Friday, June 15, 2012

main psikologi

Pandangan mata lelaki dan perempuan ni kadangkala tak sama. Perempuan melihat sesuatu dari sudut kesempurnaan, keselamatan dan kebaikan..lelaki?ntah laa..tak tahu apa yang dipandang sebab walaupun benda ada di depan mata, ia tidak memberi apa2 implikasi..lihat sekadar melihat.

Oleh kerana sesuatu perkara itu sudah memakan masa yang lama..so, kita main psikologi sikit.

Situasi 1:

Malam tadi kat bilik air, ibu nampak ada anak lipan, so kalau ada anak lipan, mesti ada mak lipan kan!..camner ek kalau time tu anak yang guna bilik air???terpijak ke aper... (merujuk kepada bilik air yang tak berlampu sudah sekian lama)

Situasi 2:

Kalau la ibu boleh panjat kerusi baiki langsir yang senget ni, dah lama ibu buat..tapi kang kalau ibu panjat, jatuh ke apa..satu hal pulak kannn...kesian baby..(merujuk kepada kayu langsir yang senget sebab paku tercabut di bilik tidur anak)

Situasi 3: (dah lama)

Tinggi jugak tangga rumah kita ni..camner ek kalau time anak main tangga, tetiba terjatuh..silap hari bulan boleh patah riuk..kesian anak kannn... (merujuk kepada tangga yang tidak dipasang pagar)




No comments: