Wednesday, September 07, 2011

Raya 2011

Tahun ni ibu balik beraya kat kampung tercinta di Besut setelah 20 2 tahun tak balik beraya:(

Kami bertolak jam 7.45 pagi dari Klang. Perjalanan sangat lancar..30 minit dah sampai Gombak. Ingatkan nak pecah rekod sendiri, kononnya boleh sampai ke rumah kol 3,4 petang. Kol 11am jumpa Cik Yah kat exit Maran sebab dia nak kirimkan biskut raya.

Masuk je negeri Terengganu yang terchenta, hampess jer..boleh pulak jamm kat Terengganu. Apa kess. Biasanya kalau long journey ni hubby akan huargghhh3x sepanjang jalan, tapi kali ni dia gagah jer, ibu pun tak yah gilir2 drive. At last, sampai gak kami jam 6 petang.

Sesampai jer kat rumah, lepas solat dan sebagainya,  ibu terkam ke dapur tengok apa juadah berbuka. Wow! Ada daging goreng! Satu kuali! Wow!! Ada sup tulang. Sket lagi nak ngap masuk ke mulut. Nasib baik ibu cepat2 sedar diri yang ibu tengah berpuasa..huhuhu..gelojoh betol. Daging goreng yang Ma buat memang takde challenge la kat dunia nih..terbaeekkk!!

Itu citer bukak puasa hari pertama kat kampung.

Hari kedua, adik ipar terbaru ku bawak balik tulang kaki lembu. First time berkenalan nih selepas diorang kawen since last year. Mmmm..not bad la, ngan I okey jer.

So, kalau dah namanya kaki lembu (dari paras paha ke paras betis, nak buat apo laieee..sup gear box ler jawabnya). Satu periuk besar gedabak tuh. Memang kenduri daging betul la. Wan pulak request mintak ibu buat ayam golek, tapi sayang tak tergolek sebab 2 batang besi cucuk hilang tanpa dapat dikesan. Jadi la ayam kangkung kangkang, sekor sempat ibu ikat kakinya, so sopan la sikit. Sekor lagi dah tak nyempat nak dressing sopan sebab dah nak masuk waktu berbuka. Lagi pulak kerja orang lelaki, diaorang bukan kira ayam tu posing macammana. Tak se Memey memeh betol!

Hari raya pulak, ibu masak rendang daging. Planning nak buat daging masak dendeng/masak kicap, tapi last minute ada request mintak buatkan rendang. Rendang pun rendang lah, lebih kurang jer masaknya.

Tengah riuh dok bergotong royong kat dapur, ntah idea siapa nak makan sate. Wan macam biasa, big sponsor, ngikut jer anak2 dia nak apa..huhu. Sudahnya akak jugak yg tukang perap. Bukannya akak keja jual sate, pengalaman buat sate 4,5 tahun sekali je pun, itupun tukang potong ngan tukang cucuk. Ni serah tugas kat hamba, hamba pun main taram2 ajer lah sesedap rasa. Nasib baik la menjadi jugak sket. Ada gak la dengar suara2 sumbang  memuji yang sate yang ibu buat tu boleh challenge satae kajang. Macam la sate kajang tu sedap sangat. Tak tahu la itu pujian ikhlas atau ape..huhu. Kalau bernasib baik, dalam 1 cucuk tu ada la yang lembut (batang pinang), yang nasib tak berapa baik dapat daging keras. Nasib baik adik2 ada membantu time nak mencucuk. Kalau tak tolong, ada yang kena cocok telinga ngan lidi sate kanggg!

Selain daripada nasi himpit, ada special request dari anak ibu nak makan 'ketupat atuk'. Ketupat atuk tu sebenarnya ketupat anyam. Nasib baik la ibu ada belajar masa kat MRSM dulu. Belajar ngan member masa tengah2 dok study bawah pokok kelapa..huhu. Masa dulu2 otak ligat sket, cepat pick up. Kalau belajar time umur macam ni tak tahu la boleh pandai ke tidak. Ada gak la orang berminat nak belajar ngan ibu, pandai la time depan tok guru. Try test tahun depan, agak2 ingat lagi tak??

Macammana boleh lekat 'ketupat atuk'? Sebabnya kalau beraya kat Klang, atuk je yang tukang anyam ketupat ni. Cik abang pun tak reti nak buat. Daun kelapa muda tak de dijual di Besut ya tuan2. Ibu siap2 beli kat Port Klang lagi you, nasib baik tak kering dalam bonet kereta. Daripada 50 keping daun, cuma dapat 36 biji je sebab si penjual daun tu penipu p letakkan daun yang dah hijau kedaung kat bahagian tengah! Mula2 ibu tanya berapa ringgit seikat (boleh dapat 50 biji katanya), dia cakap RM5. Bila tanya masa nak balik, naik singgit lagi menjadi RM6..terukkan!

Gambar google

Hari raya kedua, adik ibu, Fazli buat akikah untuk anak perempuan dia. Tetiba terjongol kat dapur bawak kaki lembu dari paras paha ke paras tapak kaki. Dah2x..perut dah penat memproses daging, ayam, daging, ayam. Untuk menyelamatkan perut2 semua yang kepenatan, ibu potong tulang2 tu, sumbat simpan dalam peti. Hari raya keempat baru masak. Sup lagi!


Gambar sup gear box google.

Sekarang ni ibu dalam fasa mendiet. Dah 2 hari tak jamah nasi. Pagi nescafe+oat, malam dinner makan sayur je. 2 hari tak jamah nasik, ku rasakan 2 bulan yuk. Harap2 mental ku kuat...huhu. 

2 comments:

[tErOmPaH bIrU] said...

masa raya nie memang meriah dengan makannn jer laaa kan :P
Rasanya belom terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ibu WanShila sekeluarga disana..
mohon maaf zahir batin atas apa jua kekurangan dan kesilapan diri ini..
jaga diri :))

WanShila said...

Thanks Along. selamat Hari raya juga untk along sekeluarga.