Saturday, April 17, 2010

Tahniah

Semalam Luqman dapat Report Card bagi Ujian bulan Mac yang lepas. Dia mendapat kedudukan no 5 daripada 40 pelajar kelasnya. Hmmm...ibu pada mulanya agak terkilan sebab bagi ibu no 5 tu agak 'kureng' sket. Ye la..ibu dulu selalu dapat no 1, orang lain takde chance nak dapat hadiah sebab tiap2 tahun ibu jer yang ke depan. hahaha..gila kuasa btol.

Setelah dijelaskan oleh pengasuh dan kawan ibu, no 5 tu kira ok la..baru lah ibu puashati. Lagipun beza peratus pelajar yang dapat no1 dengan 5 hanyalah 3.5%. Sama2 dapat 5A. Yang lagi harunya, untuk Lukisan, Muzik dan PJ dia dapat B dan C. Nasib baik tak dikira dalam markah. Memang anak ayah la, sbb ayah pun bukan artistic orangnya. Ibu pun lebih kurang jugak..sumer kaki bangku.

Cuma Bahasa Arab jer yang perlu diimprovekan sikit. Luqman dapat B untuk Bahasa Arab. Masa form 1-3 dulu ada ibu belajar, tapi dah lama tinggalkan, kalau setakat basic2 tu ingat la lagi.

Ayahnya yang masih di KB sibuk dok bertanyakan nak beli hadiah apa untuk anaknya. Hmm..perlu ke hadiah?? Tunggu combine sekali dengan birthday bulan depan la.

No comments: