Tuesday, April 27, 2010

cuti

tak boleh nak story panjang2 sebab keadaan diri tidak mengizinkan. Ibu sedang bercuti sakit selama sebulan lebih bermula 23April 2010.

Sakit apa??huhu..panjang citer!

Doakan ibu cepat sembuh k! demi untuk si comel terchenta!

Wednesday, April 21, 2010

Idaman

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, ibu bizi dengan beberapa urusan. Urusan mendapatkan sesuatu yang sudah lama menjadi idaman. Insyaallah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Rupanya memiliki idaman hati memerlukan tahap kesabaran dan pengorbanan yang bukan sedikit. Semoga apa yang diusahakan ini berbaloi2!

Amiin..

Saturday, April 17, 2010

Tahniah

Semalam Luqman dapat Report Card bagi Ujian bulan Mac yang lepas. Dia mendapat kedudukan no 5 daripada 40 pelajar kelasnya. Hmmm...ibu pada mulanya agak terkilan sebab bagi ibu no 5 tu agak 'kureng' sket. Ye la..ibu dulu selalu dapat no 1, orang lain takde chance nak dapat hadiah sebab tiap2 tahun ibu jer yang ke depan. hahaha..gila kuasa btol.

Setelah dijelaskan oleh pengasuh dan kawan ibu, no 5 tu kira ok la..baru lah ibu puashati. Lagipun beza peratus pelajar yang dapat no1 dengan 5 hanyalah 3.5%. Sama2 dapat 5A. Yang lagi harunya, untuk Lukisan, Muzik dan PJ dia dapat B dan C. Nasib baik tak dikira dalam markah. Memang anak ayah la, sbb ayah pun bukan artistic orangnya. Ibu pun lebih kurang jugak..sumer kaki bangku.

Cuma Bahasa Arab jer yang perlu diimprovekan sikit. Luqman dapat B untuk Bahasa Arab. Masa form 1-3 dulu ada ibu belajar, tapi dah lama tinggalkan, kalau setakat basic2 tu ingat la lagi.

Ayahnya yang masih di KB sibuk dok bertanyakan nak beli hadiah apa untuk anaknya. Hmm..perlu ke hadiah?? Tunggu combine sekali dengan birthday bulan depan la.

Wednesday, April 14, 2010

berjauhan..

Bermula hari ini sehingga Ahad ini, tinggallah ibu empat beranak di rumah. Hubby melawat site projek di Lipis dan KB. Semalam dia citer, 3 kali bos nya bertanyakan samada mahu ikut atau tidak ke KL dan KB. Nampak macam mengharap jer..

Entah macammana kami nanti. Kami jarang berjauhan lama2. Paling lama hubby pernah outstation ke Sabah selama sebulan. Masa tu hanya ada Luqman seorang. Kali ini dah bertiga. Harap2 tu semuanya dalam keadaan terkawal. Huhuhu..

Sekarang kami sedang mengusahakan sesuatu. Sesuatu yang telah lama kami idamkan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Amin.


Tuesday, April 13, 2010

persoalan yang tiada kesudahan..

Rentetan daripada kes2 pembuangan bayi yang agak menjadi2 sejak akhir2 ini, ibu mempunyai beberapa persoalan yang sering berlegar2 di kepala;

1. Adakah individu2 diluar sana yang terlibat dalam membuang dan membunuh bayi mereka seronok melihat telatah masyarakat (baca: media) yang membuat liputan ke atas bayi mereka?

2. Adakah mereka ingin melihat reaksi pihak2 berkuasa, pemimpin2 dan ahli masyarakat dalam memberi respons kepada kes itu. Almaklumlah, selepas insiden penemuan bayi samada yang masih bernyawa, yang tinggal nyawa2 ikan atau yang telah tidak bernyawa akan diberi liputan besar sekarang ini.

3. Tidak tercabarkah pihak berkuasa dengan insiden2 menyayat hati itu?

4. Sebanyak2 kes membuang bayi yang berlaku, tidak adakah tangkapan yang dibuat ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukan kerja terkutuk itu?

5. Licik sangatkah si durjana itu sehinggakan takde sorang pun makhluk manusia yang kebetulan menjadi saksi pembuangan bayi itu?

6. Berkesankah kempen2 yang dilakukan sekarang? Nampak macam seolah2 nak menyelesaikan 'apa yang telah berlaku'..tapi punca kepada 'kejadian' tidak diberi perhatian.
Agaknya akan ada couple yang ambil kesempatan..."kalau termengandung pun takpe, sebab nanti kita bagi baby kita kat artis ke, polis ke, YB ke..untuk dijadikan anak angkat"..perghhh..glamer tu masuk paper, masuk TV!

7. Banyak kes buang bayi berlaku di tempat buang sampah, masjid, surau..apa kata letak CCTV banyak2 kat situ..nak jugak tengok muka manusia mana yang tergamak buang bayi merata2.

Monday, April 12, 2010

Sampai hati..


Di manakah letaknya sifat kemanusiaan mu wahai manusia..
Tergamak kau membuang bayi yang belum mengenal erti apa-apa..
Seolah2 bayi malang ini memikirkan.."kenapa ibu buang saya?"..apa salah saya?
Macammana ya..seorang ibu boleh tergamak melayan anaknya sendiri macam ni..
Hmmm...dunia semakin menghampiri kiamat.

Friday, April 09, 2010

Sejak akhir2 ini, hubby agak sibuk dengan projek PhD. Kesian sungguh kadang2 melihat dia tak cukup masa untuk berehat. Tengah study pun kadang2 boleh terlelap. Waktu tidur pun dah tak menentu. Kadang2 berjaga sampai jam 3,4 pagi. Pendek kata takde masa rehat langsung. Tambahan sekarang ni dah sampai ke penghujung semester...dengan assignment, test, final, CE dan kelas mengajar. Next week pada 14 hingga 17hb dia akan ke Kuala Lipis dan Kota Bharu melawat site bersama2 dengan supervisornya..nampak gayanya ibu la yang kena mengantar Luqman ke sekolah. Camner dengan si kenit dua orang tu yer bila ibu nak hantar Luqman ke sekolah??..hmmm..

Malam tadi, lepas solat maghrib, hubby mengajak pergi shopping. Katanya kalau tak sempat shopping pun, sajer nak meluangkan masa dengan keluarga. Mulanya bercadang nak keluar shopping berdua jer pada hari Sabtu. Memandangkan banyak sangat agenda hari Sabtu, terpaksa mengawalkan agenda shopping ke malam tadi. Sempat la beli 2,3 barang. Ibu nak beli handbag jer, tapi terbeli kasut kerja skali..hehehe..thanks hubby!

Pagi semalam juga student2 ibu ada exam kat UTMKL. Sepatutnya petang dah boleh collect script jawapan, tapi memandangkan ada kelas, terpaksa lah ambil hari ni. Dngar criter ada yang cakap susah.hehehe..tak baca memang la susah.

So, lepas drop hubby kat UPM tadi, ibu bergegas ke UTM pulak. Jumpa dengan Ketua Jabatan. Sembang punya sembang, dia offer lagi subjek kepada ibu untuk semester akan datang. Kali ini, subjek HRM pulak, tapi untuk student degree HRD. Jumlah student hundred plus..huhuhu..termasuklah student foreigner. Kat UTM, kalau foreigner kebanyakannya datang dr middle east. Ibu belum bagi jawapan samada setuju atau tidak. Kena fikir dulu sebab jumlah student yang agak ramai, takut tak terkejar dengan kerja kat sini melainkan ibu concentrate mengajar kat situ ajer. Untuk program SPACE, dia mintak ibu deal terus dengan Penyelaras Program Space. Kalau SPACE, ok jugak sebab hanya 7 minggu jer pada hujung minggu.

Monday, April 05, 2010

tiada lagi..


Ibu bukanlah peminat fanatik radio era..malahan kat rumah pun takde radio! Sekali sekala pasang radio kat Astro time takde rancangan best kat tv. Ibu hanya berkesempatan melayan radio pagi2 time dalam kereta on the way nak ke opis atau menghantar anak ke rumah pengasuh..itupun kdg2 lupa nak on. Cuma kalau drive ke KL tu lama sikit la melayannya utk hilangkan ngantuk diperjalanan. Pasang volume kuat2 dan tekan minyak laju..huhu..


