Mungkin kengkawan konpius bila baca tajuk aku yang banyak tuh...hehehe..releks..toksah susah-susah dok pening kepala..baca je..'saya tak kesaaahh..."
Hari Ibu
Walaupun Hari Ibu dah berlalu 2 hari lepas, tapi aku nak wishkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 kat atas dunia ni. Tak ketinggalan untuk ibu ku yang jauh di kampung. Apa khabar agaknya 'ma'....aku dah lama tak balik kampung. Terbaru aku balik semasa mengikut hubbyku outstation ke Cherating bulan Februari 2006..alang2 dah dekat dengan Besut kami singgah untuk ambil barang2 yang ditinggal semasa aku bercuti melahirkan baby. Kepada hubbyku yang dah kehilangan ibu selepas Hari Raya Puasa yang lalu, aku harap banyak2 bersabar. Kadang2 aku lihat dia menangis kerana merindukan ibunya yang telah tiada.
Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah..aku terharu dengan hubby dan Luqman yang telah bersusah payah mencari hadiah untuk aku sempena hari ibu tahun ni. Hari Ahad lepas, hubbyku ada kerja sket nak jumpa kawan. Dia ada mengajak aku untuk temankan...tapi aku malas nak pegi sebab baby nk tido. So, dia bawak Luqman ikut. Aku mulanya heran apasal hubby rajin pulak nak bawak anak dia..selalunya tak macam tu. Rupanya dua beranak tu ada projek besar. Bila mereka balik ke rumah, ada suprise untuk aku. Kat tangan Luqman ada 2 kuntum bunga carnation (1 dari dia, 1 lagi kononnya dari baby Luthfil)..aku bukak pintu je dia sengih2 kat aku..lalu dia serahkan kat aku..terharu beb!!!Walaupun aku tahu yang bunga dan kad tu ayahnya yang belikan. Hubbyku jugak belikan bunga mawar merah untuk aku...cewah..bahagia ku rasa..toing!toing!toing! Yang kelakarnya, bunga yang dihadiahkan kat aku tu, abang long yang excited buat main!!Bertuah anak...
Tragedi Pampers
Pagi tadi aku pegi jenguk student2 ku sit for midterm kat dewan peperiksaan. After that, aku jadik 'penunggu' untuk sorang student yang clash jadual midterm untuk subjek aku. Nasib baik budak tu kuar cepat..kalau tak kematu jugak aku dok tunggu. Aku ni bukannya suka sangat melangut tanpa buat apa2..sekejap2 menguap..maklumla lepas makan bihun goreng!
Biasanya setiap lecturer diberi masa 3 hari untuk marking paper midterm...tak kira la dia tu ada student 2,3 ketul ke..atau berketul2 macam aku..dekat 130 orang dalam masa 3 hari!!! Mati la makcik!!!Tak sempat la aku nak layan kengkawan lagi..atau aku tidak sempat untuk membelog untuk minggu nih.
Nak dijadikan story, masa aku tunggu turn nak amik paper, aku dapat call dari jiran pengasuh baby yang mengatakan aku lupa bekalkan pampers untuk baby..Haaa!!!!Terkejut gak la aku macammana aku boleh lupa. Memang aku yang kemas beg anak2 aku pagi tadi...ni la first time kes lupa bagi pampers. Sian kat baby tak lena tido, tak lalu makan.. Masa aku pegi hantar, dia lom mandi lagi...Nasib baik tempat keja aku dengan umah pengasuh tak jauh..2,3 kali korner je dah sampai...sampai2 je, ntah apa dia mengomel..marah kot sebab ibunya lupa bekalkan pampers.
Baby sekarang dah pandai 'menyanyi'..(ikut bahasa dia laa...Tajuk nyanyiannya..'Tak Faham') malam tadi dia bangun 'menyanyi' kol 4 pagi! Mulut dia bising je..nak tergelak kami kadang2 tu bila dengan muncung2nya terjuih panjang. Selain dari menyanyi, dia pandai berkukur dan pandai menyembur! Habis rambut aku gugur..Ntah orang tua2 kata, kalau baby menyembur rambut ibu akan gugur. Aku tak nak percaya pun memang rambut aku start gugur bila dia start menyembur..Setiap kali aku sikat rambut, ada la dalam sejemput rambut yang lekat kat sikat. So, kepada sesiapa yang ada petua..boleh la bagitau aku macammana nak ubatkan rambut yang senang gugur nih.
MidTerm/Exam
Minggu ni merupakan minggu peperiksaan akhir bagi student UTM dan mid semester exam bagi student ITP. So, aku nak Wish Good Luck & Try Your Best untuk anak2 muridku. Semoga kalian tenang menghadapi peperiksaan. Buat Ct, Ayu, Fida, Mas, Erin, Sri..Good Luck ok! Try your best..saya dah buat apa yang perlu..yang lain terserah pada kamu semua. Kepada student2 foundation ITP, Linton, DIBM, CIBM dan DIA..saya harap you all success. Aku banyak risau kat bebudak nih sebab diorang nih macam memain sket. Dah jenuh aku bagi nasihat...ada yang amik port, ada yang macam diangin lalu je...kadang2 makan hati gak dengan diorang nih. Kepada kaki ponteng tuh, cepat2 la bertaubat sebelum semuanya terlambat!
Pelik Tapi Benar
Semalam aku didatangi oleh parents ex-studentku. Menurutnya dia nak berbincang tentang anaknya. Aku kenal anaknya sebagai pelajar yang baik, rajin dan agak pandai. 2 minggu lepas dia nak berhenti sebab katanya dia dapat matrik kat Gopeng. Aku dapat tahu yang student nih dapat 6A dalam SPM yang mana aku kira result tu agak bagus. Jadi tujuan parents tu datang bersama anaknya tu untuk memberitahu bahawasanya dia nak masukkan semula anaknya ke sini. Aku mulanya terkedu..dan tekejut dengan keputusan yang telah dibuat. Bagaimana mereka boleh menolak tawaran matrik IPTA sedangkan orang lain berebut2 nak masuk sebab lebih terjamin dan kos pengajian yang lebih murah..malah dapat duit saku lagi seribu.Aku tak nafikan yang yuran pengajian kat sini quite expensive..tapi yang buat aku tak faham ialah pendapatnya yang mengatakan tidak ada jaminan tempat di IPTA jika anaknya ikut matrik. Parents student tu bukan calang2 orang..orang universiti lagi tu. Tapi kami tak mampu nak berbuat apa2..bagi aku secara peribadi aku anggap itu sebagai kerugian yang besar. Dan selebihnya..aku akan membantu student tu setakat kemampuan aku..dan aku harap parents tu membuat keputusan yang betul untuk masa depan anaknya. Pelik tapi benar..tapi itulah realiti sebenar yang berlaku..apa yang kita rasanya baik tidak semestinya baik pada orang. Masing2 ada pendapat dan pandangan tersendiri. Tapi yang pasti aku betul2 tidak paham dengan 'sesetengah' orang yang sanggup menyembunyikan kebenaran demi kepentingan peribadi. Saper mau jawab tu!!!???
No comments:
Post a Comment