Thursday, February 07, 2013

Adik Adam Syukri, akhirnya kau pergi jua...

Innalillah hi wainna ilaihirajiunn...

Tatkala membaca status Fetri Yahya di twitter perihal adik Adam Syukri yang dikasihi oleh semua orang, hati ibu tersentuh. Dalam masa yang sama ibu rasakan...masanya telah tiba hari ni. Adik Adam telah pergi meninggalkan kita semua.

Cerita mengenai Adik Adam pernah ibu muat naik ke Youtube..dan ianya meruntun hati sesiapa yang melihatnya.

Bohong lah kalau ibu katakan kalau ibu tidak menitiskan air mata...

Bohonglah kalau ibu katakan, hati ibu tidak tersiat duka...

Bohonglah kalau ibu katakan, hati ibu tidak merintih trauma kerana turut merasai sakitnya jarum itu...sakitnya wayar yang menusuk hidungmu...

Bohonglah kalau ibu katakan , hati ibu tidak berkata 'kuatnya hati ibu Adam'..saban hari menatap wajah tersayang...bilakah Adam akan dipeluk dipangkuan..

Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan segala hikmah yang berlaku..

Semoga adik adam tenang di sana. In shaa Allah syurga menanti mu sayang...

Kini adik Adam sudah 'berehat'..dan dia tidak lagi terseksa dengan segala macam wayar yang tersirat...jarum yang tertusuk..

Allahuakbar!!


No comments: