Tuesday, August 07, 2012

Resepi: Biskut Famous Amos & Biskut Oat Coklat

Kita bersiaran lagi hari ini.

Semalam memang tak bukak laptop..siap sorokkan dalam gobok dari cik Wafa sebab dia asyik nak tengok Upin & Ipin ajer...laptop pun dah merajuk sebab bring tahap gaban asyik dok ulang2 18 kali sehari. Ada sekali tu, laptop ibu tetiba jer off sendirik..cuak jugak sebab keja analisis hubby blom siap dan ada dalam laptop ibu.

Okey lah..hari ini dengan tekad dan iltizamnya ibu buat biskut raya..jeng!jeng!jeng! 2, 3 hari lepas Luthfil Hadi dok menyebut2 bila ibu nak buat biskut coklat macam dulu tu. Demimu anak, kugagahkan jua..blom pernah buat biskut raya sendiri, selalunya ku tunjuk2 dan ku order sajorkkkk...kekeke. Nasib baik ke nasib kurang baik, tahun ini ibu bercuti 2 bulan di rumah. so, tunjuk skill amatur lah.

Dengan jayanya 2 jenis siap hari ini..mau patah rasa pinggangku. Mana nak buat biskutnya, mana nak meng 'entertain' si kecik nya..adoyaiii...sabor ajer lah. Mengelek budak kecik yg beratnya 5 kilo lebih tu sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi menerap biskut. Elok je dia kat atas dukung, senyap pulak diaa..kalau tak meraung kemain lagi.

Satu resepi ibu dah pernah cuba buat iaitu biskut famous amos..satu lagi blom pernah buat. First time buat biskut oat coklat, alhamdulillah..hubby cakap sedap. Cari resepi dalam internet jer dan modified ikut suka hati. Dalam resepi cakap oat segera, tapi ibu letak biskut oat sebab tak nak membazir biskut yang hubby belikan masa ibu dalam wad bersalinkan baby..manis ya ampunnn..Dengan kekurangan alat perkakas blender kering utk memblend biskut, ibu guna kayu pencanai untuk tumbuk. Geliga tak??huhuhu..esok ni nak guna gula halus, alamatnya kena tumbuk pakai lesung laaa...actually blender kering ada 2, tapi kedua2nya dah diguna hubby untuk kerja2 projeknya memblend jagung dan baja jagung. Takkan nak guna balik..tak kuasa akak!

Biskut Famous Amos~dah tinggal separuh balang kena ngap ngan anak2 dan hubby lepas berbuka tadi..nampak gayanya kena buat lagi la ni..
 RESEPI: BISKUT FAMOUS AMOS

300gm tepung gandum (resepi asal 250gm)
100 gm butter + 150gm marjerin (puteri) (resepi asal 250gm butter)
3/4 cawan gula castor (resepi asal 1 cawan)
1 kuning telur
3 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung susu
1 sudu besar tepung jagung
1sdt soda bikarbonat
1st esen vanila
secubit garam
50gm badam cincang
1/2 cawan coklat chip

Cara2:
1. Ayak tepung gandum, soda, serbuk koko, tepung kanji, garam dan tepung susu.
2. Pukul butter/marjerin dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati (ibu guna mixer jer..)
4. Masukkan badam cincang dan coklat chip. Gaul sebati.
5. Bentukkan bulat atau sudukan ke dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit /masak.
6. Biarkan sejuk sebelum diangkat dan disimpan di dalam bekas kedap udara.



RESEPI: BISKUT OAT COKLAT

1 1/2 cawan biskut oat (hancurkan/blend)
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gandum
3 sudu tepung jagung (res. asal 1 1/2 cwn tpg kentang)
1 sdt baking powder
1sdt soda bikarbnat
1 cwn mentega
1/2 cawan gula pasir + 1/2 cwn gula perang (resepi asal 1 cwn gula pasir, 1 cwn gula perang)
2 biji kuning telur (res asal letak semua putih dan kuning)
1 cwn coklat cip/cincangan coklat (ibu tak letak..)


Cara2:
1. Campurkan semua bahan kering dan ayak.
2. Pukul marjerin dengan gula sehingga kembang.
3. masukkan kuning telur dan pukul sebati.
4. Masukkan bahan2 kering sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
5. Rehatkan adunan 1/2 jam.
6. Bentukkan mengikut kesukaaan, hiaskan dengan coklat chip dan bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit.
7. Biarkan sejuk sebelum diangkat dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Kedua2 biskut ini sangat sedap dan rangupppppp!

Biskut Oat Coklat

Rupa kurang menarik sebab menderhaka tak ikut resepi sebenar..kakaka (tapi rasanya sangat sedappppp..rangup!)

No comments: