Sunday, November 29, 2009

hentikan ajer...

Had kemasukan 'Pak Hitam' guna VOA

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah mengambil langkah menapis dan mengehadkan kebanjiran ‘Pak Hitam’ dengan keputusan menarik balik pemberian visa ketibaan (VOA) kepada rakyat 20 negara Afrika termasuk Nigeria.

Langkah tersebut yang diputuskan baru-baru ini dibuat ekoran kebimbangan terhadap masalah sosial yang membabitkan golongan warga asing itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga akan menggariskan peraturan yang lebih ketat terhadap pengeluaran VOA terutama kepada para pelajar warga Afrika yang lain.

Kenyataan Hishammuddin itu sekali gus menyokong usul Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini yang mahu pendekatan itu dilaksanakan demi memastikan hanya pelajar dari benua itu yang layak sahaja boleh menuntut di negara ini.


*****************************************************************************************

pengalaman saya dalam berhadapan dengan 'pak itam' ni memang memeningkan kepala. Antaranya suka menipu, suka kelentong, suka ponteng kelas, pemalas, tak berdisiplin, berlagak dan bukannya terror english pun! pernah saya test mereka ni semasa discussion tutorial, setiap pelajar perlu membaca dan memberi jawapan...sorang 'pak itam' ni sampai kesudah tak mau baca sebab malu dengan english nya.


heran bin ajaib..apa kelayakan mereka tak tahu lah..ada jugak yang datang hanya berumur <18>


so, saya amat2 bersetuju jika isu pengambilan pelajar asing ni dipantau dengan ketat..hentikan terus lagi bagus. banyak masalah sosial yang timbul.


itu belum lagi kes mabuk, bergaduh, buat bising, bawak keta laju dan merbahaya, rungutan penduduk, kencing merata2, menipu masa exam..banyak la lagi..

lebih parah, pelajar2 melayu yang bertudung ni cukup bangga jika dapat pakwe2 di kalangan 'pak itam'...murahnyer harga diri.


Wednesday, November 25, 2009

bingit..

Nak marah, risau dikata tak bertolak ansur.

Ye lah..bumbung kita lantai orang.

Tapi saya memang hangin. Baby baru je nak lelap, dah terkejut dengar orang tengah gerudi dinding.

Selama ni kami aman tanpa jiran atas..nampak gayanya lepas ni kena bersedia fizikal dan mental.

Bingit sungguh!!

Sunday, November 22, 2009

baju raya

hajat dihati nak bershoping mencari baju raya...just untuk ibu dengan Wafa sahaja. Mereka2 itu sudah melaram semasa raya puasa yang lepas. So, kali ni turn ibu ngan Wafa la pulak nak melaram..hehehe.

Tapi nampak gayanya harapan tinggal harapan ajer la..hari minggu pun hubby ada majlis di UPM.

Tuesday, November 17, 2009

Allah sentiasa ada....

email dari seorang rakan singgah di mail box saya. di sini sy lampirkan utk dikongsi bersama pembaca semua.

***********************************************************************************


Allah Selamatkan Saya Ketika Derita

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli
minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat
lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di
sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.

Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat
dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang
itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah
bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil.
Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa
menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk
pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan
hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual
seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah
dan daif. "Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita
itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.
"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang
menunduk malu.

Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak
mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.


Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama
tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur
untuk menahan lapar, saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang
tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar
kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih
baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan
penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.
"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata
jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil
menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat.
Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam
itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah
kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar
Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan
bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa
aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.
Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi
pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti
'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort
dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran
tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang
menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual
paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik'
kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda.
Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan
Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan
jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa
itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu
dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat
Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya
dengan tidak semena-mena. "Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya.

"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain
kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat
akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat
mereka lazim 'bersidai'.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!"
kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil
sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang
juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya.
Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang
"Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang
sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang
berbeza - bukan di bawah telunjuknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi
Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada
sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah
habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi
gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke
tempat kerja, tambang bas pun tidak ada.

Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka. Saya
hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang
ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. "Jika kau
susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang
dihajat," ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada
Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak
tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya
sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...
"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang,
aku menambahkan malu di muka." Ya, begitulah juga dengan saya.. hanya
pada Allah saya berharap.

Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk
membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa
yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba
terselit sekeping wang RM50.00 di situ.

Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya
dengan cara yang tidak disangka-sangka...

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah
membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan
penyelesaian yang tidak diduga. Ada dengan cara fitrah manusia, ada
dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang
tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia.. itulah
Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya
Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di
atas sangkaan hamba-hambaKu."

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu
malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung
saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling
saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis
makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel
saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya
sudah tidak sanggup melihat keadaan itu. Saya dengan hati yang luluh,
lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.

Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak
berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun
tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... Bimbang
benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat
meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak
duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan.

Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si
sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu... Sambil memegang
botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata
: "Mmm...sedap.." Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di
wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan
sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam
sehinggalah terlena..

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya
atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan
manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan
kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya
melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti
terbaik' hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan,
adalah sesuai dengan kemampuan seseorang.

Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain
kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah
mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan
tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti
firmannya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kemampuannya;" (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup
ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak
keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan
kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal
erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.
Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur
ulaman di kaki longkang.

Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih
derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat
daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum
tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda
sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang
mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama
'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya
padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja
saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca
dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula.

Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. Kata seorang
tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak
itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada,
kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan
lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan
mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan
cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya
kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih
kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan
duka saya yang panjang...


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar
gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila
ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un"
(sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)."
(Al-Baqarah: 155-156).

gumbira...hahaha

posting yang lepas saya ada bagitau yang saya ada bermimpi...hari ini saya dapat feedback yang positif.... alhamdulillah. Saya nampak dia 'ada'..tapi tak ter'tegur' Nanti laaa..

thanks for added me as your buddy!

membesar bagai juara!



Routine tune Wafa Aleesya menunjukkan sedikit perubahan. Jika sebelum ini, siang malam dia banyak tido, sekarang ni siang dia tido..malam dia berjaga. Ibu la yang tak cukup tido..huhu..jam 1 pagi dia bangun menyusu, then sampai 3 pagi dia celik mata seluas-luasnya.

Script exam blom habis marking lagi..one bundle to go!! caiyyo'!!!

Saturday, November 14, 2009

again???

2 days ago, i dreamed..again!!

its like a hint to show me something..hehehe

firasat kot..then, i got 'something new'!

hahaha..tungguuuu..

Friday, November 13, 2009

Sudah lama tak buat 5 S pada akaun email. Skali bukak ribu raban email masuk. Kadang2 kalau ada kelapangan, saya suka jugak membuka email2 forward ni..bergantung kepada isu/topik yang diperbincangkan oleh pembaca forum.

Berikut ialah email yang agak sensitif isunya, tapi menarik untuk dikongsi bersama. Saya tak edit apa2..ia merupakan pendapat dari seorang pembaca.

__________________________________________________________________

Assalamualaikum. .
bagi saya lah..orang lelaki ni macam ramalan cuaca.
kita ingatkan akan panas sampai ke petang, rupa2nya hujan yang turun.
UNPREDICTABLE. .(tak boleh dijangka)..tapi perempuan pun ada juga macm tu.

kalau jenis yang suka tengok org lain, isteri kat tepi dah cukup lawa pun dia akan pandang org lain.
kalau jenis yang tak pandang perempuan lain, kalau perempuan cantik depan dia, pun dia tak perasan.
macam seorang pensyarah saya kat UM dulu..dia kata, bagi saya..isteri sayalah yang paling cantik dan lawa. dan hari ni pensyarah saya masih bahagia dengan isterinya..masih macam loving couple yang muda2.

kalau nak kata sebab pakai kain batik dan tshirt kena ceraikan atau ditinggalkan. . nenek dan mak kita kat kampung pun ramai pakai macam tu..tapi tak pula ditinggalkan. dan bagi saya lah..orng pakai kain batik dan tshirt ni kadang2 nampak menarik. tapi kena tahu lah cara pakai. kalau nak kata sebab isteri tak pandai..kenapa ada suami tinggal isteri yang kerja cikgu/lawyer/ dktor dan nikah dengan org gaji?

POKOK PANGKALNYA ADALAH HATI..KALAU ISTERI PAKAI MACAM MODEL, KALAU ISTERI ADA IJAZAH BERGULUNG PUN... TAPI KALAU HATI TU DUK ASYIK TERINGAT KAT ORANG LAIN...MACAM2 BOLEH JADI

Saya ada seorang kawan yang telah bernikah selama 18 tahun dan mereka tidak punya anak.jadi ramailah yang jadi 'penasihat' dan bertanya "hang tak mau kawin lain ka? dah 18 thn tak dapat anak, carilah bini lain." tahu tak apa kawan saya jawab?

"memang teringin jugak nak cari lain. tapi bila aku fikirkan kebaikan isteri aku, aku tak gamak nak nikah lain." KENAPA PULAK? Kawan2 dia tanya lagi. katanya "MASA BARU NIKAH DGN DIA, KAMI SUSAH. APA ADA KAMI MAKAN SAMA-SAMA. DIA TAK PERNAH BERSUNGUT. TAK PERNAH MINTA NAK BALIK MAKAN KAT RUMAH MAK AYAH DIA. DIA TAK PENAH BERSUNGUT AKU TAK BAGI DIA BARANG KEMAS ATAU BAJU MAHAL. SEKARANG DAH SENANG..KENAPA PULAK AKU NAK BUAT MACAM TU KAT DIA?

dan kalau sahabat2 semua nak tahu...kawan saya ni orangnya kacak juga, tapi isterinya masuk kategori badan gempal. tak tinggi pun..tak pakai macam model pun. MAKNANYA...KUNCI UTAMA ADALAH SUAMI. KALAU DIA BERFIKIR DAN MENGENANG PENGORBANAN ISTERINYA..TAK AKAN JADI MASALAH YANG MENGHARU BIRU KAN HIDUP NI. SAMA JUGA DGN ISTERI, KALAU DIA BERFIKIR KEBAIKAN SUAMINYA, DIA TAK AKAN CURANG PADA SUAMI. MANA ADA MANUSIA YANG SEMPURNA.

INI TIDAK...BILA JUMPA SAJA ORG BARU, YANG DILIHAT DAN NAMPAK DI MATA SEMUANYA KEBURUKAN. ISTERI DAH TAK ADA CUTTING..DAH TAK MACAM2...PADAHAL YANG JAGA ANAK2...ADALAH ISTERI YANG DIPANDANG TAK LAWA DAN TAK MENARIK TU LAH.KONONNYA, SEJAK MENIKAH BARU, REZEKI DIA MAKIN MURAH... MEMANGLAH MURAH..SEBAB DIA DAH SENANG. YANG SUSAH BERSAMANYA ADALAH ISTERI PERTAMA DIA.

bila pelajar2 saya tanya, antara cantik dan agama...manakah yang patut didulukan.saya bacakan kepada mereka kata2 hikmah yang saya pernah baca.

NAFSU MENGATAKAN WANITA CANTIK KERANA RUPANYA..
AKAL MENGATAKAN WANITA CANTIK KERNA ILMUNYA
HATI MENGATAKAN WANITA CANTIK KERANA IMAN DAN AMALNYA..

KALAU KITA MEMILIH PASANGAN HIDUP KITA HANYA KERANA KECANTIKAN.. KITA AKAN KEHILANGAN DIA SEBAB KECANTIKANNYA. KALAU KITA MEMILIH HANYA KERANA ILMUNYA...KITA AKAN KEHILANGAN DIA KERANA ILMUNYA. TAPI KALAU KITA MEMILIH KERANA AGAMANYA (CARA HIDUP YANG BERLANDASKAN AGAMA)...KAMU AKAN SELAMAT. InsyaALLAH.

ISTERI/SUAMI BUKAN MACAM PAPAN SKI (SKATEBOARD) ..
BELUM MAIN GILAP, BILA DAPAT DIPIJAK.
BUKAN MACAM BULU TANGKIS, BELUM MAIN PEGANG.BILA DAPT, DIPUKUL.
BUKAN MACAM BOLA SEPAK, BELUM DAPAT DIKEJAR.BILA DAH DAPAT DISEPAK..
TAPI ISTERI/SUAMI TU MACAM BOLA RAGHBI..BELUM DAPAT DIREBUT..BILA DAPAT DIPEGANG KUAT2 DAN DILINDUNGI.. ..
(maaf, ini bukan saya yang reka..tapi orang lain)tapi ada kebenarannya.

Minta maaf, jika ada kata2 yang menyinggung perasaan...Wassalam

Dr fauziah


###################################################################

* Kalau terima couple sebab takde orang nak..(tangkap muat) camner pulak tu?..'asal ader untuk isi masa lapang'..huh! Bila jumpa yang lebih baik, lebih sempurna..ermmm..hi2, bye2!!!

marking??

huhuhu..

saya sedang bercuti..tapi saya juga sedang bekerja.

camner tu?

tengahari tadi, staf office datang antar answer script student2 ku. semalam depa sit exam.tak banyak..130 jer! macam banyak mengarut jer jawab..cehh...

poyo!

selamat me'marking' sambil tidak miss tengok 'Golden Apple' (sesi malam, 303), dan 'Which Star U Are From' sesi siang. (ingatkan nak subcontract jer ..saper nak contact saya cepat!!)

pejam celik jer dah 24 hari usia Baby Wafa Aleesya...dia makin montel..hehehe..2 hari lepas nurse datang melawat, timbangan dah cecah 4.5kg.

Buat masa sekarang Wafa sangat sporting..siang hari dia tido, kadang2 malam dia berjaga time ibunya nak tido!!!..waarghh..siang hari ibunya melayan citer Korea...ngehngehngeh..

pembekalnya macam biasa la..

Erie, bila nak supply next movie nih??