Friday, May 26, 2006

Teman Sejati...

Selama ini..
Ku tercari-cari...
Teman yang sejati..
Buat menemani..
Perjuangan suci...

Alamak..sentimental la pulak aku kali ni. Entry kali ni bab teman..entah mana satu yang tepat..Ada orang panggil kawan @ teman @ rakan @ sahabat @ freind @ member @ mate dan macam2 lagi.. Mungkin setiap perkataan membawa erti tersirat tersendiri mengikut pandangan dan interpretasi masing2. Tapi bagi aku, teman, sahabat, rakan atau kawan semuanya mempunyai maksud istimewa. Aku bukanlah dalam kategori orang yang ramai kawan. Terutamanya sekarang bila dah kerja. Aku rasa aku lebih ramai kawan siber daripada kawan realiti. Walaupun kawan siber ni ada yang aku tak pernah jumpa..aku rasa mereka ni lebih jujur dan ikhlas dalam berkawan. Tidak seperti kawan2 yang ada disekeliling aku sekarang...banyak yang hipokrit dan tidak pandai menjaga hati orang!!

Aku rasa aku bukanlah dalam kategori yang cerewet dalam memilih kawan..sebab aku bukanlah orang yang cerewet, janji aku rasa aku boleh go on dengan seseorang tu, aku berkawan je.Aku boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku boleh diajak bergurau atau berbincang perkara2 serius. Orang yang tidak mengenali aku, mereka mengatakan aku serius orangnya. Aku tak kisah..sebab itu pendapat mereka. Tapi bila mereka mengenali aku dengan lebih rapat..mereka akan tahu siapa aku yang sebenar. Aku pula bila dah berkawan dengan seseorang, aku berikan sepenuh kepercayaan pada dia..aku akan membantu selagi aku terdaya..itu prinsip aku, dan sebab itu aku rasa kadang2 aku senang dibuli..dipijak..dibuat sesuka hati tanpa memikirkan perasaan aku..dan aku mudah diambil kesempatan atas kebaikan atau bantuan yang aku hulurkan. Bila berkawan, aku seboleh-bolehnya berlaku jujur. Pada aku, bila berkawan, kita merupakan cermin kepada diri seseorang. Jadi, aku lebih suka orang yang berterus terang tentang sesuatu. Aku tidak suka kawan yang makan kawan (makan nasik gak..tapi jenis yang kenakan kawan). Aku suka ditegur jika aku ada melakukan kesalahan atau kesilapan. Malah aku berterima kasih padanya. Aku juga akan menegur dan menasihati kalau kawan aku membuat kesalahan..tapi malangnya..sesetengah orang menyalahanggap teguran aku sebagai menjaga tepi kain. Pada aku, teguran itu sebab kita sayangkan dia sebagai orang yang kita kenali. Beberapa peristiwa yang berlaku pada aku yang melibatkan 'kawan' ni membuatkan aku rasa serik untuk berkawan rapat dengan seseorang. Aku mengambil langkah selamat dengan berkawan 'biasa' sahaja. Tiada lagi istilah 'kawan/teman rapat' dalam hidup aku. Terlalu sukar untuk aku hadapi kalau aku mengalami nasib yang sama akibat perbuatan 'kawan' aku dulu. Aku cukup sensitif bila berkaitan dengan kawan...cepat terasa hati walaupun pada dia mungkin itu cuma perkara kecil.

Aku mendapat 'best friend' pertama semasa aku bersekolah rendah..Aku panggil dia 'Mah'.Kami memang rapat dan baik sesangat. Macam belangkas. Dimana ada aku, di situ ada dia. Kami pernah bergaduh...bagi aku itu merupakan suka duka dalam berkawan. Ada masa boleh bergurau senda, ada masa bergaduh..kemudian berbaik semula. Kalau zaman kanak2 boleh la macam tu..tapi bila dah dewasa ni, kalau dah bergaduh, bermasam muka..agak sukar untuk kembali kepada keadaan biasa. Aku pulak jenis mudah memafkan..no hurt feeling..tapi aku akan ingat apa yang dia buat pada aku sampai bila2..aku jenis yang cepat serik. Apabila kami mendapat keputusan UPSR, aku agak bernasib baik mendapat keputusan cemerlang dan kemudian aku ditawarkan ke SMTM dan dia di SMR berhampiran rumah. Walaupun kami tinggal sekampung, tapi bila masing2 dah bersekolah menengah..kami jarang2 berjumpa. Kami hanya berjumpa bila di masjid bila tiba hari raya sahaja. Rindu aku dengan saat2 bersama dulu. Pegi mengaji sama2, kadang2 bila dapat turn lambat sikit dan dpt pulak ustaz yang suka tido, kami pakat pegi simpan Quran senyap2..pastu lari panjat pagar...terus menghala ke sungai. Masjid tempat aku ngaji dekat dengan sungai. Bila dah terjun sungai..seakan sungai tu kami yang punya..hahaha..Mah pandai berenang.Aku tak berapa pandai..berani tempat2 yang cetek je. Agak2 dah puas mandi, kami balik la...tapi make sure baju dah kering sket baru balik umah. Kalau nasib baik mak aku tak tau. Kalau nasib tak baik ..mati la aku kena marah. Mak aku memang pantang sket anak2 mandi sungai. Aku penah kena cubit sebab pegi mandi sungai..itupun ngan CekNa kakak aku..dia pun kena cubit gak. Esok tak berani dah pegi..tapi lusa pegi lagi..agaknya ada penunggu kat situ yang dok seru2 kami suruh pegi kot. Aku tak tahu macammana rupa sungai faveret aku tu sekarang. Dengar citer dah tak cantik sebab ada aktiviti korek pasir.

Best friend kedua aku dapat masa aku bersekolah di SMTM. Nama pangkal dia 'Wan' jugak. Aku panggil dia 'Zah'. Dia bukan classmate aku, tapi kami satu dorm. Aku mula masuk asrama sejak aku form 1 lagi. Banyak kenangan2 manis aku ngan dia. Penah gak ada selisih paham..tapi kejap je kami baik. Dia anak ustaz, tapi brutal gak berbanding ngan aku. Aku jenis low profile. Aku jenis yang tak suka buat benda2 yang langgar peraturan atau disiplin..selain dari aku malas aku nak mengadap warden, jiwa aku akan memberontak kalau aku buat salah. Rasa mcm orang dok perati je kalau buat salah..kalau aku cuba je buat jahat..mesti terkantoi punya..dan aku bukan la yg pandai kelentong..mesti terkedu punya. Oleh kerana ke'skima'an aku tu, aku boleh baik ngan warden..tapi aku bukan la kaki bodek..Kipas2 ni tak reti la, sampai sekarang. Aku jenis yang tak suka berada dalam kontroversi. Masa SRP, aku dapat result agak bagus, jadi aku ditawarkan masuk MRSM, Zah pulak dapat Sekolah Teknik dekat ngan MRSM. Kami selalu la jumpa kat bandar. Tapi sebab masing2 sibuk dengan persedian SPM, kami jarang jumpa.

Masa di MRSM, aku jugak ada best freind. 2 orang lagi. Ke mana2 pegi kami bertiga. Study sama2, pegi makan sama2..apa khabar agaknya 'Ja' ngan 'Sue'. Ja aku penah jumpa masa kat UPM dulu. Sue aku tak penah dengar khabar berita. Tak tahu dema kat mana sekarang. Sekali sekala bila aku balik kampung, aku lalu depan kampung Ja kat Dungun, tapi aku tak tahu kat mana umah dia. Dulu dia selalu citer kat aku pasal family dia yang selalu menyakitkan hati dia especially mak dia yang membezakan dia ngan adik dia. Dia sendiri tak tahu kenapa mak dia layan dia macam tu. Dia kata seolah2 dia tak wujud dalam keluarga. Sue pulak, aku penah pegi umah dia. Aku dah tak ingat kat mana sekarang umah nya. Tapi kalau tak silap dekat ngan airport. Sue comel orangnya...rendah dan agak montel sket. Dia selalu meluahkan perasaannya pada kami tentang minatnya pada senior kami kat MRSM tu. Dengar citer abang tu dah ke Jepun. Tak tahu la samada mereka berdua tu 'menjadi' ke tak...

Bila aku masuk ke UPM, aku berkawan rapat dengan kawan aku yang bernama Yati. Orang t'ganu jugak. Dia tak sama course dgn aku..tapi kami dok di blok yang sama. Blok Merpati yang cantik tu.Tapi jodoh kami tak lama apabila coursenya terpaksa dipindahkan ke T'ganu. Masa tu aku di tahun 2 dip. Bermula dari situ aku rasa macam dah letih nak carik best friend. Aku kawan biasa2 je dgn coursemate yang lain. Aku pulak jenis yang tak suka bersaing dan tinggalkan kawan. Kalau ada persaingan, aku suka mengundurkan diri.. Start tahun 3 aku mula kenal rapat ngan Meah. Ngan Meah aku memang kamceng giler la. Dia ni budak baik sangat..budak surau. budak PMI..aku? hehehe..segannnn...tapi kadang2 kami gaduh gak. Aku kadang geram ngan sikapnya yang over cool..selamba deek je..kadang2 over confident. Lagi satu..dia suka p kelas lambat, aku pulak jenis yang punctual. Kalau boleh, 5 minit sebelum kuliah bermula, aku dah nak ada dalam kelas. Nak duduk kerusi hadapan, baru ilmu senang masuk sikit..Aku kawan ngan dia sampai la aku sambung degree. Dia jadik driver aku..aku masa tu takde motor. Takut nak naik motor lepas aku accident kat litar motor masa nak amik lesen. Tapi disebabkan ke'coo'lannya yang teramat, aku beli motor aku sendiri dan gagahkan diri bawak motor tu. Aku ingat lagi..mula2 bawak tu, stgh jam sblm kuliah bermula, aku dah kuar..kalau kuar lewat byk motor. Budak2 lelaki bawak motor macam nak berlumba aje.Maklum la..aku kan fobia. Yg lawaknya..bila dah berani sket, aku lupa nak buat pusingan kat kolej 7..kat situ ada roundabout kecik cinonet. mmm..tengok2 kat depan tu ada pak guard tersengih2 kat aku soh aku berenti..aku kena saman la sebab tak ikut pusingan tu..hampeh!!! Malu beb bila guard tu sound aku..Pastu tebal muka p amik matrik kad kat bhgn keselamatan kena denda 5 hinggit. Masa tu 5 hinggit je..la ni tak tau la bape...

Aku suka kawan ngan Meah ni sebab selain dia bijak, dia very hardworking. Kalau dia kata boleh..mesti boleh..sikap dia yang optimis membuatkan aku jugak terikut2 ngan dia. Penah satu sem tu, kami terpaksa amik satu subjek wajib, kalau tak silap aku subjek Algebra. Lecturer dari Uzbekistan pulak tuh..mati la makcik..dah la lecturer tuh tak reti cakap melayu, kami pun bukannya fluent sgt English..tapi berkat kesungguhan kami dengan slogan 'Yakin boleh'..kami scorer gak. Of course la Meah yang dapat tinggi. Kami berjaya buktikan bahawa tidak ada yang mustahil dalam dunia ni. Yang penting kesungguhan.

Kami sama2 dalam study group. Study group kami ada 6 orangterdiri daripada aku, Meah, Kak Mai, Ida, En. Mad dan En. Amri. 2 orang lelaki tu dah keja ngan UPM, kira pangkat abang la. Kami lak suka kawan ngan org dah keja..mecet sket. Kalau bab2 assignment selalu kami jadik mangsa. Yang Kak Mai ngan Ida ni suka la dok dlm group kami sbb depa boleh releks..hampess.. tapi kalau kami nak pakai komputer atau carik bahan2 kat internet ke, kami guna komputer kat opis en. mat atau en. amri. En. Mat penah dapat four flat..jeles gue... Meah, aku ngan En. Amri mengekalkan keputusan dean list berturut2 sepanjang 6 semester. Mungkin sebab aku berada dalam lingkungan kawan2 yang ok kot..kalau tak tak tahu la aku..memang masa degree aku gila study..dan aku pulun cukup2. Meah ngan en. radzi grad ngan 1st class..aku???haaa..sket lagi nak 1st class..takde rezeki aku..tapi aku tetap bersyukur dengan result aku tuh.

Sekarang bila aku dah dalam dunia pekerjaan..aku rasa ada kelainan sket berbanding masa zaman belajar dulu. Sebelum pindah ke tempat keja sekarang aku ada sorang lagi kawan baik. Namanya Danie. Sekarang ni dia kat UK ikut hubbynya buat PhD.Kami jadi baik pun sebab kawan dia resign masuk KPLI. Bilik kami sebelah menyebelah. So, selalu bilik aku la jadi tempat lepak sebab dia datang tengok tv. Lepas aku kawen, aku masih kat Pulau L..hubby aku kat Serdang. Dia dah mula nak resign sebab katanya bila aku dah kawen..aku mesti tinggalkan dia sensorang. Puas aku pujuk dia jangan resign. So, sebelum dia takde kawan..dia nak resign dulu. Tinggal la aku keseorangan..memang sedih sangat masa dia nak resign tuh. Seminggu jugak la aku mamai..sensorang. Buat itu teringat dia, makan itu teringat dia. Dia suka teh ais Makcik Bilang kat Padang Matsirat. Untuk elakkan aku tension sensorang, so, aku sibukkan diri dengan keja. Turun keja pepagi, dekat maghrib baru balik. Pulak tu kat Pulau..mana sgt la boleh pegi..Aku lak takde transpot. Kalau aku telefon dia mesti nangis punya..macam kena tinggal pakwe. Oleh kerana aku kesunyian takde kawan, aku ajak hubby aku pindah ke pulau L..bulan Ogos dia pindah tinggal sama ngan aku. So, sejak itu, hubby aku la yang jadi best friend aku. Teman berbual, teman kemana2..teman segalanya.

Hubby aku selalu bagi nasihat supaya jangan lost contact dengan kengkawan lama. Aku akui aku tak ramai kawan. Aku rasa pompuan yang dah kawen ni kebanyakannya akan lost contact ngan kengkawan lama. Sebab masing2 dah ada kehidupan keluarga sendiri. Takde masa nak kuar bersosial. Lain la lelaki..nak ke mana2 senang..Yang bestnya kalau banyak kawan ni, kalau kita pegi mana2 tersesat ke apa, kita boleh mintak tolong kawan. Kalau naik bas, flight, komuter, keretapi atau sebagainya...jika ada orang sebelah..kita boleh bertegur sapa dan boleh jadi rancak berborak...tapi selalu kita lupa nak tanya 'siapa nama awak?' Kecuali la kalau yang kat sebelah tu pakwe yang nak mengurat aweks!!!




No comments: