Friday, January 05, 2007

Hari Pertama

Semalam aku keletihan yang amat..bermula dari pagi selepas menghantar Luqman and Luthfil ke TASKA, aku bergegas menghantar hubby ke komuter, kemudian aku ke ofis pula. Semalam juga aku duty jaga kaunter pendaftaran pelajar2 lama yang mula kembali untuk sesi kuliah. Aku ditugaskan dari jam 8am sehingga 1 thari.

Sejak beberapa hari yang lalu, aku dalam keresahan..otak aku sentiasa memikirkan perkara ni...Ya..semalam juga merupakan hari pertama aku akan menghadiri kuliah dari jam 6-9malam. Masalah besar aku ialah bagaimana aku nak ke kuliah..aku tak pernah drive jauh sensorang. Dulu pernah sekali aku drive dari Klang ke rumah, tapi hubby follow dari belakang. Ni sensorang..tak tahu la berani ke tak.

Semakin jam menghampiri pukul 4 aku dah kepenatan..penat ke hulu kehilir membuat persedian sebelum aku masuk mengajar satu hal..penat otak berfikir satu hal lagi. Nak bawak anak2 sama atau tak? Kalau aku bawak anak2 hubby akan jaga kat office sampai aku abis kuliah.

Hubby telephone mintak aku biasakan diri dulu drive sensorang, takut nanti bila ada budak2 nih, aku tak leh concentrate nak drive.Buatnyer menangis, mintak susu kat tengah2 highway tu..naya aku. Dalam kol 3 setengah bos masuk opis announce kata ada meting kol 4..pulak! Aku masuk gak la kejap..kol 4 setengah aku chow. Alamak! buku nota lom beli lagi..singgah kedai jap beli buku.Rasa macam budak sekolah ler pulak...hehehe..memang aku dah sekolah balik.

Aku bertolak ke UPM dalam 4.50pm..lom masuk highway aku cool je lagi..Masuk je highway jantung aku berdegup kencang..Hubby kejap2 telephone aku tanya dah bertolak lom. Dia mintak aku bawak slow2 je. Dia tak pesan pun memang aku bawak keta tak lebih dari 80km/h..hahaha..aku memang pemandu berhemah..kihkihkih. Aku ingat pesan hubby supaya sentiasa berada di lorong kiri sebab aku bawak slow.

Tiap kali bas lalu je..aku rasa keta aku melayang2 ditiup angin. Tawakkal pada Tuhan moga2 aku selamat sampai ke destinasi. Aku bukan nak pegi berpoya2..aku nak pegi menuntut ilmu. Aku nak improvekan diri aku...nak improvekan kedudukan ekonomi keluarga. Takkan selamanya aku nak berada di sini yang tak menjanjikan apa2 yang lebih baik. So, aku mesti berkorban dahulu..berkorban masa, tenaga, wang ringgit, berkorban meninggalkan anak2 aku dalam jagaan orang lain dari pagi sehingga lewat malam...aku buat ini semua pun sebab aku sayangkan mereka, aku mahu kehidupan yang lebih baik untuk anak2ku...untuk keluargaku. Aku rasa ini juga pengorbanan yang orang lain akan buat demi keluarga tersayang. Hubby juga banyak berkorban...berkorban masa, tenaga dan segalanya. Dia banyak bertolak ansur dan aku sangat hargainya. Dia lah yang banyak memberikan galakan dan pembakar semangat kepada aku...sehinggakan dia rela memberi laluan kepada aku dahulu untuk belajar, next year dia akan menyusul. Dan apa yang mengharukan aku adalah..dia telah menyediakan bilik untuk aku belajar dengan aman tanpa gangguan. Terima kasih atas pengorbananmu.

Berbalik pada cerita nak ke UPM tu..tengah2 drive tu, aku tak henti2 baca doa mintak selamat sampai. Kadang2 tersenyum macam tak percaya je aku tengah drive sensorang nak pegi belajar. Kalau dulu agaknya akulah manusia paling penakut nak belajar bawak keta. Bila aku tengok pompuan bawak keta..wah..seronoknya dia pandai drive...bila la aku nak berani macam tuh. Ke sana sini tak payah nak nyusahkan orang mintak tolong hantarkan. Masa aku keja kat PL dulu aku dah ada L keta..dan sempat belajar sekali kat litar. Then stop bila masuk bulan puasa. Bila pindah sini, rumah aku dekat je dengan opis, jalan kaki 5 minit je. So, aku pun takde la terdesak sangat. Nak pegi mana2 pun hubby ada. Nak jadik cerita, hubby aku kena outstation ke Sabah sebulan. Nak tak nak aku kena belajar drive ler. Kebetulan pulak, tempoh lesen L aku 2 tahun dah nak tamat. Nak tak nak aku kena lulus jugak. So, aku pegi la pulun belajar after opis. Penat tu tak yah cakap ler..nak pusing stereng pun semput. Kadang tak sampai sejam aku dah ajak cikgu driving tu balik. Seingat aku, cikgu driving school tu ajar 3 kali je, then dia suruh aku p amik test. Giler aa..aku pun antara konfident dengan tak..pegi aje la ..redah je! Aku pulak jenis yang kalau drive mesti bukak kasut..so...masa test dengan JPJ tu, aku cakap aku nak bukak kasut boleh tak? Dia kata suka ati la..huh! Selamat aku. Aku rasa kalau dia tak bagi aku bukak kasut, memang sure aku tak lepas..Alhamdulillah aku lulus ujian memandu..Kebetulan 2,3 hari lagi tarikh lahir aku..so aku cakap kat pegawai JPJ tu, ia sebagai hadiah Hari Jadi aku..kui.kui.kui..bodek ler tuh!

Sekarang aku dah tak pakai P lagi. Tapi aku still "P"enakut nak drive kat highway..setakat jalan2 biasa tu boleh la. Dan bila aku bagitau mak aku nanti nak pegi kelas, kena drive sendiri, mak aku tak bagi. Dia risau.Dulu masa nak amik lesen keta pun dia tak bagi jugak..dia kata aku kecik lagi. hehehe..aku dah jadik mak orang pun dia masih anggap aku kecik. Ibu kan..anak2 sentiasa 'kecil' macam bayi bagi mereka.

Hari ni pulak, sampai je aku kat kelas..aku tengok naper ramai classmate aku berdiri kat luar. Takde sorang pun makhluk kat bilik kuliah. Aku melilau carik kawan aku..takde jugak. Rupanya kelas batal dan kelas pertama akan bermula next week!!! Nape tak bagi tau awal2..penat kami datang dari jauh dengan semangat berkobar2 nak belajar...hampess tul!!!

3 comments:

Idham said...

wan...syabas..syabas.....bangga kita baca pengorbanan dan kecekalan awak....semoga berjaya!!!

mr Arif

Idham said...

psst...sama komen dgn mr Arif...:)

semoga berjaya.

idham

WanShila said...

mr Arif and Abg Idham,

terima kasih..doakan saya agar saya terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran ini..