Tuesday, May 26, 2009

Happy 7th Anniversary, 26 May

For my beloved hubby;

All I ever wanted is in you

Love, laughter, a pillow for my fears.
I want to give and to be given to
So I might feel myself flow through the years
Alive in you, the wonder of my tears.

Saturday, May 23, 2009

Sacrifice????..Poyonyer....

Rentetan daripada isu part time program yang diceritakan semalam, rupanya offismateku yang terlibat mengajar student Space masih belum mengetahuinya. Yang hairan bin ajaibnya, dia agak rapat dengan bos, tapi bos tu takde maklumkan apa2 tentang tiada bayaran yang akan diberikan utk program itu. Baru semalam dia tahu semasa dalam meeting. Agaknya big2 bos ni memang dah agak reaksi pensyarah yang akan melenting kot..huhuhu..tau takper!

Habis jer meeting, terus dia jumpa dengan Dr. K..rektor kami yang terchenta!!

Apa yang membuatkan aku rasa nak tergelak guling2( macam emoticon YM tuh!) adalah bila Dr. K mention about sacriffice. Huh! Poyonyer...What he knows about sacriffice? We all dah lama sacriffice untuk company, but we get nothing!!

Apa kata biar big bos jer yang sacriffice mengajar..lagipun orang yang kat atas sana tu gaji mencecah belasan/puluhan ribu.

Aku rasa macam nak lecture tentang teori motivasi jer kat depa nih..maklumlah, yang jadi Manager HR pun orang akaun! itu sebab sekarang nih bab2 staffing tunggang langgang!....muahaha

Lawak penjimatan tahap gaban abad 21!

Friday, May 22, 2009

1. Semalam aku ditanya oleh Mdm C samada berminat tak nak buat partime mengajar program SPACE (adult program), 2 jam hari Sabtu, 3 jam hari Ahad. Tiada bayaran tetapi akan diberi cuti hari Jumaat. Reaksi aku???..hmmm..NO, THANKS!!!

Ingat kita buat kerja kebajikan ker? Diorang nih nak untung poket sendiri jer.

Bayangkan kalau sejam bayarannya adalah RM120, kalau 5 jam? Ini nak bagi cuti sehari. Ewah2... kirim salam jer la..biar orang yang bg idea ngek tu jer yang mengajar.

Aku ingat aku jer yang berresspond macam tuh!! Saper2 yang dengar pun cakap itu idea giler+bodoh tahap gaban!

2. UTM ni pun satu. Claim bulan Mac belum dapat lagi sedangkan dah nak masuk bulan Jun. Tadi bila aku call pegawai yang incharge, dia cakap baru semalam proses dan sekarang ada kat atas meja pegawai. Adoii...patut la hubby selalu bengang kalau berurusan tentang duit dengan agensi kerajaan.

Pegawai tu siap mengadu lagi kat akak ni yang dia buat kerja sorang tanpa pembantu..Alahai..macam mana tu? Nak kesian ke tak nak?

Sabar jer lah..

Monday, May 18, 2009

Pagi yang 'berangin'

Pagi ni mood aku kurang baik sikit. Rasa nak *&^%$$ jer.. tapi tak reti nak cakap.

Kadang2 tersiksa jugak jiwa raga bila orang selalu ambil kesempatan di atas kebaikan kita, dan tak reti2 pulak nak berterima kasih. Udah ler mintak macam kiter ni orang suruhan dia. Nak ikhlas tolong pun dah jadi tak brapa nak ikhlas..hmmm..patut lah orang kata, yang membezakan ikhlas atau tidak ikhlas tu hanyalah senipis kulit bawang. Astaghfirullah hal azim.

Belum pun hangin satu badan aku surut, tetiba dapat lak satu sms dari bos. Mesej forward dari Jess..siap CC kepada Mdm J and Dr. K lagi. Yang membuatkan tahap kebengangan aku bertambah adalah, mesej tu menyatakan aku unattended class hari ni for PMG2113 from 8am-10am, venue BKa1/12.!!

Memang kuram asam boi betul la orang yang checking kelas nih. Tahap cipan melampaunyer. Sewaras aku, tak pernah aku ada kelas kol 8 pagi (replacement lak tuh!) Aku ada kelas malam nih, kol 8-10pm, venue di BKA1/3. Rasa nak *&&^% skali lagi. Nasib baik la aku ni jenis bukan kaki maki..dalam hati jer la aku berani. Abih2 pun aku ckp 'stupid'!! Ish..cepat2 istighfar. Tak mau nanti dapat anak hot temper.. huhu..

Rasa nak p serang jer bos aku kat opis. Time ni la nak pulang paku buah keras. hehehe..depa ni kalau staf buat silap sikit, cepat jer nampak. Nasib baik dia tak ade. Aku just reply sms jer bgtau kelas bukan kol 8am, tapi 8pm!

Bila dia balik opis, kebetulan terserempak ngan aku..tunggu apa lagi..gue sound terus..macam biasa la..dia hanya tersengih ajer. hampess!!

Balik ke opis aku, dapat sms dr Jess yang memohon maaf atas kesilapan itu dan akan clarify balik. Hmmm..sib baik mintak maaf, ingat tadi nak antar SMS beracun jugak!

Thursday, May 14, 2009

Lambaian Bumi Kenyalang 090509 - 120509

Baru berkesempatan update gambar2 semasa ke Sarawak baru2 ini. Kami di sana selama 4 hari, 3 malam. Sori..gambar2 di bawah ini tidak tersusun.

Posing dulu sambil menunggu waktu penerbangan (090509)

Tak sangka pulak dalam KLIA ni ada jungle and waterfall!

Si kecik yang excited nak naik belon. Abang Long rilek jer sebab dah selalu naik

Baru tiba di Airport Kuching


Pemandangan dari bilik hotel 360

Ada dapur...sempat ke nak masak?heheh..kat dapur ni cukup lengkap peralatan memasak, cuma bahan masak jer takde!

Hubby cakap, lain kali kalau datang ke Kuching dia nak stay di 360 lagi..hehehe..siap promote kat kengkawan tu. Internet access free loh!

Kami shopping awal, nasib baik peti ais besar.

Bilik yang sungguh selesa dan luas. Kat tingkat 3 ada shopping kompleks. Senang nak shopping kalau memalam lapor..huhu

Hari Kedua (100509) Depan hotel. Nak keluar jalan-jalan ke Pasar Tamu, Satok

Beras Bako@Bario? (luper nama). Hubby beli 2 paket, 1 hitam, 1 putih. Yang putih lagi mahal.

pelbagai jenis kek lapis

Jom kita serang! Sebelum beli, boleh testing dulu..agak2 dah kenyang, blh la beli..hehehe

Sempat meninjau di dapur melihat proses membuat kek lapis. Sungguh tekun kakak kita nih.

Laluan jalan kaki nak ke Kedai Kek Dayang Salhah *Ponat den jalan..panas lak tuh*

Naik sampan. Tambang 50 sen jer!



Lepak2 di Riverside sementara menunggu cuaca redup. Lagipun ada orang tengah syok dibuai mimpi tuh!

Memikirkan nasib diri...kemanakah hala tuju selepas ini..


Ewah!
Bangunan parlimen Sarawak


Ada orang dah lentok.

Bersama tourist guide dari Kelantan, my cousin Suriani and her fren, Ja.

Depan Selera Asam Payak. 2 hari berturut2 datang cari laksa, hari ke2 baru ada.

Laksa sarawak. Rasanya?...mmmm..boleh ler..best lagi laksa penang.

Muka moody..ngantuk!


Merajuk dengan ayah!

Kubah National Park

Matang Family Reacreation. Yuran masuk RM3 perperson. Kami masuk free jer..hehehe.



Abang Long kecewa sebab tak dapat main air.

Shopping ikan terubuk masin kat Pasar Satok. Sesape yang nak shopping ikan terubuk masin best, beli la kat kedai pakcik nih..seorang pesara tentera orang negeri sembilan. Sedap! Nyesal beli 2 kotak jer. Kalau nak mintak dia hantarkan ke hotel pun boleh, siap bungkus.

Kat galeri aquarium

Unikkan!

Wednesday, May 06, 2009

Selamat Hari Ibu

Entry hari ni main salin dan tampal jer..jangan marah yer. Mari kita renung2kan.

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)




Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku......mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Ibu pergi jua...



Ibu dan hubby kebiasaannya akan berbual2 tentang rutin harian masing2 di tempat kerja. Itu telah menjadi kebiasaan kami sejak dahulu lagi. 2,3 malam yang lepas ibu bertanyakan satu soalan kepada hubby yang membuat dia terkedu sebentar.

"Abang pernah terfikir tak..bagaimana hidup abang kalau ibu takde (meninggal)?"

Hubby terdiam bila ibu cakap macam tu..akhirnya dia balas.."Entahlah..abang tak pernah terfikir dan terbayang bagaimana kalau ibu takde..tak tahu macammana"

Muka hubby terus berubah dan tak bagi ibu cakap lagi.

Jadi, apa yang ibu baca hari ini sangat ibu mengerti erti kehilangan orang yang tersayang.


Kisah ini ibu ambil dari news HM pada hari ini, tulisan Rudy Fazrunisyam.

Begitu menyanyat hati dan menitiskan air mata tatkala membacanya. Empati pada anak kecil yang sudah mengerti ibunya sudah pergi meninggalkannya.

Kejam sungguh peragut yang tergamak membunuh ibu yang tidak berdosa. Senangnya lelaki yang kononnya gagah perkasa mencari rezeki dengan cara mudah..apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang. Semoga si pembunuh mendapat balasan setimpal kerana membuat 2 anak kecil hilang kasih sayang seorang ibu dan menjadi yatim piatu.



JOHOR BAHRU: Bagai babak drama sedih, seorang anak mangsa ragut berusia tujuh tahun terpaksa dipeluk ibu saudara bagi menenangkan keadaan selepas beberapa kali bertanyakan ke mana ibunya pergi.

