Sudah lama tak buat 5 S pada akaun email. Skali bukak ribu raban email masuk. Kadang2 kalau ada kelapangan, saya suka jugak membuka email2 forward ni..bergantung kepada isu/topik yang diperbincangkan oleh pembaca forum.
Berikut ialah email yang agak sensitif isunya, tapi menarik untuk dikongsi bersama. Saya tak edit apa2..ia merupakan pendapat dari seorang pembaca.
__________________________________________________________________
Assalamualaikum. .
bagi saya lah..orang lelaki ni macam ramalan cuaca.
kita ingatkan akan panas sampai ke petang, rupa2nya hujan yang turun.
UNPREDICTABLE. .(tak boleh dijangka)..tapi perempuan pun ada juga macm tu.
kalau jenis yang suka tengok org lain, isteri kat tepi dah cukup lawa pun dia akan pandang org lain.
kalau jenis yang tak pandang perempuan lain, kalau perempuan cantik depan dia, pun dia tak perasan.
macam seorang pensyarah saya kat UM dulu..dia kata, bagi saya..isteri sayalah yang paling cantik dan lawa. dan hari ni pensyarah saya masih bahagia dengan isterinya..masih macam loving couple yang muda2.
kalau nak kata sebab pakai kain batik dan tshirt kena ceraikan atau ditinggalkan. . nenek dan mak kita kat kampung pun ramai pakai macam tu..tapi tak pula ditinggalkan. dan bagi saya lah..orng pakai kain batik dan tshirt ni kadang2 nampak menarik. tapi kena tahu lah cara pakai. kalau nak kata sebab isteri tak pandai..kenapa ada suami tinggal isteri yang kerja cikgu/lawyer/ dktor dan nikah dengan org gaji?
POKOK PANGKALNYA ADALAH HATI..KALAU ISTERI PAKAI MACAM MODEL, KALAU ISTERI ADA IJAZAH BERGULUNG PUN... TAPI KALAU HATI TU DUK ASYIK TERINGAT KAT ORANG LAIN...MACAM2 BOLEH JADI
Saya ada seorang kawan yang telah bernikah selama 18 tahun dan mereka tidak punya anak.jadi ramailah yang jadi 'penasihat' dan bertanya "hang tak mau kawin lain ka? dah 18 thn tak dapat anak, carilah bini lain." tahu tak apa kawan saya jawab?
"memang teringin jugak nak cari lain. tapi bila aku fikirkan kebaikan isteri aku, aku tak gamak nak nikah lain." KENAPA PULAK? Kawan2 dia tanya lagi. katanya "MASA BARU NIKAH DGN DIA, KAMI SUSAH. APA ADA KAMI MAKAN SAMA-SAMA. DIA TAK PERNAH BERSUNGUT. TAK PERNAH MINTA NAK BALIK MAKAN KAT RUMAH MAK AYAH DIA. DIA TAK PENAH BERSUNGUT AKU TAK BAGI DIA BARANG KEMAS ATAU BAJU MAHAL. SEKARANG DAH SENANG..KENAPA PULAK AKU NAK BUAT MACAM TU KAT DIA?
dan kalau sahabat2 semua nak tahu...kawan saya ni orangnya kacak juga, tapi isterinya masuk kategori badan gempal. tak tinggi pun..tak pakai macam model pun. MAKNANYA...KUNCI UTAMA ADALAH SUAMI. KALAU DIA BERFIKIR DAN MENGENANG PENGORBANAN ISTERINYA..TAK AKAN JADI MASALAH YANG MENGHARU BIRU KAN HIDUP NI. SAMA JUGA DGN ISTERI, KALAU DIA BERFIKIR KEBAIKAN SUAMINYA, DIA TAK AKAN CURANG PADA SUAMI. MANA ADA MANUSIA YANG SEMPURNA.
INI TIDAK...BILA JUMPA SAJA ORG BARU, YANG DILIHAT DAN NAMPAK DI MATA SEMUANYA KEBURUKAN. ISTERI DAH TAK ADA CUTTING..DAH TAK MACAM2...PADAHAL YANG JAGA ANAK2...ADALAH ISTERI YANG DIPANDANG TAK LAWA DAN TAK MENARIK TU LAH.KONONNYA, SEJAK MENIKAH BARU, REZEKI DIA MAKIN MURAH... MEMANGLAH MURAH..SEBAB DIA DAH SENANG. YANG SUSAH BERSAMANYA ADALAH ISTERI PERTAMA DIA.
bila pelajar2 saya tanya, antara cantik dan agama...manakah yang patut didulukan.saya bacakan kepada mereka kata2 hikmah yang saya pernah baca.
NAFSU MENGATAKAN WANITA CANTIK KERANA RUPANYA..
AKAL MENGATAKAN WANITA CANTIK KERNA ILMUNYA
HATI MENGATAKAN WANITA CANTIK KERANA IMAN DAN AMALNYA..
KALAU KITA MEMILIH PASANGAN HIDUP KITA HANYA KERANA KECANTIKAN.. KITA AKAN KEHILANGAN DIA SEBAB KECANTIKANNYA. KALAU KITA MEMILIH HANYA KERANA ILMUNYA...KITA AKAN KEHILANGAN DIA KERANA ILMUNYA. TAPI KALAU KITA MEMILIH KERANA AGAMANYA (CARA HIDUP YANG BERLANDASKAN AGAMA)...KAMU AKAN SELAMAT. InsyaALLAH.
ISTERI/SUAMI BUKAN MACAM PAPAN SKI (SKATEBOARD) ..
BELUM MAIN GILAP, BILA DAPAT DIPIJAK.
BUKAN MACAM BULU TANGKIS, BELUM MAIN PEGANG.BILA DAPT, DIPUKUL.
BUKAN MACAM BOLA SEPAK, BELUM DAPAT DIKEJAR.BILA DAH DAPAT DISEPAK..
TAPI ISTERI/SUAMI TU MACAM BOLA RAGHBI..BELUM DAPAT DIREBUT..BILA DAPAT DIPEGANG KUAT2 DAN DILINDUNGI.. ..
(maaf, ini bukan saya yang reka..tapi orang lain)tapi ada kebenarannya.
Minta maaf, jika ada kata2 yang menyinggung perasaan...Wassalam
Dr fauziah
###################################################################
* Kalau terima couple sebab takde orang nak..(tangkap muat) camner pulak tu?..'asal ader untuk isi masa lapang'..huh! Bila jumpa yang lebih baik, lebih sempurna..ermmm..hi2, bye2!!!
No comments:
Post a Comment