Thursday, February 21, 2013

budak cumel yang nakal meneroka~yeayyyy!!

Tengok tu sampai menjejeh air liuq dia...dapat buku utk dimakan!

Apa sahaja yg dijumpai di atas lantai otomatik akn jd bahan santapan si mata bulat nih...hihi

Hasil tangkapan Iman~

Saturday, February 09, 2013

Resepi mee kari istimewa!★★

Cuti panjang hujung minggu kali ini sempena cuti tahun baru cina.
Seperti biasa, kepala ibu ligat mencari idea apa yang hendak dimasak untuk kali ini.
Sudah dua minggu kebelakangan ini, ibu masak mee. 2 minggu lepas ibu buat mee sup. Minggu lepas mee tomyam seefood. Minggu ni hubby nak makan mee kari pulak.

Alamak! Sudah agak lama tidak memasak mee kari. Sudah ingat2 lupa..hihi.
Semalam singgah di pasar malam serdang mencari mee hasil tangan orang melayu. Biarpun harganya agak mahal sedikit berbanding mee yang dijual di pasaraya (buatan kilang) tapi rasanya tetap sedap dan dijamin halal dan tidak mempunyai asid borik. Mee homemade kecil-kecilan. Selain mee ibu juga membeli ayam dan tauhu kering. Pagi tadi ke pasar basah dan pasaraya mencari bahan2 lain yang belum lengkap.

Kepada yang berminat untuk mencuba mee kari berikut adalah resepi mee kari istimewa;

RESEPI MEE KARI ISTIMEWA

Bahan2 tumis;
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in. halia
(3 bahan di atas dimayang/tumbuk)

1 btg kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

2helas daun pandan
3tangkai daun kari

5 sudu serbuk kari yang dibancuh dgn air
Santan (3ringgit)

Bahan lain;
1/2 ekor ayam dipotong kecil2
1 kilo kerang direbus dan diambil isinya
3@4 keping fish cake
10bj tauhu kering dipotong 2
3@4 bj kentang
1 keping asam keping
2@3 kiub ayam
Garam secukup rasa

Bahan sampingan;
4bj telur direbus
Sawi dicelur
Taugeh celur
Cili hijau dan merah dihiris mayang
Bawang goreng
Daun sup dan bwg jika suka

Cara2;

Tumis bahan rempah 4 beradik.
Masukkan bawang dan halia. Bila sudah garing masukkan kari.
Kacau sehingga kari betul2 masak dan berketul. Masukkan ayam, kiub ayam dan semangkuk air.
Biarkan mendidih.
Tambah air 3 cawan. Then masukkan kentang yang dipotong 4@6. Biarkan sehingga kentang empuk dan lembut. Angkat kentang dan blend dengan kuah kari sehingga hancur, then masukkan semula ke dalam periuk tadi. Setelah beberapa ketika, masukkan santan
. Kalau kuah agak pekat boleh tambah air lagi.
The masukkan asam keping, fishcake yg dipotong kecil, tauhu kering serta isi kerang.
Rasakan kuah samada samada perlu ditambah garam atau tidak.tutup api bila kuah dah mendidih dan mesra.

Mee kari anda sudah sedia untuk dimakan♥

Biasanya ibu suka basuh mee dgn air panas dan bilas bersih2 kemudian toskan.

Hidangkan mee kari dengan sayur sawa, taugeh, telur rebus, cili hijau dan merah sera bawang goreng.

Tadaaa..!






Friday, February 08, 2013

Kisah terakhir Adik Adam Syukri~ Kau Pergi Jua...


Pagi tadi ibu sempat menonton MHI.

Kisah terakhir Adik Adam Syukri yang telah kembali kepangkuan Yang Maha Esa.

Semoga Adik Adam berbahagia di sana.

Semoga ibu dan bapa Adam tabah dan redha dengan ketentuanNya.

In Shaa Allah...

Selamat menonton!

tonton-home-channels-tv3-malaysia hari ini 2013-episode 29 - Malaysia Hari Ini 2013 - Episode 29

Thursday, February 07, 2013

Adik Adam Syukri, akhirnya kau pergi jua...

Innalillah hi wainna ilaihirajiunn...

Tatkala membaca status Fetri Yahya di twitter perihal adik Adam Syukri yang dikasihi oleh semua orang, hati ibu tersentuh. Dalam masa yang sama ibu rasakan...masanya telah tiba hari ni. Adik Adam telah pergi meninggalkan kita semua.

Cerita mengenai Adik Adam pernah ibu muat naik ke Youtube..dan ianya meruntun hati sesiapa yang melihatnya.

Bohong lah kalau ibu katakan kalau ibu tidak menitiskan air mata...

Bohonglah kalau ibu katakan, hati ibu tidak tersiat duka...

Bohonglah kalau ibu katakan, hati ibu tidak merintih trauma kerana turut merasai sakitnya jarum itu...sakitnya wayar yang menusuk hidungmu...

Bohonglah kalau ibu katakan , hati ibu tidak berkata 'kuatnya hati ibu Adam'..saban hari menatap wajah tersayang...bilakah Adam akan dipeluk dipangkuan..

Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan segala hikmah yang berlaku..

Semoga adik adam tenang di sana. In shaa Allah syurga menanti mu sayang...

Kini adik Adam sudah 'berehat'..dan dia tidak lagi terseksa dengan segala macam wayar yang tersirat...jarum yang tertusuk..

Allahuakbar!!


Wednesday, February 06, 2013

Solid food untuk iman

Pumpkin, carrot and broccoli yang telah di kukus

Then blend sehingga halussssss..lepas tu simpan dlm bekas kiub ais ni kat freezer. Bila nak guna, ambil beberapa ketul, masukkan dalam mangkuk kecil yang tahan panas, then rendam dalam air panas ataupun letak atas periuk nasi yang sedang dimasak.

Tuesday, February 05, 2013

Kerepek Arrow head

Penangan cerita daripada offismate membuatkan ibu teruja untuk mencari arrow head ni. Tak sure pulak samada arrow head ni sejenis buah atau ubi. Rupanya seperti bawang putih.

Memang ternyata sedap rasa arrow head. Rasanya lemak manis dan tak perlu nak ditambah apa2 perisa pun. Cukup mudah persediaannya. Just buang kulit luar, basuh dan terus sagat ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas. Goreng sehingga kekuningan tapi jangan terlalu perang sebab rasanya akan bertukar menjadi pahit. Kalau yang suka wedges, boleh potong tebal dan goreng sehingga masak.

Pasti ada tidak menyesal mencuba!


Terima kasih en google. Ibu lupa nak snap gambar sebelum jadi kerepek. Harga sekilo sekitar rm10.90. Boleh tahan gak mahal!



Ini lah rupa kerepek arrowhead





Rasanya lebih sedap berbanding kentang goreng atau mister potato!

Donut coklat☆☆☆

Donut cokelat

Hujung minggu seakan tidak bermakna kalau tak main masak2. Kali ini projek mendonut bersama anak2 lagi.

Anak-anak memang teruja makan donut yang bersalut coklat ni. Habis licin diserang satu hari aje. Si Wafa pulak tukang kikis coklat aje. Sabar aje lah budak tuu..

Next time nak try buat apple pie pulak~