Hari ini ibu EL..lepak kat rumah dengan Wafa.
Sejak Khamis lepas, Wafa berak2 sehingga kadang2 sampai 7-8 kali sehari. Dia jugak masih lagi batuk dan selsema. Jumaat pagi sekitar jam 3.30am, ibu bangun untuk solat. Seperti biasa, ibu akan check dulu pampers dia sebelum tido. Terkejut ibu apabila melihat ada warna seakan2 darah bersama popo. Terus ibu kejutkan hubby. Lantas kami berkemas (standby kalau2 Wafa kena tahan wad..) terus untuk ke hospital Serdang. Ibu tak mau ambil risiko ke klinik swasta biasa.
Hampir jam 5am (Luqman dan Luthfil ibu hantar ke rumah pengasuh) kami sampai di bahagian kecemasan. Wafa, seperti biasa adalah kanak2 yang ceria. dia masih lagi boleh senyum dan ketawa..masih belum faham apa yang berlaku pada diri dia. Agaknya dia pun pelik..apahal la ibu ngan ayah dia bawak jenjalan pagi2 buta kat hospital.
Hampir setengah jam menunggu, akhirnya tiba giliran kami. Setelah memberitahu serba sedikit keadaan Wafa, Doktor meminta untuk meriksa. Kebetulan Wafa popo lagi. Kali ini tak kelihatan darah. Doktor menjelaskan, kemungkinan akibat daripada terlalu kerap buang air menyebabkan ianya luka melecet kerana masa tu juga keadaan paha dan b****t dia kemerahan.
Mengikut doktor, punca cirit birit itu disebabkan oleh kahak yang ditelan. Kanak2 tak pandai nak meludah macam orang dewasa, mereka hanya tahu menelan. So, kahak yang mengandungi kuman itu telah dikeluarkan melalui popo. Darah yang berupa rerambut itu adalah kesan dari akibat kekerapan membuang air. Lega kami mendengar penerangan doktor. Doktor juga menasihatkan agar ibu meneruskan penyususan susu badan yang lebih kerap, sebab untuk mencover air yang hilang dari badan dia. Pada mulanya ibu ingatkan kesan dari susu ibu yang mana kadang2 ibu ada memakan makanan yang panas, atau sejuk dan pedas. Doktor menjelaskan, susu ibu bukan puncanya..takde kaitan..malahan susu ibu adalah makanan terbaik yang telah diproses menjadi makanan terbaik bagi kanak2.
No comments:
Post a Comment