Semalam Ct dan Ayu datang ke rumah aku. Mereka berdua merupakan bekas student yang rapat dengan aku. Dulu aku pernah mengajar mereka, tapi semester ni sepatutnya aku mengajar jugak, tetapi sebab aku cuti panjang 2 bulan, subjek yang biasa aku ajar di take over oleh lecturer lain. Walaupun aku tak mengajar mereka, mereka selalu jumpa aku untuk bertanya apa2 yang mereka tak paham.
Ct agak rapat dengan aku..student UTM yang yang aku anggap seperti adikku sendiri. Semalam dia datang bersama Ayu untuk memulangkan barang yang dipinjam. Ct pernah beberapa kali menolong aku menjaga baby kalau aku ada emergency atau terpaksa menjemput hubby kat komuter. Yang seronoknya..Ct pandai masak sebab dia pernah kerja di kedai makan. Pernah dia ajar aku buat sambal nasi ayam...cakap je nak makan apa, sediakan bahan, dia akan masakkan. Semalam dia buat jamuan untuk kengkawannya, dan dia ajak aku ngan Sue untuk join. Sedap kerabu mangga dan sambal ikan masin yang dia buat. First time aku makan sambal ikan masin..dan balik umah, aku cuba buat. Not bad!!
Selepas bermain2 dengan baby Luthfil, mereka mintak diri untuk pulang. Sedih bila ingatkan yang aku takkan berjumpa dengan dia lagi. Air mata hampir berlinangan..tapi aku tahan supaya tidak menangis depannya. Dia pun aku lihat sebak..macam tak percaya yang dia dah habis belajar. Hari ni family Ct datang jemput untuk balik ke kampungnya di Kerteh.
Kini aku kehilangan seseorang yang kuanggap kawan baik. Walaupun jauh di mata, tapi dekat di hati...entah bila akan bersua kembali. Ct dan Ayu, semoga awak berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Saya doakan awak berdua dapat mencapai cita-cita yang diimpikan. Jangan lupakan kami di sini. Panjang umur, murah rezeki datang la jenguk kami di sini..
Salam sayang...
No comments:
Post a Comment