Monday, March 05, 2012

The weekend project~Ketupat Sotong

Alhamdulillah...untuk projek minggu ini ibu berjaya jugak buat ketupat sotong. Kebetulan kakak ibu dari Saujana Putra datang bertandang, dia lah yang jadi tok gurunya.

Ketupat sotong ni sangat mavelousssssss...sudah lamaaaaaaaaaaaaaa tak makan. Tak ingat bilakah kali terakhir ibu makan, padahal kalau membuatnya bukan lah rumit sangat. Sonang ajor.

Ada satu kisah lucu semasa kami tetengah buat ketupat sotong ni. Kakak ibu bercerita, anak buah husbandnya yang tinggal di KL teringin nak makan ketupat sotong. Anak buahnya tu lelaki. Masa tu bulan puasa. Dia pun pergilah ke pasar Ramadhan. Kebetulan terjumpalah anak buahnnya tu dengan sorang makcik yang menjual ketupat sotong..punyalah dia excited nak beli..tapi..cup2..tanya harga dulu.

Anak buah: Makcik, berapa harga seketul ketupat sotong nih?
Makcik penjual: 6 hinggit satu.
Anak buah: Ha?????? takpelah makcik, makcik makan lah sendirik!!

Ibu yang dengar jawapan anak buah tu terus ketawa geli hati tak tahan dengan jawapan dia yang sinis. Mungkin malam tu makcik penjual tu tak lena tidur dok teringat kata2 anak buah yang sinis tuh. Ye lah makcik tu pun, agak2 la...


Sotong fresh yang lengkap anggota badannya:-)

Beras pulut yang direndam di dalam santan & secubit garam

Sotong yang sudah dimasukkan beras pulut (1/3 sukatan), then cucuk dengan lidi, masukkan dalam periuk, letak santan, daun pandan dan manisan/gula merah. Masak sehingga kuah pekat dan hampir kering

Inilah hasilnya. Sotong yang besar td sudah bertukar saiz 3x ganda mengecil..hehe

Saturday, March 03, 2012

Ayam Masak Kicap

Dalam banyak2 masakan, ibu paling tak pandai nak masak ayam masak kicap. Oleh kerana dah ketandusan idea nak masak apa hari ini, maka termasak lah jugak ayam masak kicap. Nasib baik anak2 dan hubby pun suka.

BAHAN-BAHAN:

10 ketul ayam
1 labu bawang merah besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dititik
1 inci halia dimayang
1 batang kulit kayu manis
1 batang lobak merah
1 biji tomato (saiz besar)
1 tangkai cili merah
1 tangkai daun sup
3 sudu sos tiram
5 sudu kicap manis (cap kipas udang)
Garam secukup rasa

CARA BUAT:
Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan halia sehingga naik bau.
Masukkan sos tiram, kicap dan garam
Masukkan sedikit air supaya berkuah.
Masukkan ayam, kacau dan biarkan sehingga ayam masak
Masukkan lobak, tomato dan daun sup
Biarkan seketika sehingga lobak merah empuk, then angkat

Sangat mudah bukan??

Selamat mencuba!

Campak semua bahan dalam kuali

Done!

Solok Peria VS Solok Lada

Explorasi ibu terhadap dunia masakan semakin menjadi-jadi sejak akhir2 ini..ceewahh..macam la dasyat sangat..wakakaka. 

Sekadar ingin memenuhi keinginan untuk mencuba sendiri memasaknya. Kepuasan menyediakan sendiri dan makan sendiri:)

Resepi kali ini adalah Solok Peria dan Solok Lada. Sebenarnya ibu main taramnya buat solok peria ni sebab ada lebihan inti untuk buat solok lada. Maka jadilah solok peria. Kerabu peria pun ada jugak ibu buat.

Kalau solok lada, kena masak dalam periuk yang mengandungi santan, tapi solok peria ni ibu cuma stim sahaja untuk mengekalkan rasa rangup dan mengelakkan dr menggunakan banyak santan.

