Wednesday, September 24, 2008

Terima Kasih SSH, KPJ

Sejak pagi tadi aku mendapat banyak misscall daripada nombor yang aku tidak kenali. Aku cuba call balik rupanya dari Seremban Specialist Hospital, KPJ. Cuak jugak kot2 mana tahu ada result kesihatan aku yang tak memuaskan.

Rupanya dari bahagian finance!

Alhamdulillah..dapat pengurangan bil hospital sebanyak RM600. Aku kira ini sebagai duit raya yang tak disangka-sangka dianugerahkan Illahi kepada kami setelah melalui ujian tempohari.

Bayaran akan dikembalikan samada melalui cheque atau melalui kredit kad.

Terima kasih tak terhingga kepada En Hazarul (Finance Manager) yang sudi mempertimbangkan. Semoga murah rezeki anda semua.

Terima kasih daun keladi..kalau ada rezeki anak ke3, aku akan ke sana lagi...hehehe

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat warga Seremban Specialist Hospital yang banyak membantu sepanjang aku di wad Sri Selasih.

Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sudah berdamai..

Prinsip aku mudah..dah tahu salah/silap, surrender, mintak maaf..habis cerita.fullstop!

Tuesday, September 23, 2008

Sumpah

Hari ini aku nak kongsi vocabulary 'SUMPAH'

Ada banyak jenis perkataan yang wujud diambil dari perkataan 'sumpah'..

1. Sumpah ('i swear'..biasa dibuat oleh bf kpd gf supaya jgn main kayu 3!)

2. Sumpah seranah (time Mak si Tanggang menyumpah anaknya menjadi batu..huhuhu..)

2. Sesumpah (anda kenal?pernah jumpa?..banyak atas pokok.

3. Pesuruh Jaya Sumpah (jumpa time nak buat pengesahan)

4. ...sampah! (kalau silap eja sket dia jadi sampah!)

5. ..tambah sendiri laa..takde mood:(
Kadangkala kita rasa diri kita betul dan tiada salah.

Walaupun bermati-matian mengaku tiada salah.

Tapi jangan lupa, kadangkala kita berbuat sesuatu tanpa kita sedari ianya melukakan hati orang yang paling kita sayangi.

Mungkin kita sedari akan hal tersebut..cuma tidak mahu mengakui hakikat sebenarnya sahaja.

Cuma..renungkanlah sejenak..mungkin ada seketika kau alpa.

Aku faham..manusia ada keegoan masing-masing..tapi jangan sampai keegoan memakan diri.

Aku juga ada hati dan perasaan.

Aku ada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan hati untuk merasa..

p/s: rahsia bukan lagi suatu rahsia jika diketahui orang kedua, ketiga dan seterusnya..

... jangan kau tegakkan benang yang kau ragui tahap kebasahannya..
SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 22, 2008

Waiting



....waiting a call/sms....

FORGIVE....but not FORGET

Nak kata aku jenis pendendam, aku bukan jenis orang yang macam tu. Aku sangat mudah memaafkan..tetapi tidak mudah melupakan.

Selalu aku berpesan kepada student2ku..

"kalau nak tipu saya, boleh..tapi jangan sampai terkantoi!" Kalau saya tahu..nahas awak kena dengan saya"!

"Kalau nak tipu, saya tak kisah. Tapi make sure tipu betul2 sampai saya takkan dapat tahu..tapi kalau saya dapat tahu jugak..tahu la nanti apa saya akan buat!"

"Sekali awak dah tipu saya, saya akan ingat sampai bila-bila..dan sukar untuk saya mempercayai awak lagi untuk kedua kalinya"...

..dan aku tidak pernah lupa apa yang pernah aku bagitau hubby dulu.

"Sekali kau mencintaiku..seribu kali aku akan mencintaimu..tapi kalau sekali kau melukai hatiku, seribu tahun parut luka itu akan kuingati"..



Tapi biasanya orang yang pernah melakukan sesuatu di luar pengetahuanku akan terkantoi akhirnya!! Cuma cepat atau lambat sahaja...

Mungkir lagi...


Aku tak pasti samada ianya secara kebetulan atau memang Allah nak tunjukkan supaya aku lebih berhati-hati dalam mempercayai seseorang. Benarlah orang kata, rahsia bukan lagi suatu rahsia jika ianya diketahui oleh orang kedua!

Adatlah..bila dah seronok bercerita!



Pernahkah anda menyayangi seseorang tetapi dia mengharapkan lebih daripada itu.

Bagi aku, 'kawan' adalah 'kawan' sampai lah bila-bila. Satu pendirian yang tak pernah berubah dari dulu lagi.

Aku berkawan dengan seseorang kerana aku menyenanginya..dan memang aku betul-betul sayang..tidak ada niat lain selain daripada itu. Mungkin caraku agak keterlaluan sehingga membuatkan dia jadi keliru.

Walau seribu kali dia bertanya, jawapan ku masih tetap sama..dan aku pasti tentang itu!

Confession????


Confession??

Pernahkah seseorang confess sesuatu kepada anda? Yang selama ini mungkin anda tahu, rasa atau langsung tidak menyedarinya? Apa agaknya perasaan anda bila mendengar confession tersebut? Terkejut? Gembira? Sedih? Terharu? Atau semuanya bercampur baur menjadi satu...

Aku pernah beberapa kali bersemuka dengan situasi ini..ada antaranya aku langsung tidak terkejut sebab sudah menjangkanya dari awal..ada yang aku totally shock sebab tidak menyangka ia akan berlaku kepada diri aku.

Aku harap confession tersebut dapat meredakan segala yang ditanggungnya. At least aku gembira sebab dia berani berterus terang..chayyok!!!

Friday, September 19, 2008

Kad raya & hadiah

Sejak akhir-akhir ni tekakku terasa sangat perit. Rasanya aku tak makan benda-benda yang banyak preservative. Mungkin jugak kurang minum air. Kadang-kadang sakitnya sampai ke telinga.

Semalam aku dapat kad raya besar dari hubby. Sengaja dia surprisekan aku dengan meletakkan kad tu dalam bilik, atas iron board. Patut la beriya suruh aku cepat2 masuk bilik, rupanya ada surprise. Dalam kad raya tu berserta satu cd lagu-lagu raya. Dan yang kelakarnya, kat sampul tu dilekatkan sedahan pokok ulam, ala-ala bunga ros la..aku agak mesti dia petik pokok ulam yang aku tanam kat dapur tu!

Aku takde bagi apa2 kad pun lagi.terukkan? Tapi at least tahun ni aku sponsor baju raya merangkap birthday present pada dia..hehehe...kain pelikat, baju kemeja dan baju melayu..kira ok la tuuu...

Raya tahun ni giliran balik Besut pulak. Rancangnya balik hari Sabtu petang 27hb. Aku masih kerja pada 27hb tu, tak ambil cuti. Balik Klang pada hari raya ketiga.

Lepas je cuti raya seminggu, aku ada presentation subjek IMC, then seminggu selepasnya ada final exam IMC...sangat takut!

Hari Lahir




17 September, 2 hari yang lepas adalah hari lahirku..

Tak sempat nak berposting sebab sibuk sangat. Kuliah dari jam 9 pagi sampai 4 petang. Hubby pulak cuti sempena Nuzul Quran, tapi sibuk menyiapkan proposal yang akan dibentangkan selepas cuti raya nanti.

Takde sambutan apa2 sempena birthday..takde kad, hanya ada kek comel yang disediakan oleh hubby..yang aku musykil tu daripada Luqman dan Luthfil!

Aku dapat rasakan yang cuti raya kali ini agak hambar, kami takde mood nak raya sebab masing2 pening memikirkan banyak benda selepas raya nanti. Aku dengan final exam dan projek yang tak setel, hubby dengan proposal phdnya.

Semalam, hubby ajak ke Seremban mencari baju raya untuk kami. Aku yang kebetulan tidak ada kuliah mengikut je. Takde idea nak cari yang macammana. Oleh kerana kakak dah beli baju melayu Luqman dan Luthfil yang berwarna kuning, kami pun mengikut la jugak. Tak pernah pulak selama kawin sejak 2002, kami ada tema hari raya. Hubby cakap, takde tema warna pun boleh raya jugak..hehehe..sempoi jer..tak nak menyusahkan kepala otak dan fizikal dok mencari benda yang susah. Kalau tak nak susah boleh, beli je kain ela, pastu wat la baju raya..kalau nak sekali dengan alas meja, kusyen, langsir pun boleh.

Monday, September 15, 2008

1st day lecture after long vacation

heheh..mcm best je tajuk nya..

Pagi tadi terbabas tak bangun sahur. Sedar2 dah terang benderang..huhu..semalam pun tak makan nasi, letih lak tu, sabar je laa..

Hari ni penat banget..terkejut segala urat saraf aku..lecture kat top floor continuous 4 hours nonstop. Aku speeding je 2 chapter untuk cover midterm pada 23hb ni.

Soalan midterm dah siap..tinggal buat skema jer...selambadak aku tak hantar2 lagi ke HEA..jangan ada yg mencari udah..heheheh.

Lepas habis lecture aku masuk opis, tengok ada biskut sekotak kat atas meja..cantik berwarna warni. Nampak ada ucapan "semoga cepat sembuh!!!'..tapi takde pulak dinyatakan nama..sape lak yg admirer aku ni..hehehe (perasan).

Apa2 pun, terima kasih atas pemberian dan ucapan tu.

Thursday, September 11, 2008

Dizzy..blank..blurr and lost!!

Lama jugak aku tak update blog ni..maklum la bizi kat rumah. Syok jugak dok kat rumah jer tengok anak-anak membesar depan mata. Terasa bahagia sungguh!

Last Tuesday aku dah masuk opis setelah lama bercuti..hmmm..moody..ngantuk..semuanya ada.

Lepas aku punch in, aku lari ke library..study IMC sekejap..selebihnya aku tidur..huhuhu..lunch time aku balik ke rumah..terus lesap sampai ke petang.

Semalam, aku rasa tak bermaya, dizzy and sakit perut. Tak tahu la kot ini menstrual syndrom atau aku sememangnya dilanda sindrom keresahan akibat lama bercuti. Tapi aku betul2 tak bermaya nak ke opis..not ready yet. Aku blom bersedia mental dan fizikal nak ke opis.

Walaupun bercuti, ada gak orang cari..menyampahnya. Ingatkan cuti ni boleh merehatkan fikiran dari keserabutan, rupanya aku lagi nerbes nak masuk opis esoknya.

Aku boleh rasa banyak keja yang menanti.

Hari ni, aku masuk opis. Tapi aku rasa kosongnya jiwa dan otak aku. Terkebil2 jugak tak tahu nak buat apa. Padahal banyak perkara yang belum setel tu..aku betul2 kebingungan..dah le tak syok sebab dah ramai kawan2 yang takde..pandang kiri kanan depan belakang (belakang aku dinding ler..) semuanya tak menyeronokkan. Sabar je lah...

Tadi Asyraf telefon...kononnya baru tahu aku cuti sebab sakit..huhuh..apa2 pun thanks sebab sudi tanya khabar.

Intan (UEL) pun datang bertanya khabar. Rindu betul kat dia..budak bijak yang tersesat kat sini..hehehe..apa2 pun, thanks sebab jadi pendengar yang baik.