Dah berzaman tajuk ni takde cerita. Gini la jadinya kalau suka bertangguh. Aku sebenanarnya nak upload gambar2 semasa kami pegi ke Aquaria KLCC last week sempena Hari Jadi Luqman. Tapi napa ntah asyik tak jadik je..aku ke yang tak reti atau blogspot ni yang ada prob. Annyway, kalau pembaca semua nak tengok gambar, aku dah upload dalam http://wanshilawanhasan.fotopages.com.
Kami pegi naik komuter je..atas nasihat hubbyku. Bukan apa..selain dari bayar parking yang mahal dan jauh, ianya untuk elakkan diri dari tention dengan jammed..atau lebih teruk lagi kot2 ada banjir kilat kat KL tu. So, kakak aku yang kat Shah Alam pun pegi naik komuter la jugak. Kami janji jumpa kat KL Central. Kami pukul 11 masih kat rumah. Biasa la kalau ada baby ni. Nak siapkan segala mak nenek keperluan. Kalau anak2 dah besar tu senang je..masing2 bawak diri. kalau merengek lapar..masuk je restoren. Anak kecik nih, dengan lampin la, susu la..makanan la..extra cloths dan macam2 yang kena stanby. Tu yang depa kena tunggu kami tu....sori no!!
Kami sampai di KLCC dah pukul 1 petang lebih. Alang2 dah dekat waktu Zohor, kami decided solat la dulu..baru best sket nak lelama kat dalam. Bayar mahal2 tak aci la tengok sekejap je. bayarn masuk adalah RM28 ringgit tu sorang (kalau tak silap..aku tak ingat sbb hubby yang belanja), kanak2 dibwh 3 tahun tak dikenakan bayaran..tapi malangnya si Luqman yang baru beberapa hari cecah 3 tahun kena la RM22 hinggit!!! Yang hubby ku pulak jujur bebenor..kalau aku, ckp je lom masuk 3 tahun..lagi 2,3 hari..jahat kan?..hehehe...
Bagi aku yang dah penah melawat Underwater World kat Langkawi tu..rasa kat Langkawi lagi best...tempat dia besar dan banyak species. Kat Aquaria tempat dia sempit sikit sbb tu dia buat bertingkat-tingkat. Ada la 2,3 ekor ikan yang glamer kat situ yang menjadi tumpuan ramai. kebetulan pulak semasa kami kat dalam tu, dekat pukul 3 petang..waktu tu time ikan makan. So, best la jugak tengok penyelam2 tu tunjuk skill bagi ikan makan. Luqman biasa la..tak berganjak melekat kat cermin dok ghalit tengok ikan makan. Camera pulak spoil tul..bateri dan2 je habis. Sib baik dah sampai ke penghujung..Apa taknya..kami main snap je...maklum la..baru belajar nak jadi amatur...(jeles I tengok gambar kengkawan kat fotopages..amik gambar lawa tul...terasa diri ini kerdil..huhuhu..)
Kami bertolak balik ke Mantin dah nak maghrib...masing2 keletihan tapi kami puas dapat menggembirakan anak2. So..lepas ni trip ke mana pulak Cek Na?..Aku dengar hang nak p Pulau Pangkor? Kami dah pegi last year semasa aku pegnat Luthfil. Student aku buat projek rombongan ke Pulau Pangkor. Happening beb!!...Pasni aku nak ajak hang pegi Bukit Tinggi..dengar citer kat sana best gak..RM16 perperson.
Adiossss!!!
2 comments:
HAPPY BIRTHDAY UTK LUQMAN SEMOGA MENJADI ANAK YG SOLEH DAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
ok..thank you.
Post a Comment