Thursday, September 13, 2012

Iman

Hari ini hari ke3 ibu masuk kerja.

1st day masuk kerja, terus masuk kelas! Aduhai...macam blur2 skettt..nasib baik memory ibu masih okey walaupun sesekali kena termenung panjang..'eh, apa aku cakap ni..???'

1st day masuk kerja bermakna 1st day jugak hantar si kecik Iman ke rumah pengasuh. Kali ini ibu hantar ke baby sitter baru kat Serdang. Senang nak jenguk incase dia tak nak menyusu ke aper. Maklumlah, 2 minggu training susu botol tak lulus2.

Pagi Isnin tu dia good boy..pengasuh cakap dia elok je minum botol (susu badan). Waktu lunch kami berdua pergi melawat..huhu..kononnya nak menjenguk budak kecik tuh. Sudahnya, lepas dia bangun tidur waktu petang, dah takmo menyusu.

Hari kedua menghantar Iman, ibu bagitau pengasuh, ibu tak datang tengahari takut dia meragam lagi tak mau menyusu. Tapi kalau dia melalak bagai, cepat2 call. Sampai ke petang takde pulak dibagitau maknanya everything okey la tuu..

Hari ni pulak ibu diberitahu pengasuh, Iman tak nak menyusu botol lagi, bagi susu pun guna sudu jer..so merengek la budak tu sebab tak puas menyusu. haishhhh

Sudah dua malam jugak dia meragam susah nak tidur sebab takde buai. Kesian kat hubby sebab kena kendong kasi dia lena tidur. Sudahnya satu kerja pun takleh buat.

Lepas ni memang kena cari buaian satu lagi untuk diletakkan di rumah.

No comments: