Lepas ujian bulanan bulan Ogos baru-baru ini, Abg Long aka Luqman telah memberitahu ibu tentang keputusan ujian dia tu.
Luqman: Ibu, saya dapat nombor satu dalam kelas.
Ibu: Iyer? Cikgu cakap ke Aman dapat nombor 1?
Luqman: Tak la, saya yang cakap kat cikgu saya dapat nombor 1.
Ibu: Huh! Ada ke macam tu..ingatkan cikgu yang bagitau kat Aman. Macammana Aman tahu yang Aman dapat nombor 1?
Luqman: Yer la, saya dapat semua A.
Ibu: Hmmmm...ye la tuuu..kita tengok nanti Aman dapat betul2 ke nombor 1 tu.
Dalam hati ibu, tertanya2 dan risau jugak sebab keputusan ujian bulan Mac dan pertengahan tahun tempoh hari agak merosot ekoran masalah rabun dia tu. Lepas cikgu alihkan kedudukan dia di depan dan hubby pun dah buatkan dia cermin mata, ibu dah tak dengar dia komplen sakit kepala.
Luqman bukan lah rajin sangat baca buku. Kalau kerja sekolah tu nak kena buat spotcheck dulu, tanya ada kerja sekolah atau takde, baru lah terhegeh2 bukak bag. Biasanya ibu akan suruh dia siapkan kerja sekolah sebelum makan malam. Kalau nak harap dia sendiri-sendiri inisiatif baca/buat latihan tu kadang2 ikut mood dia je lah. Yang tak payah disuruh adalah tengok tv especially rancangan 'Bijak versi Malaysia' tu. berpuluh2 kali tengok ulangan pun tak pernah puas. Siap nak buat eksperimen lagi tuh..huhu.
Semalam masa ibu kat dapur, dia datang tunjukkan result exam dia.
Ibu: Waaaaah...bagus, bagus! Semua A. Alhamdulillah..
Luqman: Kan saya dah cakap saya dapat nombor 1!
Ibu: Ibu nak tengok Aman dapat kekalkan macam ni jugak untuk periksa akhir tahun, tau! Yang ni takde dapat hadiah. (hehehehe..teruk kan ibu!)
Then, dia tunjuk kat hubby pulak.
Hubby: Ha! Macam ni la ayah nak! TAHNIAH,TAHNIAH!!!! (sambil shakehand)
Luqman dah tersipu2 malu menerima ucapan tahniah dari ayah. Selalunya hubby akan shakehand ucap tahniah kalau dia score.
Then, bukan setakat dapat ucapan tahniah jer...ada gak la komen yang keluar dari mulut hubby...
Hubby: Nape dapat 80 jer..ayah nak Aman dapat 90 ke atas!
No comments:
Post a Comment