Penangan cerita daripada offismate membuatkan ibu teruja untuk mencari arrow head ni. Tak sure pulak samada arrow head ni sejenis buah atau ubi. Rupanya seperti bawang putih.
Memang ternyata sedap rasa arrow head. Rasanya lemak manis dan tak perlu nak ditambah apa2 perisa pun. Cukup mudah persediaannya. Just buang kulit luar, basuh dan terus sagat ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas. Goreng sehingga kekuningan tapi jangan terlalu perang sebab rasanya akan bertukar menjadi pahit. Kalau yang suka wedges, boleh potong tebal dan goreng sehingga masak.
Pasti ada tidak menyesal mencuba!
|
Terima kasih en google. Ibu lupa nak snap gambar sebelum jadi kerepek. Harga sekilo sekitar rm10.90. Boleh tahan gak mahal! |
|
Ini lah rupa kerepek arrowhead |
|
Rasanya lebih sedap berbanding kentang goreng atau mister potato! |
No comments:
Post a Comment