna jenama Van Houtten)
4-5 sudu besar susu pekat manis (kalau suka manis, boleh tambah lagi)
Cara buatnya:
1. Panaskan butter sehingga cair dengan menggunaan api perlahan.
2. Masukkan susu dan kacau menggunakan whisk @ senduk kayu
3. Masukkan serbuk milo sedikit demi sedikit diikuti serbuk koko. Kacau sehingga semuanya hancur dan sebati.Padamkan api.
4. Masukan biskut dan gaul serata.*
5. Masukkan ke dalam loyang yang dilapikkan dengan plastik supaya senang nak angkat nanti.
6. Padatkan susunan dengan cara menghentak loyang sebelum disejukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1-2 jam. Lagi lama lagi bagus sebab kalau sekejap sangat, coklat tak sempat nak mengeras. Nanti lembik masa nak potong.
*(Ada yang buat, susun biskut dalam loyang dan lapiskan dengan acuan tadi dengan berselang seli sehingga habis...so, suka hati la nak buat cara yang mana satu)

Kek Batik Istimewa |
Sedap dimakan sebaik sahaja dikeluarkan dari peti |
Kaya dengan rasa coklat |
Dan sangat rangup.. |
Istimewa untuk penggemar coklat tegar;) |
Sebenarnya terdapat banyak versi cara-cara membuat kek batik ini..tapi ibu buat cara yang paling ringkas dan mudah.
Bahan-bahannya:
200gm biskut Digestive (dipatah2kan..kalau tak nak patahkan pun boleh, bergantung kepada kesukaan dan saiz loyang yang digunakan)
100gm butter
4-5 sudu besar milo
3 sudu besar serbuk koko (ibu guna jenama Van Houtten)
4-5 sudu besar susu pekat manis (kalau suka manis, boleh tambah lagi)
Cara buatnya:
1. Panaskan butter sehingga cair dengan menggunaan api perlahan.
2. Masukkan susu dan kacau menggunakan whisk @ senduk kayu
3. Masukkan serbuk milo sedikit demi sedikit diikuti serbuk koko. Kacau sehingga semuanya hancur dan sebati.Padamkan api.
4. Masukan biskut dan gaul serata.*
5. Masukkan ke dalam loyang yang dilapikkan dengan plastik supaya senang nak angkat nanti.
6. Padatkan susunan dengan cara menghentak loyang sebelum disejukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1-2 jam. Lagi lama lagi bagus sebab kalau sekejap sangat, coklat tak sempat nak mengeras. Nanti lembik masa nak potong.
*(Ada yang buat, susun biskut dalam loyang dan lapiskan dengan acuan tadi dengan berselang seli sehingga habis...so, suka hati la nak buat cara yang mana satu)
Friday, June 15, 2012
main psikologi
Pandangan mata lelaki dan perempuan ni kadangkala tak sama. Perempuan melihat sesuatu dari sudut kesempurnaan, keselamatan dan kebaikan..lelaki?ntah laa..tak tahu apa yang dipandang sebab walaupun benda ada di depan mata, ia tidak memberi apa2 implikasi..lihat sekadar melihat.
Oleh kerana sesuatu perkara itu sudah memakan masa yang lama..so, kita main psikologi sikit.
Situasi 1:
Malam tadi kat bilik air, ibu nampak ada anak lipan, so kalau ada anak lipan, mesti ada mak lipan kan!..camner ek kalau time tu anak yang guna bilik air???terpijak ke aper... (merujuk kepada bilik air yang tak berlampu sudah sekian lama)
Situasi 2:
Kalau la ibu boleh panjat kerusi baiki langsir yang senget ni, dah lama ibu buat..tapi kang kalau ibu panjat, jatuh ke apa..satu hal pulak kannn...kesian baby..(merujuk kepada kayu langsir yang senget sebab paku tercabut di bilik tidur anak)
Situasi 3: (dah lama)
Tinggi jugak tangga rumah kita ni..camner ek kalau time anak main tangga, tetiba terjatuh..silap hari bulan boleh patah riuk..kesian anak kannn... (merujuk kepada tangga yang tidak dipasang pagar)
teori keperluan manusia
Kepuasan kerja (job satisfaction) setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain mengikut keperluan semasa mereka. Jika dilihat kepada teori hirarki Keperluan Maslow, terdapat 5 tingkat keperluan dalam hidup manusia.Keperluan yang paling basic adalah (makanan, minuman, pakaian) (shelter, keselamatan), (kasih sayang), (social), (self esteem) dan (self actualization). Namun untuk memenuhi tingkat yang paling tinggi, manusia perlu memenuhi tingkat yang paling basic terlebih dahulu.
Justeru, apabila sesetengah keperluan ini tidak dapat dipenuhi terutamanya jika ia melibatkan external factor, level job of satisfaction seseorang itu akan menurun. Sebagai contoh, seorang pekerja merasa kurang berpuashati dan tidak seronok apabila ketuanya tidak perihatin dan bertimbangrasa terhadap situasi dia ketika itu. Dia tidak memerlukan basic need sebab basic need dia telah dipenuhi, cukup makan, cukup pakai, ada tempat tinggal..tetapi apa yang dia perlukan adalah perhatian dan kasih sayang..sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting untuk kepuasan dan keperluan diri dia. Cukuplah sekadar bertanya khabar, faham situasi kesukaran dia dan bertolak ansur...
....sesuatu yang mudah tetapi susah hendak dipenuhi kerana tidak semua manusia memahami keadaan manusia yang lain selagi ia tidak berlaku kepada diri mereka sendiri atau orang yang terhampir dengan mereka...wallahuallam!

