3 beradik ni dibawa hubby ke Lata Belatan bermandi manda di hari raya ke 3 |
Puteri Wafa Aleesya sedang berendam...:)= |
Cuna, Wafa, Auni, Luthfil dan Luqman...yg kat belakang tu kalau tak silap Aqil. |
Assalamualaikum wbt..
Update raya 2012 yang dah basi...hehehe
Actually, ibu masih bercuti..sambung cuti lagi.
Raya tahun ini giliran balik ke Terengganu. Oleh kerana cuti raya dalam tempoh cuti maternity, raya sakan la kami..hehehe. Ibu sempat puasa tak sampai seminggu. Jenuh la marathon mengganti puasa lepas nih:(
Kami bertolak balik hari Khamis petang. Berbuka puasa di RnR Genting Sempah dengan bekal nasi goreng. Hapenning sungguh dengan anak2 yang seronok nak balik kampung..kadang2 kecoh jugak..maklumlah ahli keluarga semakin bertambah, tapi kereta tak besar2..harap2 tahun depan tak kecoh nak conquer seat nak tidur gaya bebas..kekeke
Elok2 je sampai di kampung jam 5 pagi. Terus meluru masuk ke dapur mengejar sahur yang hampir habis.
Yang lawaknya..anak2 ibu dah confius dok tanya..kita datang rumah saper nih ibu? kekeke..mana tidaknya, selalu masuk ikut pagar depan, tapi balik kampung kali ini rumah tok ma dan tok wan dah berubah wajah 360 darjah sampai ke pagar kena masuk ikut lain. Hubby pun terlajak jugak masa mula2 sampai.
Sempat la dua hari berbuka puasa di kampung. Memang sangat happening tambahan pula tahun ini semua adik beradik balik ke kampung. Riuh dengan suara anak2 buah termasuklah anak den. Semua dah kawin kecuali 2 orang bujang yang belum terlajak:p..Hari last bukak puasa paling lawak..susun juadah dari hujung sampai ke hujung tak tau berapa hidangan, sekali kena serang sampai kering kontang sup tulang gear box..ntah saper yang masak tu tak pandai nak agak kuah...sib baik semua sporting makan mana yang ada. Tapi memang happening sangat!
Pagi raya lepas solat sunat hari raya, rumah ma kena serang dgn keluarga PakNgah. Petangnya kami berkonvoi 5 biji kereta ke Tasik Mengkuang rumah Ayah Chik. Yang tak syoknya banyak makanan yang terhidang hanya mampu ibu jeling2 sahaja..kadang2 terbabas jugak...huhuhu
Kami bertolak balik ke Klang pada hari Rabu pukul 6.30 petang dan sampai ke Klang jam 10 pagi! Setiap hentian RnR menjadi port tidur hubby..;)=
No comments:
Post a Comment