Saturday, May 27, 2006

Buat adik-adikku...Ct dan Ayu

Semalam Ct dan Ayu datang ke rumah aku. Mereka berdua merupakan bekas student yang rapat dengan aku. Dulu aku pernah mengajar mereka, tapi semester ni sepatutnya aku mengajar jugak, tetapi sebab aku cuti panjang 2 bulan, subjek yang biasa aku ajar di take over oleh lecturer lain. Walaupun aku tak mengajar mereka, mereka selalu jumpa aku untuk bertanya apa2 yang mereka tak paham.

Ct agak rapat dengan aku..student UTM yang yang aku anggap seperti adikku sendiri. Semalam dia datang bersama Ayu untuk memulangkan barang yang dipinjam. Ct pernah beberapa kali menolong aku menjaga baby kalau aku ada emergency atau terpaksa menjemput hubby kat komuter. Yang seronoknya..Ct pandai masak sebab dia pernah kerja di kedai makan. Pernah dia ajar aku buat sambal nasi ayam...cakap je nak makan apa, sediakan bahan, dia akan masakkan. Semalam dia buat jamuan untuk kengkawannya, dan dia ajak aku ngan Sue untuk join. Sedap kerabu mangga dan sambal ikan masin yang dia buat. First time aku makan sambal ikan masin..dan balik umah, aku cuba buat. Not bad!!

Selepas bermain2 dengan baby Luthfil, mereka mintak diri untuk pulang. Sedih bila ingatkan yang aku takkan berjumpa dengan dia lagi. Air mata hampir berlinangan..tapi aku tahan supaya tidak menangis depannya. Dia pun aku lihat sebak..macam tak percaya yang dia dah habis belajar. Hari ni family Ct datang jemput untuk balik ke kampungnya di Kerteh.

Kini aku kehilangan seseorang yang kuanggap kawan baik. Walaupun jauh di mata, tapi dekat di hati...entah bila akan bersua kembali. Ct dan Ayu, semoga awak berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Saya doakan awak berdua dapat mencapai cita-cita yang diimpikan. Jangan lupakan kami di sini. Panjang umur, murah rezeki datang la jenguk kami di sini..

Salam sayang...

Friday, May 26, 2006

Teman Sejati...

Selama ini..
Ku tercari-cari...
Teman yang sejati..
Buat menemani..
Perjuangan suci...

Alamak..sentimental la pulak aku kali ni. Entry kali ni bab teman..entah mana satu yang tepat..Ada orang panggil kawan @ teman @ rakan @ sahabat @ freind @ member @ mate dan macam2 lagi.. Mungkin setiap perkataan membawa erti tersirat tersendiri mengikut pandangan dan interpretasi masing2. Tapi bagi aku, teman, sahabat, rakan atau kawan semuanya mempunyai maksud istimewa. Aku bukanlah dalam kategori orang yang ramai kawan. Terutamanya sekarang bila dah kerja. Aku rasa aku lebih ramai kawan siber daripada kawan realiti. Walaupun kawan siber ni ada yang aku tak pernah jumpa..aku rasa mereka ni lebih jujur dan ikhlas dalam berkawan. Tidak seperti kawan2 yang ada disekeliling aku sekarang...banyak yang hipokrit dan tidak pandai menjaga hati orang!!

Aku rasa aku bukanlah dalam kategori yang cerewet dalam memilih kawan..sebab aku bukanlah orang yang cerewet, janji aku rasa aku boleh go on dengan seseorang tu, aku berkawan je.Aku boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku boleh diajak bergurau atau berbincang perkara2 serius. Orang yang tidak mengenali aku, mereka mengatakan aku serius orangnya. Aku tak kisah..sebab itu pendapat mereka. Tapi bila mereka mengenali aku dengan lebih rapat..mereka akan tahu siapa aku yang sebenar. Aku pula bila dah berkawan dengan seseorang, aku berikan sepenuh kepercayaan pada dia..aku akan membantu selagi aku terdaya..itu prinsip aku, dan sebab itu aku rasa kadang2 aku senang dibuli..dipijak..dibuat sesuka hati tanpa memikirkan perasaan aku..dan aku mudah diambil kesempatan atas kebaikan atau bantuan yang aku hulurkan. Bila berkawan, aku seboleh-bolehnya berlaku jujur. Pada aku, bila berkawan, kita merupakan cermin kepada diri seseorang. Jadi, aku lebih suka orang yang berterus terang tentang sesuatu. Aku tidak suka kawan yang makan kawan (makan nasik gak..tapi jenis yang kenakan kawan). Aku suka ditegur jika aku ada melakukan kesalahan atau kesilapan. Malah aku berterima kasih padanya. Aku juga akan menegur dan menasihati kalau kawan aku membuat kesalahan..tapi malangnya..sesetengah orang menyalahanggap teguran aku sebagai menjaga tepi kain. Pada aku, teguran itu sebab kita sayangkan dia sebagai orang yang kita kenali. Beberapa peristiwa yang berlaku pada aku yang melibatkan 'kawan' ni membuatkan aku rasa serik untuk berkawan rapat dengan seseorang. Aku mengambil langkah selamat dengan berkawan 'biasa' sahaja. Tiada lagi istilah 'kawan/teman rapat' dalam hidup aku. Terlalu sukar untuk aku hadapi kalau aku mengalami nasib yang sama akibat perbuatan 'kawan' aku dulu. Aku cukup sensitif bila berkaitan dengan kawan...cepat terasa hati walaupun pada dia mungkin itu cuma perkara kecil.

Aku mendapat 'best friend' pertama semasa aku bersekolah rendah..Aku panggil dia 'Mah'.Kami memang rapat dan baik sesangat. Macam belangkas. Dimana ada aku, di situ ada dia. Kami pernah bergaduh...bagi aku itu merupakan suka duka dalam berkawan. Ada masa boleh bergurau senda, ada masa bergaduh..kemudian berbaik semula. Kalau zaman kanak2 boleh la macam tu..tapi bila dah dewasa ni, kalau dah bergaduh, bermasam muka..agak sukar untuk kembali kepada keadaan biasa. Aku pulak jenis mudah memafkan..no hurt feeling..tapi aku akan ingat apa yang dia buat pada aku sampai bila2..aku jenis yang cepat serik. Apabila kami mendapat keputusan UPSR, aku agak bernasib baik mendapat keputusan cemerlang dan kemudian aku ditawarkan ke SMTM dan dia di SMR berhampiran rumah. Walaupun kami tinggal sekampung, tapi bila masing2 dah bersekolah menengah..kami jarang2 berjumpa. Kami hanya berjumpa bila di masjid bila tiba hari raya sahaja. Rindu aku dengan saat2 bersama dulu. Pegi mengaji sama2, kadang2 bila dapat turn lambat sikit dan dpt pulak ustaz yang suka tido, kami pakat pegi simpan Quran senyap2..pastu lari panjat pagar...terus menghala ke sungai. Masjid tempat aku ngaji dekat dengan sungai. Bila dah terjun sungai..seakan sungai tu kami yang punya..hahaha..Mah pandai berenang.Aku tak berapa pandai..berani tempat2 yang cetek je. Agak2 dah puas mandi, kami balik la...tapi make sure baju dah kering sket baru balik umah. Kalau nasib baik mak aku tak tau. Kalau nasib tak baik ..mati la aku kena marah. Mak aku memang pantang sket anak2 mandi sungai. Aku penah kena cubit sebab pegi mandi sungai..itupun ngan CekNa kakak aku..dia pun kena cubit gak. Esok tak berani dah pegi..tapi lusa pegi lagi..agaknya ada penunggu kat situ yang dok seru2 kami suruh pegi kot. Aku tak tahu macammana rupa sungai faveret aku tu sekarang. Dengar citer dah tak cantik sebab ada aktiviti korek pasir.

Best friend kedua aku dapat masa aku bersekolah di SMTM. Nama pangkal dia 'Wan' jugak. Aku panggil dia 'Zah'. Dia bukan classmate aku, tapi kami satu dorm. Aku mula masuk asrama sejak aku form 1 lagi. Banyak kenangan2 manis aku ngan dia. Penah gak ada selisih paham..tapi kejap je kami baik. Dia anak ustaz, tapi brutal gak berbanding ngan aku. Aku jenis low profile. Aku jenis yang tak suka buat benda2 yang langgar peraturan atau disiplin..selain dari aku malas aku nak mengadap warden, jiwa aku akan memberontak kalau aku buat salah. Rasa mcm orang dok perati je kalau buat salah..kalau aku cuba je buat jahat..mesti terkantoi punya..dan aku bukan la yg pandai kelentong..mesti terkedu punya. Oleh kerana ke'skima'an aku tu, aku boleh baik ngan warden..tapi aku bukan la kaki bodek..Kipas2 ni tak reti la, sampai sekarang. Aku jenis yang tak suka berada dalam kontroversi. Masa SRP, aku dapat result agak bagus, jadi aku ditawarkan masuk MRSM, Zah pulak dapat Sekolah Teknik dekat ngan MRSM. Kami selalu la jumpa kat bandar. Tapi sebab masing2 sibuk dengan persedian SPM, kami jarang jumpa.

Masa di MRSM, aku jugak ada best freind. 2 orang lagi. Ke mana2 pegi kami bertiga. Study sama2, pegi makan sama2..apa khabar agaknya 'Ja' ngan 'Sue'. Ja aku penah jumpa masa kat UPM dulu. Sue aku tak penah dengar khabar berita. Tak tahu dema kat mana sekarang. Sekali sekala bila aku balik kampung, aku lalu depan kampung Ja kat Dungun, tapi aku tak tahu kat mana umah dia. Dulu dia selalu citer kat aku pasal family dia yang selalu menyakitkan hati dia especially mak dia yang membezakan dia ngan adik dia. Dia sendiri tak tahu kenapa mak dia layan dia macam tu. Dia kata seolah2 dia tak wujud dalam keluarga. Sue pulak, aku penah pegi umah dia. Aku dah tak ingat kat mana sekarang umah nya. Tapi kalau tak silap dekat ngan airport. Sue comel orangnya...rendah dan agak montel sket. Dia selalu meluahkan perasaannya pada kami tentang minatnya pada senior kami kat MRSM tu. Dengar citer abang tu dah ke Jepun. Tak tahu la samada mereka berdua tu 'menjadi' ke tak...

Bila aku masuk ke UPM, aku berkawan rapat dengan kawan aku yang bernama Yati. Orang t'ganu jugak. Dia tak sama course dgn aku..tapi kami dok di blok yang sama. Blok Merpati yang cantik tu.Tapi jodoh kami tak lama apabila coursenya terpaksa dipindahkan ke T'ganu. Masa tu aku di tahun 2 dip. Bermula dari situ aku rasa macam dah letih nak carik best friend. Aku kawan biasa2 je dgn coursemate yang lain. Aku pulak jenis yang tak suka bersaing dan tinggalkan kawan. Kalau ada persaingan, aku suka mengundurkan diri.. Start tahun 3 aku mula kenal rapat ngan Meah. Ngan Meah aku memang kamceng giler la. Dia ni budak baik sangat..budak surau. budak PMI..aku? hehehe..segannnn...tapi kadang2 kami gaduh gak. Aku kadang geram ngan sikapnya yang over cool..selamba deek je..kadang2 over confident. Lagi satu..dia suka p kelas lambat, aku pulak jenis yang punctual. Kalau boleh, 5 minit sebelum kuliah bermula, aku dah nak ada dalam kelas. Nak duduk kerusi hadapan, baru ilmu senang masuk sikit..Aku kawan ngan dia sampai la aku sambung degree. Dia jadik driver aku..aku masa tu takde motor. Takut nak naik motor lepas aku accident kat litar motor masa nak amik lesen. Tapi disebabkan ke'coo'lannya yang teramat, aku beli motor aku sendiri dan gagahkan diri bawak motor tu. Aku ingat lagi..mula2 bawak tu, stgh jam sblm kuliah bermula, aku dah kuar..kalau kuar lewat byk motor. Budak2 lelaki bawak motor macam nak berlumba aje.Maklum la..aku kan fobia. Yg lawaknya..bila dah berani sket, aku lupa nak buat pusingan kat kolej 7..kat situ ada roundabout kecik cinonet. mmm..tengok2 kat depan tu ada pak guard tersengih2 kat aku soh aku berenti..aku kena saman la sebab tak ikut pusingan tu..hampeh!!! Malu beb bila guard tu sound aku..Pastu tebal muka p amik matrik kad kat bhgn keselamatan kena denda 5 hinggit. Masa tu 5 hinggit je..la ni tak tau la bape...

Aku suka kawan ngan Meah ni sebab selain dia bijak, dia very hardworking. Kalau dia kata boleh..mesti boleh..sikap dia yang optimis membuatkan aku jugak terikut2 ngan dia. Penah satu sem tu, kami terpaksa amik satu subjek wajib, kalau tak silap aku subjek Algebra. Lecturer dari Uzbekistan pulak tuh..mati la makcik..dah la lecturer tuh tak reti cakap melayu, kami pun bukannya fluent sgt English..tapi berkat kesungguhan kami dengan slogan 'Yakin boleh'..kami scorer gak. Of course la Meah yang dapat tinggi. Kami berjaya buktikan bahawa tidak ada yang mustahil dalam dunia ni. Yang penting kesungguhan.

Kami sama2 dalam study group. Study group kami ada 6 orangterdiri daripada aku, Meah, Kak Mai, Ida, En. Mad dan En. Amri. 2 orang lelaki tu dah keja ngan UPM, kira pangkat abang la. Kami lak suka kawan ngan org dah keja..mecet sket. Kalau bab2 assignment selalu kami jadik mangsa. Yang Kak Mai ngan Ida ni suka la dok dlm group kami sbb depa boleh releks..hampess.. tapi kalau kami nak pakai komputer atau carik bahan2 kat internet ke, kami guna komputer kat opis en. mat atau en. amri. En. Mat penah dapat four flat..jeles gue... Meah, aku ngan En. Amri mengekalkan keputusan dean list berturut2 sepanjang 6 semester. Mungkin sebab aku berada dalam lingkungan kawan2 yang ok kot..kalau tak tak tahu la aku..memang masa degree aku gila study..dan aku pulun cukup2. Meah ngan en. radzi grad ngan 1st class..aku???haaa..sket lagi nak 1st class..takde rezeki aku..tapi aku tetap bersyukur dengan result aku tuh.

Sekarang bila aku dah dalam dunia pekerjaan..aku rasa ada kelainan sket berbanding masa zaman belajar dulu. Sebelum pindah ke tempat keja sekarang aku ada sorang lagi kawan baik. Namanya Danie. Sekarang ni dia kat UK ikut hubbynya buat PhD.Kami jadi baik pun sebab kawan dia resign masuk KPLI. Bilik kami sebelah menyebelah. So, selalu bilik aku la jadi tempat lepak sebab dia datang tengok tv. Lepas aku kawen, aku masih kat Pulau L..hubby aku kat Serdang. Dia dah mula nak resign sebab katanya bila aku dah kawen..aku mesti tinggalkan dia sensorang. Puas aku pujuk dia jangan resign. So, sebelum dia takde kawan..dia nak resign dulu. Tinggal la aku keseorangan..memang sedih sangat masa dia nak resign tuh. Seminggu jugak la aku mamai..sensorang. Buat itu teringat dia, makan itu teringat dia. Dia suka teh ais Makcik Bilang kat Padang Matsirat. Untuk elakkan aku tension sensorang, so, aku sibukkan diri dengan keja. Turun keja pepagi, dekat maghrib baru balik. Pulak tu kat Pulau..mana sgt la boleh pegi..Aku lak takde transpot. Kalau aku telefon dia mesti nangis punya..macam kena tinggal pakwe. Oleh kerana aku kesunyian takde kawan, aku ajak hubby aku pindah ke pulau L..bulan Ogos dia pindah tinggal sama ngan aku. So, sejak itu, hubby aku la yang jadi best friend aku. Teman berbual, teman kemana2..teman segalanya.

Hubby aku selalu bagi nasihat supaya jangan lost contact dengan kengkawan lama. Aku akui aku tak ramai kawan. Aku rasa pompuan yang dah kawen ni kebanyakannya akan lost contact ngan kengkawan lama. Sebab masing2 dah ada kehidupan keluarga sendiri. Takde masa nak kuar bersosial. Lain la lelaki..nak ke mana2 senang..Yang bestnya kalau banyak kawan ni, kalau kita pegi mana2 tersesat ke apa, kita boleh mintak tolong kawan. Kalau naik bas, flight, komuter, keretapi atau sebagainya...jika ada orang sebelah..kita boleh bertegur sapa dan boleh jadi rancak berborak...tapi selalu kita lupa nak tanya 'siapa nama awak?' Kecuali la kalau yang kat sebelah tu pakwe yang nak mengurat aweks!!!




Happy Anniversary- 4th

Sedar tak sedar usia perkahwinan kami dah menjangkau 4 tahun. Anak pun dah 2 (Muhammad Emir Luqman, 3 tahun & Muhammad Luthfil Hadi, 5 bulan) Orang kata usia 4 tahun masih mentah..ibarat setahun jagung. Masih banyak perjalanan yang perlu kami lalui dan tempuhi. Semoga usia perkahwinan kami terus berkekalan dan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amiin..

Kalau ikut kalendar omputeh, ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada hari ni, 26 Mei. Kalau ikut kalendar Islam, ulangtahun kami pada 13 Rabiulawal. Kalau ikut tarikh satu lagi..ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada hari Wesak!So, bila tiba tarikh2 tu, aku selalu cakapkan pada hubby ku..'Bang, kalau ikut tarikh ni..hari ni ulangtahun perkahwinan kita..bla..bla..bla...) Tapi dia tak suka bila aku kaitkan tarikh kami kawen tu dengan Hari Wesak!

Aku ingat lagi time kami kawen tu adalah musim paling ramai orang kawen. Boleh dikatakan kat mana2 je ada jemputan orang kawen. Ada tu sampai 3,4 jemputan. Pendek kata tak yah masak la..tapi terkopak jugak la ongkosnya. Kalau seploh ringgit satu kenduri, 3,4 kenduri maunya 30, 40 hinggit. Itu baru sorang, kalau laki bini hulur...mmm..Ada yang pegi jumpa tuan rumah je tunjuk muka.Dah tak sanggup makan..badan pun dah bau daging.

Kebetulan masa aku kawen tu, umah kawan baik mak aku pun buat kenduri kawen anak dia gak. Terpaksa buat tarikh yang sama sebab masing2 dapat orang jauh. Hubby aku orang Klang, kalau tak silap menantunya orang Selangor gak..aku tak ingat. Nak dijadikan citer, ada jemputan yang tersilap tempat kenduri. Nak pegi umah aku, tapi tersalah p umah kawan mak aku tu..dah habis makan baru perasan yang silap umah..itupun masa nak bersalam ngan tuan rumah baru perasan salah orang. Tuan umah pun pelik tengok..'rasa2 aku tak jemput orang nih dtg umah aku'...

Mengimbas kembali detik2 pertemuan aku ngan hubby...long2 story la nak citer. Nanti la lepas nih kalau aku rajin, aku tulis. Banyak dugaan dan ujian sebelum kami dapat bersama. Tapi alhamdulillah..kata orang..kalau dah jodoh tak ke mana. Kepada hubbyku..'sayang harap kita dapat hidup bahagia selalu..dan bersama2 menempuhi segalanya bersama'...sama2 kita menjaga rumahtangga dan anak2... demi cinta kita..I love you so much!!!

Tuesday, May 16, 2006

Hari Ibu, Pampers, Exam dan Pelik Tapi Benar

Mungkin kengkawan konpius bila baca tajuk aku yang banyak tuh...hehehe..releks..toksah susah-susah dok pening kepala..baca je..'saya tak kesaaahh..."

Hari Ibu

Walaupun Hari Ibu dah berlalu 2 hari lepas, tapi aku nak wishkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 kat atas dunia ni. Tak ketinggalan untuk ibu ku yang jauh di kampung. Apa khabar agaknya 'ma'....aku dah lama tak balik kampung. Terbaru aku balik semasa mengikut hubbyku outstation ke Cherating bulan Februari 2006..alang2 dah dekat dengan Besut kami singgah untuk ambil barang2 yang ditinggal semasa aku bercuti melahirkan baby. Kepada hubbyku yang dah kehilangan ibu selepas Hari Raya Puasa yang lalu, aku harap banyak2 bersabar. Kadang2 aku lihat dia menangis kerana merindukan ibunya yang telah tiada.

Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah..aku terharu dengan hubby dan Luqman yang telah bersusah payah mencari hadiah untuk aku sempena hari ibu tahun ni. Hari Ahad lepas, hubbyku ada kerja sket nak jumpa kawan. Dia ada mengajak aku untuk temankan...tapi aku malas nak pegi sebab baby nk tido. So, dia bawak Luqman ikut. Aku mulanya heran apasal hubby rajin pulak nak bawak anak dia..selalunya tak macam tu. Rupanya dua beranak tu ada projek besar. Bila mereka balik ke rumah, ada suprise untuk aku. Kat tangan Luqman ada 2 kuntum bunga carnation (1 dari dia, 1 lagi kononnya dari baby Luthfil)..aku bukak pintu je dia sengih2 kat aku..lalu dia serahkan kat aku..terharu beb!!!Walaupun aku tahu yang bunga dan kad tu ayahnya yang belikan. Hubbyku jugak belikan bunga mawar merah untuk aku...cewah..bahagia ku rasa..toing!toing!toing! Yang kelakarnya, bunga yang dihadiahkan kat aku tu, abang long yang excited buat main!!Bertuah anak...



Tragedi Pampers

Pagi tadi aku pegi jenguk student2 ku sit for midterm kat dewan peperiksaan. After that, aku jadik 'penunggu' untuk sorang student yang clash jadual midterm untuk subjek aku. Nasib baik budak tu kuar cepat..kalau tak kematu jugak aku dok tunggu. Aku ni bukannya suka sangat melangut tanpa buat apa2..sekejap2 menguap..maklumla lepas makan bihun goreng!

Biasanya setiap lecturer diberi masa 3 hari untuk marking paper midterm...tak kira la dia tu ada student 2,3 ketul ke..atau berketul2 macam aku..dekat 130 orang dalam masa 3 hari!!! Mati la makcik!!!Tak sempat la aku nak layan kengkawan lagi..atau aku tidak sempat untuk membelog untuk minggu nih.

Nak dijadikan story, masa aku tunggu turn nak amik paper, aku dapat call dari jiran pengasuh baby yang mengatakan aku lupa bekalkan pampers untuk baby..Haaa!!!!Terkejut gak la aku macammana aku boleh lupa. Memang aku yang kemas beg anak2 aku pagi tadi...ni la first time kes lupa bagi pampers. Sian kat baby tak lena tido, tak lalu makan.. Masa aku pegi hantar, dia lom mandi lagi...Nasib baik tempat keja aku dengan umah pengasuh tak jauh..2,3 kali korner je dah sampai...sampai2 je, ntah apa dia mengomel..marah kot sebab ibunya lupa bekalkan pampers.

Baby sekarang dah pandai 'menyanyi'..(ikut bahasa dia laa...Tajuk nyanyiannya..'Tak Faham') malam tadi dia bangun 'menyanyi' kol 4 pagi! Mulut dia bising je..nak tergelak kami kadang2 tu bila dengan muncung2nya terjuih panjang. Selain dari menyanyi, dia pandai berkukur dan pandai menyembur! Habis rambut aku gugur..Ntah orang tua2 kata, kalau baby menyembur rambut ibu akan gugur. Aku tak nak percaya pun memang rambut aku start gugur bila dia start menyembur..Setiap kali aku sikat rambut, ada la dalam sejemput rambut yang lekat kat sikat. So, kepada sesiapa yang ada petua..boleh la bagitau aku macammana nak ubatkan rambut yang senang gugur nih.


MidTerm/Exam

Minggu ni merupakan minggu peperiksaan akhir bagi student UTM dan mid semester exam bagi student ITP. So, aku nak Wish Good Luck & Try Your Best untuk anak2 muridku. Semoga kalian tenang menghadapi peperiksaan. Buat Ct, Ayu, Fida, Mas, Erin, Sri..Good Luck ok! Try your best..saya dah buat apa yang perlu..yang lain terserah pada kamu semua. Kepada student2 foundation ITP, Linton, DIBM, CIBM dan DIA..saya harap you all success. Aku banyak risau kat bebudak nih sebab diorang nih macam memain sket. Dah jenuh aku bagi nasihat...ada yang amik port, ada yang macam diangin lalu je...kadang2 makan hati gak dengan diorang nih. Kepada kaki ponteng tuh, cepat2 la bertaubat sebelum semuanya terlambat!


Pelik Tapi Benar

Semalam aku didatangi oleh parents ex-studentku. Menurutnya dia nak berbincang tentang anaknya. Aku kenal anaknya sebagai pelajar yang baik, rajin dan agak pandai. 2 minggu lepas dia nak berhenti sebab katanya dia dapat matrik kat Gopeng. Aku dapat tahu yang student nih dapat 6A dalam SPM yang mana aku kira result tu agak bagus. Jadi tujuan parents tu datang bersama anaknya tu untuk memberitahu bahawasanya dia nak masukkan semula anaknya ke sini. Aku mulanya terkedu..dan tekejut dengan keputusan yang telah dibuat. Bagaimana mereka boleh menolak tawaran matrik IPTA sedangkan orang lain berebut2 nak masuk sebab lebih terjamin dan kos pengajian yang lebih murah..malah dapat duit saku lagi seribu.Aku tak nafikan yang yuran pengajian kat sini quite expensive..tapi yang buat aku tak faham ialah pendapatnya yang mengatakan tidak ada jaminan tempat di IPTA jika anaknya ikut matrik. Parents student tu bukan calang2 orang..orang universiti lagi tu. Tapi kami tak mampu nak berbuat apa2..bagi aku secara peribadi aku anggap itu sebagai kerugian yang besar. Dan selebihnya..aku akan membantu student tu setakat kemampuan aku..dan aku harap parents tu membuat keputusan yang betul untuk masa depan anaknya. Pelik tapi benar..tapi itulah realiti sebenar yang berlaku..apa yang kita rasanya baik tidak semestinya baik pada orang. Masing2 ada pendapat dan pandangan tersendiri. Tapi yang pasti aku betul2 tidak paham dengan 'sesetengah' orang yang sanggup menyembunyikan kebenaran demi kepentingan peribadi. Saper mau jawab tu!!!???

Thursday, May 11, 2006

Sambutan Ulang tahun kelahiran Luqman yang ke 3

Dah berzaman tajuk ni takde cerita. Gini la jadinya kalau suka bertangguh. Aku sebenanarnya nak upload gambar2 semasa kami pegi ke Aquaria KLCC last week sempena Hari Jadi Luqman. Tapi napa ntah asyik tak jadik je..aku ke yang tak reti atau blogspot ni yang ada prob. Annyway, kalau pembaca semua nak tengok gambar, aku dah upload dalam http://wanshilawanhasan.fotopages.com.

Kami pegi naik komuter je..atas nasihat hubbyku. Bukan apa..selain dari bayar parking yang mahal dan jauh, ianya untuk elakkan diri dari tention dengan jammed..atau lebih teruk lagi kot2 ada banjir kilat kat KL tu. So, kakak aku yang kat Shah Alam pun pegi naik komuter la jugak. Kami janji jumpa kat KL Central. Kami pukul 11 masih kat rumah. Biasa la kalau ada baby ni. Nak siapkan segala mak nenek keperluan. Kalau anak2 dah besar tu senang je..masing2 bawak diri. kalau merengek lapar..masuk je restoren. Anak kecik nih, dengan lampin la, susu la..makanan la..extra cloths dan macam2 yang kena stanby. Tu yang depa kena tunggu kami tu....sori no!!

Kami sampai di KLCC dah pukul 1 petang lebih. Alang2 dah dekat waktu Zohor, kami decided solat la dulu..baru best sket nak lelama kat dalam. Bayar mahal2 tak aci la tengok sekejap je. bayarn masuk adalah RM28 ringgit tu sorang (kalau tak silap..aku tak ingat sbb hubby yang belanja), kanak2 dibwh 3 tahun tak dikenakan bayaran..tapi malangnya si Luqman yang baru beberapa hari cecah 3 tahun kena la RM22 hinggit!!! Yang hubby ku pulak jujur bebenor..kalau aku, ckp je lom masuk 3 tahun..lagi 2,3 hari..jahat kan?..hehehe...

Bagi aku yang dah penah melawat Underwater World kat Langkawi tu..rasa kat Langkawi lagi best...tempat dia besar dan banyak species. Kat Aquaria tempat dia sempit sikit sbb tu dia buat bertingkat-tingkat. Ada la 2,3 ekor ikan yang glamer kat situ yang menjadi tumpuan ramai. kebetulan pulak semasa kami kat dalam tu, dekat pukul 3 petang..waktu tu time ikan makan. So, best la jugak tengok penyelam2 tu tunjuk skill bagi ikan makan. Luqman biasa la..tak berganjak melekat kat cermin dok ghalit tengok ikan makan. Camera pulak spoil tul..bateri dan2 je habis. Sib baik dah sampai ke penghujung..Apa taknya..kami main snap je...maklum la..baru belajar nak jadi amatur...(jeles I tengok gambar kengkawan kat fotopages..amik gambar lawa tul...terasa diri ini kerdil..huhuhu..)

Kami bertolak balik ke Mantin dah nak maghrib...masing2 keletihan tapi kami puas dapat menggembirakan anak2. So..lepas ni trip ke mana pulak Cek Na?..Aku dengar hang nak p Pulau Pangkor? Kami dah pegi last year semasa aku pegnat Luthfil. Student aku buat projek rombongan ke Pulau Pangkor. Happening beb!!...Pasni aku nak ajak hang pegi Bukit Tinggi..dengar citer kat sana best gak..RM16 perperson.

Adiossss!!!

Tuesday, May 02, 2006

Happy Birthday Luqman ...3 yrs old!!!

Sedar tak sedar anakku yang sulong, Muhammad Emir Luqman dah pun berusia 3 tahun. Cepatnya masa berlalu..malah dia dah jadi abang pun...hehehe..tapi manjanya tetap ada terutamanya time nak tidur malam. Mesti dia carik ibu kalau nak tidur atau terjaga di tengah malam..tidurnya nak ditepuk, botol susunya nak dicapai kalau dia dah habis hisap susu. Tak penah lagi aku tengok dia campakkan botol susu lepas dia minum...mesti dia carik orang untuk beri botol kosong tu..

Semalam lagi kami dah sambut birthday dia sempana cuti Hari Buruh. kebetulan kami ke Klang untuk hantar kunci dan nasi ayam yang aku buat...(jangan jeles, kita pandai buat nasik ayam!!) On the way nak ke Shah Alam (rumah kakak) kami bercadang nak carik kek dia dulu..Pusing punya pusing, dua buah kedai kek kami masuk..tak berkenan. Hubby aku perli..ni saper yang beriya nak makan nih, anak ke maknya..hehehe...Tak de la aku yang beriya..Tapi kalau boleh tu nak la yang ada kartoon sket..baru la teruja abang long kannnn...Masa kuar dari kedai kek tu tanpa beli apa2..aku nampak muka dia dah semacam. Macam orang frust gitu. Agaknya dalam kepala dia dok merungut.."Apahal ibu dan ayah tak beli2 lagi kek nih..dari tadi kat dalam keta asyik nyanyi hepi bday je..tapi kek tak beli jugak.."

Kami decide pegi umah kakak dulu kat s.alam hantar baby yang dah ngantuk. Lepas hantar baby, kami ke area Alam Megah sbb kat situ ada kedai kek yang biasa akak beli. Kami pun pegi la. Dari luar lagi kami dah cuak tengok kedai kek tuh...Hubby aku dah semacam dah..tengok kat pintu ada tanda 'Halal" tapi pelekat Halal tu dari Nestle!! Kami masuk la jugak tengok2. Memang ada banyak kek untuk kanak2..siap ada kartoon lagi..Luqman dah senyum2 tengok kek tu..dengan harapan kami belikan untuknya. Tapi kami tak jadik beli gak..Hubby ku kata kita carik kat Giant Seksyen 13 la. So, kami kuar la berlenggang..Luqman senyap je..aku pujuk dia suruh sabar.

On the way nak ke Giant tu, aku bagitau Hubby, daripada kita p Giant, baik kita pegi kat area SMC. Aku nampak kat situ ada kedai kek Bee's. Lagipun masa tu dah dekat pukul 7 malam. So, kami pun ke sana. Nasib baik dan memang rezeki dia agaknya, ada la satu kek tuh yang ada gambar kartoon atroman. Senyum dia dah sampai ke telinga bila adik salesgirl tu kuarkan kek tu dan tanya dia suka tak..tersipu2 malu dia.

Mmmm..kat dalam keta, apalagi..nyanyi la hepi birthday dia sampai umah. Malam tadi dia ngan sepupunya, Haqim meraikan sama2. Tiup lilin, potong kek..dapat hadiah. Sepatutnya semalam nak pegi bawak luqman ke Aquaria..tapi pospone minggu depan. Insyaallah kalau takde aral melintang...mesti seronok dia tengok ada banyak fish yang besar2..hahaha...ibunya pun excited gak nak tengok...

Hari lahir Luqman kali ni agak bermakna buat kami, sebab?..ntah la..dia dah besar kot..dah pandai bercakap, pandai menyanyi, pandai baca ABC,123, dah kenal huruf, pandai jaga adik, pandai buat lawak...dulu masa dia kecik, cukup senang nak jaga dia. Harap2 tu dia sentiasa sihat dan gembira selalu..Ibu dan ayah doakan agar anak ibu ni jadi anak yang soleh, bijak, dengar kata dan sentiasa dirahmati olehNya..Amiiin.