Friday, November 01, 2013

Tuesday, October 29, 2013

Monday, October 28, 2013

Resepi Homemade keropok lekor original Terengganu


Puding roti, kek pisang, spageti

Puding roti kismis menggunakan roti wholemeal

Kek pisang choc rice


Spageti sosej

Resepi Kari Ikan Merah superbbbb!!

1) 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia dimayang halus. 1 batang kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang dan 4 kuntum bunga cengkih. 3 tangkai daun kari. 4 sudu rempah kari Baba's dibancuh dengan air.




1 ekor ikan merah

Tumis 4 rempah, bawang dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan bancuhan rempah kari dan kacau sehingga masak dan naik bau.

Masukkan air 2-3 cawan, biarkan mendidih. Masukkan ikan, air asam jawa, tomato, garam dan gula untuk perasa. Bila ikan dah masak masukkan kacang bendi. Biarkan seketika kemudian tutup api.

Wednesday, September 11, 2013

Resepi mee ketam istimewa~♡♡

Bersawang sudah blogku ini. Minggu ni lega sikit sbb banyak kerja dah setel. Hidup back to normal..hihi..harap2 la.

Semalam birthday hubby. Rajin semacam je memasak itu ini. Kalau minggu lepas mood ibu ke laut, minggu ni mood kembali normal.

Hari Ahad teringin nak makan laksa penang..lepas lunch ibu sambung masuk dapur. Campak2 je dalam periuk..tadaa..Siap dan makan lagi utk dinner. Dekat2 nak maghrib pukul 6 setengah, datang idea nak buat kek apple..nasib baiklah cukup bahan walau sedikit sebanyak menderhaka sukatannya. Heh...

Yelah..kena sesuaikan dengan tekak orang yang nak membahamkan..

Balik dari kerja semalam buat mee ketam pulak. Asalnya nak buat maggi ketam je sbb kempunan masa balik kampung lepas raya tempoh hari tak jumpa kedai makan mee ketam yang glamer satu malaya. Tapi oleh kerana ada special request dari birthday boy (boy la sangat) yg nak makan mee ketam..so terpaksalah tukar plan. Sebelum menjemput budak berdua kat rumah pengasuh, kami singgah pasar malam serdang mencari sayur dan mee. Nasib baik dah beli ketam hari minggu tu. Melihatkan harga udang, ketam, ikan dan ayam di pasar malam serdang buat ibu urut dada. Mahal sihhh..

Balik rumah apa lagi..terus bersilat. First time buat apatah lagi tak pernah ada pengalaman makan mee ketam. Bagi ibu, resepi yang nih superb sedap dan tidak mengecewakan. Kalau mee udang pernah makan kat penang. So, kira main hentam sahajalah labu.


Resepi mee ketam istimewa

1 labu bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia muda
2 biji cili merah

#blend dan tumis

1kg mee dicelur air panas dan toskan
3 ekor ketam dipotong 2
2 biji telur 
2 biji tomato di blend
2 sudu sos tomato
2.sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap
2 kiub ayam
sayur sawi, carrot
Fish cake (ibu tambah)
1 liter air
sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Hiasan
Cili hijau dan merah  dimayang
daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Limau sambal
taugeh jika suka

Cara buat:

Tumis bahan blend. Masukkan air 1 liter. Bila.dah mendidih masukkan semua sos, tomato yg diblend serta carrot. Masukkan kiub ayam.Setelah mendidih masukkan ketam dan fish cake dan biarkan seketika. Kemudian masukkan telur (terpulang samada nak pecahkan atau biarkan ajer..ibu tak pecahkan). Last sekali masukkan sayur sawi dan bancuhan tepung jagung. Tambah garam jika perlu. Dah siap boleh angkat dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng, cili hijau dan merah, taugeh serta perahan limau. Selamat menjamu selera!!




Mee ketam special~







Thursday, July 25, 2013

Resepi Lamb Chop mudah, sedap dan LAZATTTT!!!


Ubah selera bukak puasa..daripada masakan pantai timur, pantai barat, utara dan selatan.
Kita pilih western food pulak!

Spagethi, lamb chop, lamb grill, salad dan  hashbrown.

Semuanya licin!

Untuk resepi di atas ini, ibu rekacipta sendiri. Tekak sendiri dan tekak suami serta anak2 kata sedap. tekak orang lain tak tahu lah. Tapi so far kawan2 yang pernah cuba, mereka cakap memang terbaikkkk!

Resepi:

1) Kambing slice- beli kat giant.

2. Untuk bahan perap
sos cili, sos tomato, sos tiram, sos bbq, gula, serbuk lada hitam,

Perap sekurang2nya sejam.

Masak dalam kuali non stick. Kalau suka letak butter sikit.

Boleh jugak masak atas grill.

Sunday, July 14, 2013

Resepi Asparagus udang

First time ibu try asparagus sangat sedap! Teksturnya yang cruncy macam kacang panjang dan rasanya yg sedikit manis. Kaedah penyediaanya sangat simple dan sekejap je demi menjaga khasiat yang terkandung di dalamnya. Untuk pengetahuan anda antara khasiat asparagus ialah antioksidan, baik utk mengawal gula dalam darah, dan banyak lagi..kalau tak silap ada 30 khasiat asparagus. Tekan je, google..hihi

Okey..ibu nak kongsi resepi asparagus goreng yg ibu dah buat smlm..

Bahan2:

20 batang asparagus yg dipotong 4.
10 ekor udang dibuang kepala dan kulit
1 batang carrot dipotong memanjang
1 cili merah dimayang
1 cili hijau dimayang
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu sos tiram
1 sudu minyak masak
Sedikit serbuk perencah knorr

Cara buat;
Tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian masumman udang. Kacau sehingga masak. Then tambah sos tiram, asparagus, carrot dan cili. Last skali masukkan perencah knorr. Siap untuk dihidang.

Pastikan anda masak sekejap sahaja untuk mengekalkan kerangupan asparagus.

Selamat mencuba!

Friday, June 21, 2013

Illeoleal Bowel Intussusception~kisah angah

Ohhhhh...lama sungguh ibu tak bersiaran!!

Ari tu bizi dengan kuliah...tup2 dekat hujung semester anak ibu yang no 2 sakit..masuk hospital sebab ada masalah usus..BOWEL INTUSSUSCEPTION..kena operate. 12 hari jugak lah huru hara kami bertunggu tangga kat HUKM. Alhamdulillah semua dah okey..angah pun dah semakin sihat dan sudah ke sekolah. Cuma kadang2 dia mengadu penat dan mengadu sakit perut.. kena jaga makan minum dia, tak boleh makan terlalu banyak dan tak boleh ambil sebarangan makanan yang keras2 dan susah nak hadam sebab ususnya kena potong sepanjang 20cm. Bukan sekali kena operate tapi 2 kali!

Hmmm...bila diimbau kembali rasa sedih sangat time tu..Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami. Ibu lagi laa..sebab ibu dah banyak kali kena operate, so ibu tahu bagaimana sakitnya kena hiris, kena cucuk dan macam2 lagi. Perasaan bercampur baur..kalau boleh biarlah hanya ibu yang sakit, bukan anak2.

Okey lah...layankan ajer gambar2 nih...biar gambar berbicara


Angah dikejarkan ke HUKM dengan ambulan..KPJ Kajang takde pakar kanak2 yang berani buat operation.



Bersedia nak ke bilik bedah...ditemani ayah kat dalam OT sehingga dia tertidur.

Ini kali kedua nak dioperate sebab ususnya ada problem lagi.

hmmmmm..

Operate kali pertama lukanya dijahit..tapi perut angah kelihatan membuncit..

Demam dan sesak nafas..kekurangan oksigen

  
demam lagi sehingga terpaksa dipindahkan ke HDU untuk pemantauan rapi.

Lepas 2nd operation, dia makin baik..operation kali kedua tak dijahit...tampal dengan plaster.
makin sihat:)

tak sabar nak balik rumah.



Najwa latiff feat Upin Ipin - Terima Kasih Cikgu (lirik)

Monday, March 18, 2013

Resepi Kerabu Sotong ala Thai...


Sawadikaaaaappppp!!!

Tak puas makan kerabu sotong kat kedai. Nak cari sotong kena belek2 serai, bawang dan timun.

Buat sendiri puas hati...amekawwww...makan sepuasnya..huhu

Nak buat mudah jer...asalkan ada bahan2nya:

Bahan2:

watak utama ofkos sotong - 10 ekor sotong segar, dibersihkan dan dipotong bulat
1 labu bawang besar - mayang nipis2
5 bj cili api @ cili besar - mayang
2 batang serai - racik halus
1 biji mangga muda - sagat/hiris nipis
1 biji timun sederhana besar - sagat / hiris
2  kacang panjang.(erkkk..apa penjodoh untuk kacang ekk) - potong kecik2
1 biji tomato dipotong dadu kecil
3 bj limau kasturi diambil jusnya
garam
gula

Cara buat:
Tabur secubit garam ke dalam sotong, gaulkan kemudian steamkan sehingga warna bertukar putih.
Lepas tu campur semua bahan dalam satu bekas.
Rasanya masam, masin, manis dan pedas.


Pasti anda berpuas hati dengan hasil air tangan anda dan tak perlu belek2 mencari sotong disebalik bawang!





Puding kastad jagung


Ibu sangat suka puding...makan petang2 lepas bangun tidur...huhuhu..nak kalau baru keluar dr peti sejuk...OMG!! HEAVEN!!

First time buat ni...dah lama berangan2 nak buat.

oleh kerana en hubby yg beria2 request nak mkn, so ibu pun berguru la dgn en. google. senang  bukan??!

malas nya nak taip resepi...korang google je la...lebih kurang sama je bhn2 dan cara buatnya..hihi





Ini pulak homemade roti. Asal kejadian adalah doh pizza, oleh kerana cheese dah habis, so ibu modified bakar skali lagi buat roti butter bergula...sedap gebuuuuu




Kek Oren Yogurt istimewa

Memang sangat sedap kek nih.

First time buat sekadar cuba2 demi menyelamatkan yogurt yang banyak dalam peti.

En hubby telah mentamakkan diri membeli yogurt asli yang bersaiz giant. Ibu tak lalu nak makan sebab super masam! Budak2 memang tak makan yogurt plain. Sempat ibu buat masker yogurt + madu sekali..selebihnya hubby makan dan last sekali jd bahan buat kek yogurt.

Bahan2:

1 1/2 cwn tepung
2 sdt baking powder
1/2 sdt garam
1 cwn plain yogurt
1 cwh gula (ibu guna 3/4 cwn gula castor)
3 bj telur gred A
2 sdt vanila
1/2 cwn minyak sayur
1 sdb oren sunquick
1/3 jus lemon (tak letak pun..yillekkk)


Cara bahan:
Panasakan oven 180C - griskan loyang dan alas dengan baking sheet
Ayak tepung, baking powder, garam
Satukan yogurt, gula, telur, sunquick, vanila -kacau sebati
Perlahan2 masukkan bahan kering ke dalam adunan basah - kacau sebati
Then masukkan minyak, kacau sebati.
Bakar 50 minit / sehingga keperangan.

sepatutnya buat glaze, tapi ibu tak buat.



Kek yogurt ni tak mampu bertahan lama....sebab sekali hadap je habis kena ngappppp...ramai peminat rupanya!

Puding roti ber kismis

Hari ni ahkak puaseee.. (sakan dok posting pasal makanan..ceq dah terliuq nih:)=

Kena marathon puasa.

Nasib baik roomate puasa gak...sama2 marathon nak perabihkan ganti puasa berpuluh hari.

Tahun lepas kami sama2 bercuti bersalin...huhu

Citer banyak tak guna..layan gambar aje lah...

Ni projek hujung minggu lepas.






Repeat kali kedua:)

Kali kedua buat ibu gaul skali dengan kismis...

Bahan2;

10 keping roti bran (yang warna coklat)
1 tin susu cair
3 biji telur
2 sdb marjerin/butter
2-3 sdb gula + 1 sdb susu
1 sdt esen vanila
kismis

Cara buat:
Rendam roti dengan susu cair
Pukul gula + marjerin/butter
Masukkan telur -pukul lagi
Masukkan esen vanila
Then masukkan roti bersama susu
Tuang dalam loyang
Tabur kismis, bakar pada suhu 180C sehingga kekuningan, garing (40 minit)

Wednesday, March 06, 2013

Resepi Pizza homemade istimewa

Dah lama tak buat pizza..alhamdulillah anak2 suka

buat sendiri besstttt...

selamat mencuba!

Resepi:

Untuk Doh:
500 gm tepung gandum
1 paket yis mauripan (rendam dalam air suam + 3 sdb susu pekat manis)
1 sdb gula
1 sdt garam
3 sdb marjerin/butter

Uli sampai lembut dan tak melekat di tangan, biarkan sehingga naik 2 kali ganda (30-45 minit)
Canai dan bakar separuh masak lebih kurang 10 minit pada suhu 180 C

Pastu kuarkan, tabur topping dan cheese..bakar lagi sehingga cheese cair.

Untuk topping;

2 keping daging kisar
1 labu bawang besar
3 ular bwg putih cincang
1 inci hali
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub ayam/daging
2 batang daun saleri

(Tumis bawang putih, bwg besar dan hali, masukkan daging dan kiub, masak sampai kering airnya)
Sosej - rebus dan hiris

Thursday, February 21, 2013

budak cumel yang nakal meneroka~yeayyyy!!

Tengok tu sampai menjejeh air liuq dia...dapat buku utk dimakan!

Apa sahaja yg dijumpai di atas lantai otomatik akn jd bahan santapan si mata bulat nih...hihi

Hasil tangkapan Iman~