Puteri Norashikin Salleh tidak berhenti menangis apabila mengetahui ibu tercinta, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi semalam selepas 36 jam koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Dia gagal ditenangkan ahli keluarga dan saudara-mara yang berkumpul di luar bilik mayat HSA, tengah hari semalam.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu dapat ditenangkan apabila ibu saudaranya memeluk dan menyuruhnya menghadiahkan al-Fatihah buat bekalan ibu di alam barzakh.

Kenyataan hidup yang dihadapi Puteri Norashikin bersama adiknya, Mohd Khairi Ridwan, 5, begitu pahit kerana dia bukan saja kehilangan ibu tersayang, malah tidak sempat menimang adik selepas arwah disahkan mengandung lebih dua bulan.

Jamilah menemui ajal selepas bertarung nyawa lebih 36 jam dalam keadaan koma apabila terjatuh dari motosikal sebaik beg tangan dalam raga disentap peragut dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu, di Taman Air Hitam, Batu Pahat.

Difahamkan, ketika kejadian, Jamilah yang bekerja sebagai jurujual kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, baru membeli makanan dan barangan keperluan harian di sebuah pasar malam untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Allahyarham terjatuh dari motosikalnya dengan muka terhentak jalan.

Seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki melarikan diri selepas meragut beg tangan mangsa.

Suami mangsa, iaitu bapa tiri Puteri Norashikin, Razali Ahmad, 41, berkata dia berkahwin dengan Jamilah selepas Aidilfitri kira-kira enam bulan lalu selepas isteri pertamanya meninggal dunia akibat kanser.

“Saya mempunyai dua anak berusia 17 dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama, manakala arwah mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun,” kata peniaga makanan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap itu.

Katanya, kejadian ragut menyebabkan nyawa Jamilah melayang itu adalah yang kedua.

Pertengahan tahun lalu, arwah pernah diragut di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam ketika menunggang motosikal.

Dia kehilangan beg tangan yang juga diletakkan dalam raga.

Menurut Razali, berikutan kejadian itu, seorang rakan mengajar arwah untuk menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelaknya mudah dilarikan peragut.

“Berdasarkan cerita rakan, motosikal arwah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi. Ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh,” katanya.

Razali berkata, arwah dibawa ke HSA dari Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu bagi menerima rawatan rapi, tetapi gagal diselamatkan akibat parah di kepala serta muka.

Jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Fauziah Ahmad, 34, berkata dia mempunyai sebab untuk membenci dan berdendam dengan peragut.

“Jika saya mempunyai kuasa undang-undang, sudah pasti saya akan menjatuhkan hukuman paling berat termasuk hukuman mati kepada peragut. Mereka bukan saja pencuri, tetapi juga pembunuh,” katanya.

Monday, May 04, 2009

Monday bluessss...

Cuti 3 hari membuatkan ibu takde mood nak masuk kerja hari ni. Monday bluess la pulak rasa..ahaksss..

Pagi2 lagi lepas hantar Luthfil ke Taska, ibu bergegas ke UTMKL untuk submit markah final exam BC. Ingatkan semua dah setel, rupanya borang claim marking pulak yang tak completed. Ish...ish..ibu bagitau PA Ketua Jabatan KST tu, ibu nak poskan ajer...

Balik dari UTM, ibu singgah kat UPM. Tukar kereta dengan hubby. Petang ni dia nak ke airport menjemput saudara dari KB yang akan ke Mekah menunaikan umrah esok pagi. So, hubby just jemput dan hantar mereka ke rumah Kak Na. Esok pagi2 husband Kak Na yang akan menghantar mereka ke airport pulak.

Esok ibu ada appointment kat klinik. MGTT..blood test untuk check diabetis maa.. ibu rasa macam akan kantoi jer kali ni..muahaaha..minum air manis tak hengat!

Seksanya nak minum air glukose tu (seksa lagi time nak amik darah sebelum dan selepas minum air gula..huhuhu). Dulu ibu penah minum separuh, tuang separuh! hehehe..rupanya kantoi jugak. Kena refer ke Hospital Seremban lorrr..

2 Mei lepas birthday Luqman. Dah 6 tahun usia anak ibu.Baru lepas dari demam. Kami tak sambut majlis pun. Ibu takde kudrat nak masak. Just belikan cheese cake. Dan pagi Ahad selepas sarapan, kami makan kek tuh. Actually, Luqman berkongsi hari lahir dengan anak ke 2 Kak Na, Haziq yang menyambut ulang tahun yang pertama. So, semalam mereka sekeluarga datang ke rumah kami dengan kek Secret Resepi nya. Wahh..kami tumpang semangkuk la.

Actually, kunjungan kami ke Kuching pada 9-12 Mei nanti juga merupakan hadiah sempena hari lahir Luqman, merangkap hadiah sempena tamatnya pengajian ibu akhir tahun lepas dan juga sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7 (26 Mei). Kiranya 3 dalam 1 la ni..jimat skali harung..muehehehe..