Tuesday, May 04, 2010

demam..demam..& demam

Assalamualaikum wbt..


Hari ke 11 selepas operation. Nak kata dah sihat sangat tu tidak la jugak..tetapi ibu gagahkan diri untuk bangun dan membuat kerja2 ringan yang termampu. Memikirkan anak2 yang memerlukan perhatian ibu, ibu gagahkan diri untuk berdiri.

2 hari lepas, iaitu 2 Mei merupakan hari lahir Luqman yang ke 7. Sambut ulang tahun dengan sebiji kek comel yang dibeli oleh hubby. Seusai memotong kek, dia terus masuk ke bilik, menyambung tidur. Sejak demam pada Selasa lepas, baru malam tadi dia makan nasi dan baru hari ini dia ke sekolah.

Demam Luqman belum baik, bersambung pulak dengan Luthfil. Udah ler badan dah tinggal kulit dengan tulang jer..tambah demam lagi..alamatnya makin kurus cekeding la anak ibu. Dia ni pun sama liat makan ubat macam Luqman jugak. Tambah2 kalau ibu yang suruh..hmmm..memang tak berganjak la nampaknya.

Malam tadi pulak, ma mengadu badan rasa nak demam. Alahai..macammana nii..datang nak jaga ibu, dia pulak demam. Wafa pun ibu rasa macam nak join the club demam jugak..hangat semacam jer rasa kepalanya.

Maka..makin kelam kabut lagi la hubby nak jaga kami semua.

Semoga ujian Allah ini dapat kami harungi dengan ketenangan. Amin.


No comments: