Monday, September 22, 2008




Pernahkah anda menyayangi seseorang tetapi dia mengharapkan lebih daripada itu.

Bagi aku, 'kawan' adalah 'kawan' sampai lah bila-bila. Satu pendirian yang tak pernah berubah dari dulu lagi.

Aku berkawan dengan seseorang kerana aku menyenanginya..dan memang aku betul-betul sayang..tidak ada niat lain selain daripada itu. Mungkin caraku agak keterlaluan sehingga membuatkan dia jadi keliru.

Walau seribu kali dia bertanya, jawapan ku masih tetap sama..dan aku pasti tentang itu!