Thursday, June 14, 2012
Research Workshop
Alhamdulillah..sudah selesai Writing Research Workshop yang telah diadakan di Hotel Residence, UNITEN yang bermula pada 12-13 Jun 2012. Lepas ni berasak-asak menyiapkan penulisan pula. Almaklumlah, tarikh akhir report perlu dibentangkan adalah pada bulan September nanti. Sebelum ibu bercuti panjang, ibu kena siapkan research ini dahulu...kesian kat ahli team yang lain yang kena cover semua kerja.
Oklahh..takde idea nak menulis..layan gambar aje lah.

Hari pertama, semua serius buat kerja |
sempat posing tuu.. |
Hari kedua, tetamu jemputan Prof Zaid, UPM |
Semua khusyuk mendengar Prof Zaid bercerita tentang research |
Prof Zaid, dekan FEM, UPM |
khusyuk nyer... |
Monday, June 11, 2012
Anak daraku~
Kek Pisang
Saturday, June 09, 2012
Mengidam Kek Pisang
Bukan ibu yang mengidam kek pisang, tetapi officemate hubby dok mengidam nak makan kek pisang yang ibu buat. Bila orang dah menyebut2 bertanya bila lagi nak bawak kek pisang ke office, ibu rasa tak sampai hati pulak untuk tidak memenuhi permintaan itu. Yelah, kita pun pernah berada di tempat yang sama.
Alhamdulillah, tadi ibu dah beli pisang dan telur. Insyaallah esok ibu akan buat. Harap2 nya esok ibu larat nak membuatnya..dan pisang masih ada lagi. Tadi budak2 tu dah balun makan 4,5 biji..jangan tinggal kulit pisang sudah laaa..huhu.
Friday, June 08, 2012
kereta buat hal...
Tak tahu dari mana nak mulakan entry kali ini...
Perkara yang menjadi kerisauan ibu rupanya menjadi kenyataan semalam.
Secara tiba2 kereta mati enjin di tengah2 jalan, bukan sekali tetapi beberapa kali. Nasib baik masa tu hubby yang drive. Kalau ibu yang drive tak tahu lah nak cakap apa sebab apabila enjin mati, stereng kereta tak dapat nak berfungsi. Agak cuak juga la.
Semasa hubby hantar servis kereta minggu lepas, pomen cakap enjin kereta ada masalah, so kena betulkan takut ianya lebih melarat lagi dan akan melibatkan kos yang lebih banyak. Tapi masalahnya dia cuma dapat siapkan dalam masa seminggu dan tak dapat nak buat dalam masa terdekat sebab kereta tengah banyak di bengkel. Lagipun dengan keadaan ibu yang sedang menunggu hari, takut juga jika berlaku apa2 nanti. So, hendak tak hendak memang perlu direpair..cuma tidak menjangka secepat ini...budget dalam hujung bulan ini atau sebelum puasa. apa nak buat, kita hanya merancang Allah yang menentukan.
Nampaknya beberapa bulan ini banyak duit mengalir sebab kereta..tukar brek lah, tukar tayar lah, aircond rosaklah..dan kali ini enjin pulak;(
Nasib baik ada sang kancil..buruk2 pun masih berjasa lagi pada tuannya:))

Wednesday, June 06, 2012
Kehadiran yang dinanti..
Walaupun luaran nampak macam takde apa2, tapi dalam benak fikiran ni sedang memikirkan bermacam2 perkara. Kadang2 terjaga di malam hari ibu tak lupa menitipkan doa agar Allah tabahkan hati ini.
Alhamdulillah, kerja-kerja office dah beres (walaupun ada lagi kerja yang berkaitan dengan research sepatutnya dibereskan sebelum bercuti). Memandangkan hati tak keruan dan dalam kerisauan memikirkan beberapa hal yang muncul dan bakal berlaku, ibu jadi bertambah risau..
Ya Allah..semoga Engkau memberi jalan kepada kami dan mempermudahkan segalanya.
Rahsia-Mu sukar nak dijangka. Harap semuanya berjalan dengan baik. Amiinn.
June, Julai dan Ogos...kehadiranmu ku nanti..insyaallah jika umur masih panjang..'___'

Monday, June 04, 2012
Saintis Muda nak takhluk DUNIA??
Jom saksikan budak kecil yang sedang bermimpi untuk menjadi saintis muda yang bakal menakhluk dunia suatu hari nanti:-)=
Bukan calang2 buku beb buat lapik kepala..AHLI SAINS MUDA!! ko hado? kua kua kua.. |
Sedang menyerap ilmu... |
Harap2 nya betul2 menjadi AHLI SAINS macam ayah:) |
.... yang bakal menakhluk seantero DUNIA!!! |
Saturday, June 02, 2012
Resepi Kari Ikan Bawal Hitam ala mamak~
Kita bersiaran tentang resepi lagi kali ini.
Nampaknya makin tak larat, makin menjadi2 nafsu nak memasak..hehehe
Juadah untuk tengahari ini ialah masak kari ikan bawal hitam ala mamak. Yeahhhh...mengambil idea lepas makan kari ikan yang dimasak oleh kakak ipar ibu semasa berkunjung ke rumah dia minggu lepas. Tak sangka pulak kari ikan bawal ni sedap rasanya. Kalau tak silap, baru sekali ibu masak kari ikan..lama dulu kala.Itupun letak santan. So, agak kurang menyerlah bab2 kari ikan ni membuatkan ibu malas nak buat lagi. Selalunya ibu buat kari ayam atau daging sahaja.
Dan kari adalah favourite Luqman!! Masaklah kari setiap hari pun, dia sentiasa berselera menambah 2, 3 kali. Lauk lain dia dah tak pandang:p
Ikan bawal dah beli since last week lagi. Tadi ke pasaraya Zemart ibu top up lagi sekor, masak untuk malam terussss.
Memandangkan hujung minggu lepas agak sibuk dan takde kat rumah, so minggu ni rancangan memasak diteruskan.
Kepada peminat kari ikan, berikut ialah resepinya. Selamat mencuba!
RESEPI KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK~
Bahan2:
2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar - dipotong sebesar 2 jari
5 sudu serbuk kari ikan jenama Babas
1 labu bawang merah besar - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
4 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Sebiji tomato
10-15 biji bendi (nak potong 2 pun boleh, ibu suka sebiji2)
1 sudu asam jawa (ambil airnya)
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Bersihkan ikan dan potong ikan sebesar 2 jari.
2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, setelah naik bau masukkan daun kari dan bawang serta halia yang dimayang. Kacau sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan serbuk kari, guna api perlahan supaya kari tidak hangus. Kacau sehingga serbuk kari masak dan wangi.
4. Kemudian, masukkan air secukupnya (lebih kurang 4-5 gelas). Masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan mendidih seketika barulah dimasukkan ikan.
5. Agak2 ikan dah separuh masak, masukkan bendi dan tomato. Tutup periuk.
6. Biarkan seketika dan tutup api.

