Temujanji nak berdating ngan en hubby dah di set sejak minggu lepas. Tup2 bila tarikh yang dijanjikan tiba hari ni dan hanya tunggu masa je kami nak jumpa si pujaan hati en bond..tetiba telefon en hubby berdering. Rupanya dari cikgu sekolah Luthfil. Cikgu bagitau yang Luthfil sakit perut.
Dengan hampanya kami pun berkejaran lah balik tengahari tadi menjemputnya di sekolah. Tak balik tengokkan melampau le pulak..kot jadi apa2. Muka monyok jer. Rupanya dia sakit perut lepas minum air susu coklat yang dibekalkan pihak sekolah. Mana tidak sakit perutnya, perut dah masuk angin. nasi tak mau makan. Penat je ibu masak pagi2 sebab takut depa lapar bila kat rumah, tapi tak jugak makan. Nak tunggu kami balik baru nak makan..itu pun kdg2 tak mau makan. eiii budak nih. Luqman selalu kena marah sebab makan banyak, yang si Luthfil ni kena marah selalu sebab susah nak makan.
Ibu ajak ke Klinik Salak pun tak mau tapi kena paksa kena ikut jugak. Dalam kereta pun dah berguling2 kesakitan. Muntah 3,4 kali keluar air jer. Doktor bagi ubat bontot dan bekalkan 2 jenis sirap untuk sakit perut dan angin. Bila timbang doktor cakap under weight suppose to kena tambah berat lagi dan disarankan untuk minum susu weight gain. Lepas ni siap la budak nih kena paksa minum susu. Dia selalu komplain tak mau makan sebab lepas makan dia akan berak2 dan dia tension bila kena marah sebab berak sepah2..kekeke.
Sekarang budak berdua ni ibu heret lepak kat office. Luthfil dah terbongkang tidur..luqman lak memenuhi masa lapang dengan main game. Luqman steady je. Tadi masa dalam keta pun Luqman tolong sapukan minyak yuyi kat perut adiknya.."bagus Abang Long..Abang Ngah kena cakap terima kasih sebab tolong sapu minyak angin kat perut, lepas ni jgn dok melawan abang long tau!"..
No comments:
Post a Comment