RESEPI INTI

3 ekor selayang mentah 
2 genggam kelapa parut (putih)
1 labu bawang besar merah
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa

CARA BUAT:

Asingkan isi ikan mentah daripada tulang
Tumbuk bersama bawang, halia dan kelapa
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Sumbat ke dalam peria (celur 1/2 masak bersama air garam)/ lada yang dipotong dan dibuang bijinya (then rendam dengan air sekejap)
Then peria di stim kan sehingga inti masak.
Lada pulak, masukkan dalam periuk, then masukkan santan separa dengan lada, guna api perlahan sehingga masak.
Solok lada sangat sedap dimakan bersama dengan nasi kerabu..


Peria yang dah dimasukkan isi ikan+kelapa

Selepas di stim

Lada yang dah disumbat dengan isi ikan+kelapa

Solok lada yang sudah siap dimasak bersama santan

Friday, March 02, 2012

Gaya tidur WA versi terbaru

Setiap malam sebelum tidur, Wafa akan mintak ibu dodoikan dia dengan lagu Tepuk Amai-amai. Kadang-kadang sampai penat ibu nyanyi tapi masih tak tidur2 jugak dia..huhu. Akhirnya ibu mendapat satu idea untuk merakamkan dalam handphone agar dia boleh dengar bila-bila sahaja yang dia hendak. Sekarang ni dia pun dah lancar menyanyikan lagu TAA ni.

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar pandai
Malam karang ibu upah susu


Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Cik Wafa jangan nangis
Ibu nak buat kerja


Gaya tidur terbaru..lena sungguh.


Thursday, March 01, 2012

Mari belajar membuat Kimchi!

Penangan melihat drama Korea membuatkan ibu tertarik dengan satu makanan yang sangat terkenal di kalangan rakyat Korea iaitu Kimchi. Daripada kajian menunjukkan Kimchi merupakan makanan terbaik dunia kerana mempunyai pelbagai khasiat. Tidak hairanlah rakyat Korea memiliki tubuh dan fizikal yang sihat. Jarang ibu lihat orang Korea memiliki berat badan yang berlebihan. Salah satu lagi amalan orang Korea adalah pemakanan ginseng dan Korea merupakan pengeluar ginseng terbaik dunia.

Sebelum ni ibu dah pernah buat Kimchi selepas mencuba kali pertama di tempat kerja lama. Ex-offcemate memang peminat fanatik pelakon/penyanyi Korea. So, masa tu ibu just try and error je lah, main hentam ja buat. Rasanya agak pelik sebab tak tahu resepi sebenar.

Kali ini ibu berjaya mendapatkan resepi daripada bekas anak murid ibu yang selalu buat kimchi. Dia belajar buat kimchi dari sepupunya yang pernah belajar di Korea. So, rasa confident la sikit..hehehe.

Petang semalam kebetulannya hubby ajak balik awal sebab dia kurang sihat. So, kami singgah di pasar untuk beli peria. Apa lagi, ibu pun mengambil kesempatan mencari bahan-bahan untuk menyediakan kimchi. Tapi tak semua bahan ibu berjaya dapat. Jadinya, ibu guna sahaja bahan-bahan yang terdapat di dapur. Flexible ingredients giteww..

Malamnya, sambil memarking paper ibu sempat menyediakan kimchi.

Bahan-bahannya:

2 biji sawi panjang
2 biji cili besar merah (boleh jugak kalau nak guna cili kering) - blend
1 labu kecil bawang putih - blend
Halia muda sebesar ibu kaki (lupa lak nak ukur- main agak2 jer) - blend
4-5 tangkai daun bawang - potong
1 biji lobak merah (saiz kecil) - sagat/hiris kecil
1 biji lobak putih
Sos ikan (ibu guna hilal)
Garam dan sedikit gula (ibu dah tak letak garam sebab dah masin)

Cara buat:

1. Basuh sawi, belah 4 atau selai2
2. Lumur garam @ rendam jer dengan garam yang banyak.
3. Bila dah layu, basuh bersih2 dan toskan.
4. Lumurkan dengan bahan2 yang diblend.
5. Masukkan daun bawang dan lobak.
6. Last sekali kacau dan perap dalam tupperware bertutup seeloknya kedap udara.

Rendam sawi dengan air garam


Bahan2 kimchi yang lain

Blend bawang putih, halia dan cili merah


Basuh dan toskan


Potong daun bawang


Lumurkan dengan bahan blend

Taburkan daun bawang dan lobak merah secara berselang


Sedia untuk diperap, masukkan dalam peti


Rupa kimchi yang diperap semalaman