Kari ikan bawal ala mamak ~ kesukaan Luqman:) |
Luqman bagi nama 'Kari Ikan Mak Ida' sebab sama dengan kari yang Mak Ida masak...huhu |
Friday, June 01, 2012
Resepi Kek Pisang Gebu
Malam tadi terlebih rajin la pulak. Bila hubby ajak balik awal ke rumah semalam, dalam hati hip-hip horray! Dah set dalam kepala nak buat projek kek pisang. Actually, banyak pisang kat rumah yang dah semakin gebu. Pisang2 tu Ma yang bawak dari kampung semasa datang KL. Ibu sudah masak cokodok pisang sekali, tapi masih ada banyak lagi. So, daripada membazir buang macam tu ajer, better buat sesuatu..sekurang2nya bawak ke office dan beri kepada orang lain untuk makan..dapat jugak pahala kan!
Resepi kek pisang ini ibu google je dari internet. Sebelum ini ibu pernah buat kek pisang kukus (lama dulu), tapi tak sesedap kali ini. So, kat sini ibu kongsikan bersama resepi dan cara2 membuatnya. Ada yang ibu modified sket dan ada bahan yang ibu tak letak sebab takde bahan tu.
Oleh kerana ada banyak pisang kat rumah, ibu buat 2 versi..hahaha..tamak kan!!..1 bakar dan 1 kukus. Ternyata kek pisang kukus lebih lembut dan gebu. Kek Pisang bakar pula sangat sedap sebab garing dan ringan. Rupa kek pisang bakar juga lebih menyelerakan:p
Selamat mencuba!
RESEPI KEK PISANG - BAKAR / KUKUS
Bahan2:
5 biji pisang berangan (dilecek - ibu guna mixer jer senang)
3 biji telur - gred A/B
2 cawan tepung naik sendiri (kes malas nak ayak la nih)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula perang (untuk kukus, ibu guna 3/4 cawan gula perang)
1/4 cawan gula biasa*
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
1 penutup esen vanilla
1 penutup perisa pisang
secubit garam
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 180 darjah. (Panaskan pengukus) .Griskan loyang dengan minyak/mentega.
2. Pukul telur dan gula hingga gula larut dan kembang. (ibu guna mixer jer)
3. Masukkan minyak, pisang yang sudah dilenyek, tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam sedikit demi sedikit dan putar/pukul sehingga sebati.
4. Masukkan esen vanila dan perisa pisang. Pukul lagi sehingga sebati.
5. Bakar selama 40 minit/sehingga masak (cucuk dengan cake tester dan tak melekat)

Kek Pisang yang sungguh harum semerbak:p |
Sangat gebu, ringan dan garing di permukaan. |
Dah tinggal separuh kirim kat officemate hubby |
Tak boleh makan banyak2..manis wehh:) |
Kek Pisang kukus..guna resepi dan acuan/ sukatan yang sama dengan kek pisang bakar, cuma ibu tak letak gula putih, guna 3/4 cawan gula perang. |
Kukus selama 40-45 minit / sehingga masak. |
Sangat gebuuuuuuuuuuuu... |
dan lembuttttttttttttt... |
baunya yang sangat wangi mengancam jiwa! |
Subscribe to:
Posts (Atom)