Tuesday, September 20, 2011

Betul ke orang kata "bila berjauhan boleh mengurangkan kemesraan???"

Hmmmmmm......

Kalau zaman dulu-dulu, belum ada handphone, internet, facebook, twitter, blog dan segala bagai teknologi, aku setuju la. Bila berjauhan ni susah nak contact, nak tengok muka, nak dengar suara..harapkan surat atau public phone je. Surat tu bukan leh caya sangat. Kadang posmen dia tak hantar ke rumah orang yang sepatutnya, ntah mana-mana dia hantar. Banyak kes posmen simpan surat kat rumah dia. Apa ke hal nyer simpan surat orang.

Nak tulis surat?? Ni yang lomah ni.. punya lah pemalas nak mengarang. Aku dulu amik masa mengarang seminggu dua baru pos, nak jimat stem. Masa tu pakwe dok oversea ko..huhuhu..Dah jadi macam diari pulak. Satu hari satu perenggan. Kalah karangan Bahasa Melayu yang cikgu suruh buat. Ingat lagi masa kat sekolah dulu, time dapat surat biasanya ketua dorm akan announce kat area tengah2 dorm tu. So, time aku dapat surat, dibacanya kuat2, dilaungnya stem tu dari mana. Tersipu2 ai. hahahaha. Kalau dulu-dulu dah ada blog kan bagus. Penah skali aku tulis kat belakang kalendar yang ada gambar2 pemandangan cantik. Konon nakkan kelainan, kreatip giteww. Tapi hampess, siap kena perli, dia cakap macam terima watikah perlantikan di raja jer..cehhh..penat tau tulis tu.

Public phone pulak kalau jenis yang mesra alam takpa la. Kalau kena vandalism ngan budak2 separuh masak tu? Pastu jenuh nak simpan duit syiling, boh dalam kocek sampai naik rebeh kocek baju. Bila lambat masuk duit sket terus ttttet..ttttet..tttet..tttet...putusss. Grrrrrrrrrrr..

Yang jenis makan duit tu tak yah cerita laaa. Sakit hati je..baru je nak jiwang karat..kena karang ayat balik. Kalau awek tengah majukkk..memang jenuh la ko nak korek duit dalam poket. Kalau tetengah memujuk rayu tu tetiba duit syiling habis, sudahhh..bulan depan punya budget pulak la nak pujuk. Silap hari bulan aweks dah kena kebas!

Dengan teknologi canggih yang ada sekarang, maklumat di hujung jari je. Ko nak tengok muka, bercakap, berchit chat siang malam pun takpe. Takde orang kisah. Lagi jiimaaaattt. So, kalau kata sekarang ni sebab berjauhan hilang kemesraan tu statement poyo la sangat. Excused is always excused!!

Yang banyak jadi masalah sekarang juga berpunca dari senangnya mendapatkan maklumat, menggunakan saluran untuk bergaduh, berperang, mengayat, mencanang, beremosi dan sebagainya.

Itu la teknologi ciptaan manusia. Kalau diguna untuk kebaikan, maka kebaikan yang kita dapat. Kalau digunakan untuk tujuan yang tak baik, maka tak baik lah yang kita dapat.

No comments: