Cuti 3 hari membuatkan ibu takde mood nak masuk kerja hari ni. Monday bluess la pulak rasa..ahaksss..
Pagi2 lagi lepas hantar Luthfil ke Taska, ibu bergegas ke UTMKL untuk submit markah final exam BC. Ingatkan semua dah setel, rupanya borang claim marking pulak yang tak completed. Ish...ish..ibu bagitau PA Ketua Jabatan KST tu, ibu nak poskan ajer...
Balik dari UTM, ibu singgah kat UPM. Tukar kereta dengan hubby. Petang ni dia nak ke airport menjemput saudara dari KB yang akan ke Mekah menunaikan umrah esok pagi. So, hubby just jemput dan hantar mereka ke rumah Kak Na. Esok pagi2 husband Kak Na yang akan menghantar mereka ke airport pulak.
Esok ibu ada appointment kat klinik. MGTT..blood test untuk check diabetis maa.. ibu rasa macam akan kantoi jer kali ni..muahaaha..minum air manis tak hengat!
Seksanya nak minum air glukose tu (seksa lagi time nak amik darah sebelum dan selepas minum air gula..huhuhu). Dulu ibu penah minum separuh, tuang separuh! hehehe..rupanya kantoi jugak. Kena refer ke Hospital Seremban lorrr..
2 Mei lepas birthday Luqman. Dah 6 tahun usia anak ibu.Baru lepas dari demam. Kami tak sambut majlis pun. Ibu takde kudrat nak masak. Just belikan cheese cake. Dan pagi Ahad selepas sarapan, kami makan kek tuh. Actually, Luqman berkongsi hari lahir dengan anak ke 2 Kak Na, Haziq yang menyambut ulang tahun yang pertama. So, semalam mereka sekeluarga datang ke rumah kami dengan kek Secret Resepi nya. Wahh..kami tumpang semangkuk la.
Actually, kunjungan kami ke Kuching pada 9-12 Mei nanti juga merupakan hadiah sempena hari lahir Luqman, merangkap hadiah sempena tamatnya pengajian ibu akhir tahun lepas dan juga sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7 (26 Mei). Kiranya 3 dalam 1 la ni..jimat skali harung..muehehehe..
No comments:
Post a Comment