Friday, September 19, 2008
Hari Lahir
17 September, 2 hari yang lepas adalah hari lahirku..
Tak sempat nak berposting sebab sibuk sangat. Kuliah dari jam 9 pagi sampai 4 petang. Hubby pulak cuti sempena Nuzul Quran, tapi sibuk menyiapkan proposal yang akan dibentangkan selepas cuti raya nanti.
Takde sambutan apa2 sempena birthday..takde kad, hanya ada kek comel yang disediakan oleh hubby..yang aku musykil tu daripada Luqman dan Luthfil!
Aku dapat rasakan yang cuti raya kali ini agak hambar, kami takde mood nak raya sebab masing2 pening memikirkan banyak benda selepas raya nanti. Aku dengan final exam dan projek yang tak setel, hubby dengan proposal phdnya.
Semalam, hubby ajak ke Seremban mencari baju raya untuk kami. Aku yang kebetulan tidak ada kuliah mengikut je. Takde idea nak cari yang macammana. Oleh kerana kakak dah beli baju melayu Luqman dan Luthfil yang berwarna kuning, kami pun mengikut la jugak. Tak pernah pulak selama kawin sejak 2002, kami ada tema hari raya. Hubby cakap, takde tema warna pun boleh raya jugak..hehehe..sempoi jer..tak nak menyusahkan kepala otak dan fizikal dok mencari benda yang susah. Kalau tak nak susah boleh, beli je kain ela, pastu wat la baju raya..kalau nak sekali dengan alas meja, kusyen, langsir pun boleh.