Tuesday, June 19, 2012

Bersyukur kah aku?

Melihat hidup orang lain yang serba serbi hidup dalam kemewahan, lengkap dan ada segalanya menyebabkan kita rasa serba-serbi kekurangan, susah hati dan rendah diri...Alangkah bahagianya kalau kita pun macam tu..ada duit banyak bebas nak beli apa yang kita suka, nak pergi ke mana yang kita rasa nak pergi tanpa mengikat perut mengumpul duit. Sebut jer dah ada depan mata, terlintas je di fikiran dah sampai di depan.

Tetapi apabila melihat kepada orang yang hidup serba kekurangan, tiada pekerjaan atau kerja yang berpendapatan kecil sahaja, tiada rumah, tiada kereta, kadang kala makan, kadang kala tidak, diuji dengan kesakitan dan kemiskinan, diuji dengan tiada zuriat, tiada suami/isteri, suami/isteri tidak setia membuatkan kita rasa bersyukur sangat...Alhamdulillah, aku masih lagi bertuah...aku ingatkan aku yang paling malang di dunia ini...tapi rupanya ada lagi insan lain yang lebih malang dan diuji dengan begitu hebat.

Adakah kebahagiaan itu diukur dengan wang ringgit? Adakah kebahagian itu diukur dengan kereta mewah, rumah yang besar? Ntah la...

Kecukupan itu Allah yang kurniakan. Ada orang gaji 3000 sudah cukup...cukup untuk keperluan harian sehingga ke hujung bulan akan datang. Ada orang 6000 sebulan pun tak cukup, sebab keperluan yang bermacam2. bak kata orang tua2, lagi besar periuk lagi besar keraknya.

Ibu selalu perhatikan pekerja2 am especially pekerja2 pembersihan di tepi2 highway, makcik2 cleaner..tertanya2 berapa gaji mereka? Cukup ke untuk bayar sewa/ansuran rumah, kenderaan, pendidikan, bil2, makan minum anak2...bagaimana mereka menguruskan kewangan setiap bulan. Siapa tidak mahu menyediakan hal2 yang terbaik kepada anak2...dari segi makan minumnya, kediamannya, kesihatannya, pendidikan dan segala2nya lah. Tapi mampukah mereka? Atau sekadarnya sahajakah?

2 hari lepas ibu sempat berbual dengan seorang jiran satu taman perumahan semasa menghadiri kenduri jiran depan rumah kami. Selama ini memang ibu tahu bahawa suaminya mendapat kemalangan (jatuh dari bumbung semasa sedang renovate rumah client ) dan koma beberapa minggu, namun sekarang telah sedar. Malangnya suaminya lumpuh dan tak dapat nak bercakap, hanya kenal orang2 terhampir dengan dia sahaja. Mereka ada 6 orang anak, yang sulung tingkatan 5 dan yang bongsu bersekolah tadika.

Menurut jiran ibu ini, hujung bulan Jun nanti suaminya akan menjalani pembedahan kali kedua untuk memasukkan tempurung kepala di sebelah kiri. Sebelum ini doktor mengeluarkan tempurung kepalanya sebab otaknya didapati membengkak. So, kalau didapati tempurung asalnya tak padan, terpaksa lah menggantikan dengan tempurung kepala tiruan. Tak dapat ibu bayangkan"________".

Suami kakak ini bekerja sendiri, kontraktor renovate rumah macam tu lah. Dan setahu ibu kakak ini tak bekerja. Dalam hati tertanya2 juga, bagaimana mereka meneruskan kelangsungan hidup selepas suaminya ditimpa kemalangan sejak awal tahun. Anak 6 yang masih kecil bersekolah, makan minum, bil2, transport, rumah, kos perubatan dsb. Setiap kali menggunakan khidmat ambulans (private) kena charge rm300 dua hala (kalau sehala RM200). Ohhhh..tak dapat dibayangkan. Dari luar ibu nampak kakak tu steady ajer..tapi tak tahulah mungkin dia sudah dapat menerima taqdir yang berlaku ke atasnya. Di luar kita nampak dia tenang, tetapi di dalam hanya Allah dan dia sahaja yang tahu. Semoga kakak tu tabah menghadapi segala ujiannya.

Ibu percaya dengan ketentuan takdir Illahi..setiap insan telah ditentukan bahagian masing2 sesuai dengan kemampuannya. Dan ujian itu ada dalam pelbagai bentuk. Setiap insan juga ditentukan dengan 'rezeki dan nasib' masing2..ada yang dapat cepat, ada yang lambat, ada yang banyak dan ada yang sedikit. tapi sebagai Muslim yang beriman, haruslah kita berdoa, berusaha, bersyukur dan bertawakkal...setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya!

Doa yang bagus dibaca/amal diwaktu pagi dan petang untuk mengelakkan kesusahan/bebanan hutang.



Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang"..

No comments: