Tuesday, August 14, 2012

Resepi: Tat Nenas Gulung

Ada regular customer reader ibu komplen kenapa susah sangat nak tinggalkan komen kat entry ibu sekarang..hahaha..memang security agak ketat sebab ada orang menyamar tak nak tulis nama sebenar..suka sangat guna nama mak anon....

so, sempena bulan puasa ni, ibu kurangkan sikit security untuk reader pengomen entry ibu..amacam??

tak dapat nak bercerita panjang..si kecik ni dah hok hek hok hek dah bangun tidur.

Just nak show2 tat nenas gulung yang ibu buat semalam..dengan gigihnya den buat..first time buat memula rasa cam nak patah tangan sebab guna piping. banyak kali jugak siaran tergendala sebab si kecik ni sampaikan doh tat jadi keras, so kena tambah butter barulah okey.

Dengan jayanya mendapat satu balang dengan kuantiti lebih kurang 80 biji termasuk yang dah dingap!

80 biji pun siap kol 1.30 pagi..nasib baik den tak tamak buat sekilo gandum!! maunya berbuka pun den hidang TAT jeee..ada la yang buat muka KETATTT:)=

seriusss sedap...ngam sgt dgn pastrinya yg gebu dan jem nenas yg masam2 manis

hasil kombinasi 2 resepi

jemput dtg berayaaaaa...
resepi:

325gm gandum
250 butter
2 telur kuning
1/2 sd kecil esen vanila
1/2 sd kec garam
3 sdb gula icing
sedikit pewarna kuning


Tuesday, August 07, 2012

Resepi: Biskut Famous Amos & Biskut Oat Coklat

Kita bersiaran lagi hari ini.

Semalam memang tak bukak laptop..siap sorokkan dalam gobok dari cik Wafa sebab dia asyik nak tengok Upin & Ipin ajer...laptop pun dah merajuk sebab bring tahap gaban asyik dok ulang2 18 kali sehari. Ada sekali tu, laptop ibu tetiba jer off sendirik..cuak jugak sebab keja analisis hubby blom siap dan ada dalam laptop ibu.

Okey lah..hari ini dengan tekad dan iltizamnya ibu buat biskut raya..jeng!jeng!jeng! 2, 3 hari lepas Luthfil Hadi dok menyebut2 bila ibu nak buat biskut coklat macam dulu tu. Demimu anak, kugagahkan jua..blom pernah buat biskut raya sendiri, selalunya ku tunjuk2 dan ku order sajorkkkk...kekeke. Nasib baik ke nasib kurang baik, tahun ini ibu bercuti 2 bulan di rumah. so, tunjuk skill amatur lah.

Dengan jayanya 2 jenis siap hari ini..mau patah rasa pinggangku. Mana nak buat biskutnya, mana nak meng 'entertain' si kecik nya..adoyaiii...sabor ajer lah. Mengelek budak kecik yg beratnya 5 kilo lebih tu sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi menerap biskut. Elok je dia kat atas dukung, senyap pulak diaa..kalau tak meraung kemain lagi.

Satu resepi ibu dah pernah cuba buat iaitu biskut famous amos..satu lagi blom pernah buat. First time buat biskut oat coklat, alhamdulillah..hubby cakap sedap. Cari resepi dalam internet jer dan modified ikut suka hati. Dalam resepi cakap oat segera, tapi ibu letak biskut oat sebab tak nak membazir biskut yang hubby belikan masa ibu dalam wad bersalinkan baby..manis ya ampunnn..Dengan kekurangan alat perkakas blender kering utk memblend biskut, ibu guna kayu pencanai untuk tumbuk. Geliga tak??huhuhu..esok ni nak guna gula halus, alamatnya kena tumbuk pakai lesung laaa...actually blender kering ada 2, tapi kedua2nya dah diguna hubby untuk kerja2 projeknya memblend jagung dan baja jagung. Takkan nak guna balik..tak kuasa akak!

Biskut Famous Amos~dah tinggal separuh balang kena ngap ngan anak2 dan hubby lepas berbuka tadi..nampak gayanya kena buat lagi la ni..
 RESEPI: BISKUT FAMOUS AMOS

300gm tepung gandum (resepi asal 250gm)
100 gm butter + 150gm marjerin (puteri) (resepi asal 250gm butter)
3/4 cawan gula castor (resepi asal 1 cawan)
1 kuning telur
3 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung susu
1 sudu besar tepung jagung
1sdt soda bikarbonat
1st esen vanila
secubit garam
50gm badam cincang
1/2 cawan coklat chip

Cara2:
1. Ayak tepung gandum, soda, serbuk koko, tepung kanji, garam dan tepung susu.
2. Pukul butter/marjerin dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati (ibu guna mixer jer..)
4. Masukkan badam cincang dan coklat chip. Gaul sebati.
5. Bentukkan bulat atau sudukan ke dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit /masak.
6. Biarkan sejuk sebelum diangkat dan disimpan di dalam bekas kedap udara.



RESEPI: BISKUT OAT COKLAT

1 1/2 cawan biskut oat (hancurkan/blend)
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gandum
3 sudu tepung jagung (res. asal 1 1/2 cwn tpg kentang)
1 sdt baking powder
1sdt soda bikarbnat
1 cwn mentega
1/2 cawan gula pasir + 1/2 cwn gula perang (resepi asal 1 cwn gula pasir, 1 cwn gula perang)
2 biji kuning telur (res asal letak semua putih dan kuning)
1 cwn coklat cip/cincangan coklat (ibu tak letak..)


Cara2:
1. Campurkan semua bahan kering dan ayak.
2. Pukul marjerin dengan gula sehingga kembang.
3. masukkan kuning telur dan pukul sebati.
4. Masukkan bahan2 kering sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
5. Rehatkan adunan 1/2 jam.
6. Bentukkan mengikut kesukaaan, hiaskan dengan coklat chip dan bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit.
7. Biarkan sejuk sebelum diangkat dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Kedua2 biskut ini sangat sedap dan rangupppppp!

Biskut Oat Coklat

Rupa kurang menarik sebab menderhaka tak ikut resepi sebenar..kakaka (tapi rasanya sangat sedappppp..rangup!)

Sunday, August 05, 2012

Spaghetti Angel Hair

Spaghetti angel hair

Saturday, August 04, 2012

Ikan patin masak tempoyak~

Suatu petang di hari bulan Ramadhan...

Luthfil: Ibu, nanti ibu masak kuah kuning yer..lama dah ibu tak masak kuah kuning tu...saya nak makan masa bukak puasa nanti


Ibu: Hari ni tak boleh laa...nanti hari Ahad ibu bagitau ayah belikan ikan tu. Nanti ibu masak. Sabar yer...


Ntah apa mimpi budak ni nak makan ikan kuah kuning. Kuah kuning tu maksudnya ikan patin masak tempoyak yang diletak kunyit hidup..sebab itulah kuahnya berwarna kuning.

Tak sampai hati nak menghampakan permintaan si anak, jadi pada Ahad lepas, hubby ke pasar minggu di Branang untuk mencari ikan patin. Kami memang regular customer kat gerai brader yang menjual ikan air tawar tu. Selalu dok angkut ikan patin atau keli yang masih fresh hidup dalam air lagi. Harga sekilo ikan patin fresh adalah RM7 sekilo.Kadang2 seekor ikan patin yang hubby beli mencecah 2kg seekor.

Ikan patin masak asam rebus tempoyak


RESEPI

1 labu bawang besar merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas - diketuk
2-3 sudu besar tempoyak (lebih banyak, lebih pekat-bergantung kepada kesukaan)
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
2-3 cawan air (untuk kuah)
2 bunga kantan
daun kesum
garam secukupnya

Cara2
- blend bawang, halia, cili, kunyit dan tempoyak bersama2 air.
- tuang ke dalam periuk.
- masukkan lengkuas, daun kesum dan bunga kantan.
- biarkan sehingga mendidih dan bunga kantan lembut. (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)
- masukkan ikan patin, garam secukupnya.
- perlahankan api, tutup periuk. kacau sekali sekala (hati2 kerana isi ikan patin sgt lembut)
- tutup api setelah ikan masak dan cukup rasa.
- sedia untuk dihidang.

Kari kambing ala mamak~

Assalamualaikum wbt,

Kari kambing ala mamak~

Lebih pekat lebih sedap dicicah dengan roti

Acar timun + nenas

Actually, kari kambing ni ibu masak pada Ahad lepas. Anak ibu si Luqman request kat ibu masakkan nasi hujan panas. Aduhhh..sapa suruh beli buku resepi padan mukaku kan dah kena masak...kekeke. Dah banyak kali ibu tengok dia dok belek2 buku resepi Chef Hanieliza tu..tapi ibunya nggak masak2 jugak seperti dalam buku. Akhirnya ibu gagahkan jugak menerai membuat nasi hujan panas untuk dipadankan dengan kari kambing ni walaupun resepi tak cukup rukun. Tak cukup rukun tu maksudnya serba kekurangan..pakai je apa yang ada..kiranya mencuba dalam kekurangan laa..kalau tak menjadi pun, tak de la ralat sangat kan..kan..Tanak guna beras biasa (sepatutnya beras basmathi), tumis dengan marjerin ajer (sepatutnya kena campur dengan minyak sapi), warnanya ada dua ajer iaitu kuning dan hijau...belasah ajer lah..janji lebih dari satu kaler!!


Sorry..gambar nasi lupa lak nak snap. Len kali bila cukup rukun, ibu snapkan yer..


Ibu belajar masak kari kambing ala mamak ini daripada bapak mertuaku..terrorkan bapak mertua akak..kelass gitu orang lelaki pandai masak (laki ai je yang tak reti masak...so, simpulan bahasa ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi tu takleh pakai laa..kekeke). Bulan puasa ni, dia bagitau hari2dia masak kari..ayam kari, daging kari, ikan pun kari...penggemar kari yg tegar gitewww....

RESEPI KARI KAMBING ALA MAMAK~

1/2kg daging kambing - dihiris kecil/kiub
3 biji kentang - potong 4 atau 6
5 sudu serbuk kari babas - bancuh dengan sedikit air
1 batang kulit kayu manis - dipatah2kan
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar merah / 5biji bawang kecil - dimayang
3 ulas bawang putih -dicincang
1 inci hali - dimayang
1 inci lengkuas - dihiris/ketuk
3 tangkai daun kari
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
asam jawa sebesar ibu jari - bancuh dengan sedikit air
3-4 cawan air

Cara2:
1. Terlebih dahulu, rebus daging kambing bersama halia yang diketuk sehingga empuk. Kemudian masukkan kentang. Rebus sehingga kentang masak/empuk. Tutup api dan ketepikan.

2. Tumis rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih) ke dalam kuali. Setelah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Biarkan sehingga bawang layu dan wangi. Masukkan daun kari. Biarkan seketika.

3.  Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga kari masak (berketul dan bertukar warna-kelihatan lebih pekat dan berkilat). Boleh tambahkan minyak jika tidak mencukupi atau kari lambat garing/masak.

4. Masukkan daging kambing, kentang dan air rebusan daging tadi. Tambahkan air (agak2 ler nak kuah banyak mana.). Biarkan kuah mendidih. Masukkan garam dan air asam jawa. Tutup api setelah kuah agak pekat.

SELAMAT MENCUBA!!

Kari kambing ni makin dipanaskan, makin pekat..sangat sedap dicicah dengan roti keping atau roti canai..tak caya???cubalahhhhh...sure tak menyesal..hehehe

Friday, August 03, 2012

Tat telur ~bahagian 2

akhirnya siap jugak tat telur ku..

hummm..yummyyyy:)
Filling tat telur (untuk anggaran 30 biji shell/crust)

1 cawan susu cair
1 cawan air
4 biji telur
1 sudu besar tepung castard (bancuh dengan sedikit air suam)
3/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Cara2:

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk/mangkuk tahan panas. Kacau di atas api perlahan. Setelah kesemuanya larut dan sebati, tutup api. sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam crust. Bakar pada suhu 160-170 selama 5-10 minit/filling masak.




Wednesday, August 01, 2012

Khasiat kurma


Kurma segar

Pemberian anak buahku yang pulang dari Jeddah

Buah kuning lebih manis dan rangup berbanding buah merah yang agak kelat


Buah kurma lazimnya dikaitkan dengan bulan puasa. Kalau dulu2, kita hanya berpeluang makan kurma hanya di bulan puasa sahaja. Tetapi kini walaupun bukan bulan puasa kita masih lagi boleh mendapatkan buah kurma pada bila2 masa sahaja dan di mana2 sahaja. 

Semasa mengandungkan Wafa, salah satu makanan yang ibu mengidam nak makan ialah kurma. Malangnya di sekitar Nilai, hanya ada menjual kurma kering walhal ibu mengidam nak makan kurma basah/lembut. Jenuh jugak mencari dan bertanya kepada kawan2. Alhamdulillah, akhirnya ibu dapat makan jugak setelah kakak ibu yang tinggal di Pulau Pinang mengirimkannya melalui pos. Maklumlah...tokey kurma Yusoff Taiyyob kan kat Penang.  Puas ibu makan..

Anak2 ibu tak suka makan kurma. Jenuh kena paksa dengan hubby supaya mendahulukan kurma sewaktu berbuka puasa. Masa kecik2 dulu ibu juga tak suka makan kurma, agaknya sebab ayah suka beli kurma kering. Ibu memang kureng kurma kering, tapi kalau bagi kurma lembut memang boleh ngadap makan bersungguh2 la. hehehe. Dalam TV3 baru2 ni ibu ada dengar Ustaz Fauzi cakap buah kurma tidak ada tarikh luput asalkan kita simpan di tempat yang sesuai dan suhu yang sesuai.

Okeylah..jom baca apa khasiat kurma....

Sumber: en google.


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai banyak khasiat.


Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.  Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Tahukah Anda?
i.     Kurma Mencegah Serangan Strok
Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan strok berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan tenaga atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan.
Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan tenaga yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan strok.
i.     Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer
Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin.
Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering  juga kaya dgn kalium  kerana ia juga mengandung salisilat. orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama  dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma. 
iii.     Komposisi Gizi
Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap. Di negera Arab kurma  mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.
Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembik dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari) Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).
Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.  
Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini  juga kaya dengan serat.
Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.
Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.
Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.
Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang  secara  mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.