Saturday, November 08, 2008

Ingat2 kenangan lama

Aku berpandangan bahawa setiap dari kita, manusia normal..mempunyai kenangan silam..yang mungkin juga agar sukar untuk dilupakan. Bohong la kalau cakap takde kenangan..kecuali kalau hilang ingatan yg mana storage memory yg lama2 tu dah blackout atau tercabut. Waima, kalau kata dah takde apa yang nak dikenangkan, sesekali ia menjengah jugak di fikiran kan?..samada nak atau tak nak je melayan kenangan itu.

Kenangan pulak ada macam2. ada kenangan manis, mungkin juga kenangan pahit. Kenangan manis akan buat kita tersenyum, kenangan pahit buat kita terkulat2..tapi mungkin juga kepedihan sudah tak berapa nak terasa. Terpulang la apa yang nak dikenangkan samada orang, peristiwa atau perkara.

Aku sebagai manusia juga ada kenangan. Kenangan pada seseorang. Tak tau la manis ke pahit..tengah2 kot..huhu..manis bagi aku, pahit bagi dia...hahahaha..

Kenapa aku terkenangkannya? Entah lah..mungkin sebab dia orang pertama yang hadir mengajar aku erti dewasa, kehidupan dan kasih sayang. Sepanjang perkenalan, kami tak pernah bergaduh, dia tak pernah marah pada aku, sentiasa memaafkan aku, sentiasa melayan rajukku, sentiasa mengikut kehendakku. Siapa yang tak sayang perhubungan 8 tahun? Dia lah 'penjaga' aku..dia la borderline aku zaman sekolah dulu..sampai takde chance orang lain nak dekat.huhuhu..Walau kami dipisahkan oleh beberapa benua, tapi dia masih mengambil berat, bertanya khabar, berutus surat. Saat paling menggembirakan apabila mendapat surat yang berhelai-helai dan berjela2..maklumlah..bekalan untuk sebulan yang akan datang. Kadang tulis surat tak sempat habis, blh pulak sambung2 esok..hahaha..Kalau sampai kat umah, mak aku yang baca dulu..aku tak risau pun, sebab takde apa yang pelik2 dia tulis.

Mungkin kalau ditanya sekarang, sayang atau tidak lagi..aku berani mengatakan sayang hanya atas dasar kenalan lama yang saling mengambil berat suatu ketika dulu.Cuma ada peristiwa yang membuat aku sangat2 terkilan. Puncanya dari aku juga..itu yang membuatkan aku lagi rasa bersalah..Sebenarnya ia masih boleh bertahan lama kalau tak wujud 'proposal'. Nak buat macammana..kehendak kami tak sama. Aku perlu buat keputusan dan menetapkan pendirian aku sendiri.

Kadang2 teringat jugak, tapi sekadar mengingat dia untuk mengetahui perkembangan semasa dia. Sudah terubatkah kekecewaan dan kepedihan yang aku berikan suatu ketika dulu? huhuhu..masih ingatkah pada diri aku ini..orang kata kalau kita ingatkan seseorang, dia juga ada ingatkan kita..ntah betul atau tidak aku pun tak tahu.

Zaman kemudahan ICT yang ada sekarang ni, aku maanfaatkan sepenuhnya. Bukan aku tidak pernah menggoogle..penah dulu cuba. Tapi tak de hasil. Hari ni aku menggoogle lagi. Jangan salah paham, bukan lah aku beria sangat pun, tapi tak salahkan untuk kita menyambung kembali pertalian persaudaraan yang sudah terputus hampir 12 tahun.

Google punya google, aku terjumpa tempat dia bekerja..dengan berpandukan klu yang samar2, dengan input yang tak seberapa, akhirnya aku dapat jugak tahu di mana dia berada. Nampaknya dia masih berada di seberang sana... Merajuk benar dia sehingga jadi pemastautin kat sana. Mungkin dah jumpa kebahagian yang dia cari. Aku sentiasa mendoakan dari jauh dia berbahagia bersama keluarga tercinta untuk selama-lamanya.

1 comment:

Anonymous said...

kira first love la tu.. sampaikan kirim surat2 nih. cuma skarang modus operandi berbeza, guna sms, mms, 3G.

benar kata orang cinta pertama adalah cinta yang tidak dapat kita lupakan. x kira la 12 tahun, 22 tahun 220 tahun, cinta itu satu sejarah yang tetap terpahat dlm hati.

orang senior ckp bila kita igt org tu, org tu akan igt kita. Agak betul la pendapat ni. sy pun dpt merasakan kerinduan itu. Bak kata sheila majid gitu...

cuma satu saya nak ckp, jiwa dan hati lelaki sgt sensitif. Sekali dilukai, calarnya tetap ada. x kira la cat baru or polish pakai pengilat kereta. tetap ada scars beb... lebih2 lagi, dia yang jaga kamu, penjadi pelindung. Mesti dia kecewa nyer...

Apa pun, tak berani nak ckp lebih2 sbb gua lain nyer frekuensi. hahaha