Saluran yang ibu biasa ikuti ialah sinar pagi mendengar celoteh kak engku, krill dan SY..kadang2 layan Era (hanya time Pak Nil dan Din Beramboi sahaja) iaitu Riuh Pagi di Era. Ibu suka dengar slot Sawancara dan drama sebabak..boleh tergeliat usus perut kalau dengar Pak Din buat lawak. Pak Nil pulak tukang gelak..


Sehari sebelum berita pemergian PakDin, ibu baru sahaja mendengar Sawancara PakNil dan PakDin yang mana PakNil menginterview PakDin yang kononya kerja sebagai 'nelayan'. Jawapan2 dia walaupun kadangkala agak 'sengal' dan merapu, tapi boleh buat kita yang mendengarnya ketawa tak kering gusi..ada2 jer jawapan tak masuk akalnya..kreatif! Memang kalau dengar lawak dia, buat kita tergelak guling2 daa..


Mula2 ibu dengar PakDin dah takde pagi Jumaat tu, ibu tersentap jugak..rasa macam tak caya jer. .Era dah tak riuh lagi lepas ni dengan gurau senda pakdin dan paknil. Dan tak dapat ibu bayangkan bagaimana perasaan paknil ketika ini..apatah lagi keluarganya sendiri apabila kehilangan orang yang tersayang.


Dan tak semena2..ibu terkedu dan mengalirkan air mata. .sampai sekarang pun kalau ada berita tentang pakdin, ibu masih lagi akan menitiskan air mata. Sampai Hubby tegur...'nak nangis kenapa...ramai lagi orang kat luar sana yang mati akibat peperangan, kebuluran dan malapetaka'..huhuhu..


Entah laa...sukar ibu jelaskan, kenapa ibu menangis..selepas ini takde lagi gurau senda PakDin kedengaran. Semoga PakDin ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah.

Oh my baby~


Hari ini ibu EL..lepak kat rumah dengan Wafa.


Sejak Khamis lepas, Wafa berak2 sehingga kadang2 sampai 7-8 kali sehari. Dia jugak masih lagi batuk dan selsema. Jumaat pagi sekitar jam 3.30am, ibu bangun untuk solat. Seperti biasa, ibu akan check dulu pampers dia sebelum tido. Terkejut ibu apabila melihat ada warna seakan2 darah bersama popo. Terus ibu kejutkan hubby. Lantas kami berkemas (standby kalau2 Wafa kena tahan wad..) terus untuk ke hospital Serdang. Ibu tak mau ambil risiko ke klinik swasta biasa.


Hampir jam 5am (Luqman dan Luthfil ibu hantar ke rumah pengasuh) kami sampai di bahagian kecemasan. Wafa, seperti biasa adalah kanak2 yang ceria. dia masih lagi boleh senyum dan ketawa..masih belum faham apa yang berlaku pada diri dia. Agaknya dia pun pelik..apahal la ibu ngan ayah dia bawak jenjalan pagi2 buta kat hospital.


Hampir setengah jam menunggu, akhirnya tiba giliran kami. Setelah memberitahu serba sedikit keadaan Wafa, Doktor meminta untuk meriksa. Kebetulan Wafa popo lagi. Kali ini tak kelihatan darah. Doktor menjelaskan, kemungkinan akibat daripada terlalu kerap buang air menyebabkan ianya luka melecet kerana masa tu juga keadaan paha dan b****t dia kemerahan.


Mengikut doktor, punca cirit birit itu disebabkan oleh kahak yang ditelan. Kanak2 tak pandai nak meludah macam orang dewasa, mereka hanya tahu menelan. So, kahak yang mengandungi kuman itu telah dikeluarkan melalui popo. Darah yang berupa rerambut itu adalah kesan dari akibat kekerapan membuang air. Lega kami mendengar penerangan doktor. Doktor juga menasihatkan agar ibu meneruskan penyususan susu badan yang lebih kerap, sebab untuk mencover air yang hilang dari badan dia. Pada mulanya ibu ingatkan kesan dari susu ibu yang mana kadang2 ibu ada memakan makanan yang panas, atau sejuk dan pedas. Doktor menjelaskan, susu ibu bukan puncanya..takde kaitan..malahan susu ibu adalah makanan terbaik yang telah diproses menjadi makanan terbaik bagi kanak2.