Kadangkala kita rasa diri kita betul dan tiada salah.
Walaupun bermati-matian mengaku tiada salah.
Tapi jangan lupa, kadangkala kita berbuat sesuatu tanpa kita sedari ianya melukakan hati orang yang paling kita sayangi.
Mungkin kita sedari akan hal tersebut..cuma tidak mahu mengakui hakikat sebenarnya sahaja.
Cuma..renungkanlah sejenak..mungkin ada seketika kau alpa.
Aku faham..manusia ada keegoan masing-masing..tapi jangan sampai keegoan memakan diri.
Aku juga ada hati dan perasaan.
Aku ada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan hati untuk merasa..
p/s: rahsia bukan lagi suatu rahsia jika diketahui orang kedua, ketiga dan seterusnya..
... jangan kau tegakkan benang yang kau ragui tahap kebasahannya..
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN