Monday, July 06, 2009

Cuti

Cuti 2 hari pada awal bulan ini, kami manfaat sepenuhnya beristirehat di rumah. Lagipun Luqman dan Luthfil kurang sihat, batuk dan selsema. Aku jugak kerap diserang sakit kepala dan rasa kurang selesa di bahagian kanan perut (tempat operate gallbladder). Hari Jumaat tu aku ada jumpa doktor sambil bawak Luqman dan Luthfil untuk dapatkan rawatan di KKM. Tapi bila di scan, doktor takde cakap apa2 pulak. Cuma banyakkan berehat jer..

Awal2 pagi lagi aku bangun..kejutkan hubby untuk ke pasar sementara aku siapkan sarapan pagi, bihun goreng Singapore.

Angin rajin datang pulak nak masak nasi lemak...Hmmm..dah lama tak makan nasi lemak yang dimasak sendiri. So, tengahari nya kami menjamu selera dengan hidangan nasi lemak berlaukkan sambal kerang, ikan bilis, ayam goreng, salad dan ulaman. Dah mengadap juadah baru aku teringat yang aku lupa nak rebus telur..Ayyaa... Siap ngan desert pengat keledek tuuu..huhu..gula..gula..

Untuk Luthfil aku masakkan sup ayam + carrot. Syok tengok dia berselera makan. Dia agak sukar untuk makan nasi..jenuh aku memujuknya untuk makan. Agaknya kesan dari mengambil supplement vitamin C membuatkan pintu seleranya terbuka untuk makan.

Aktiviti hari Ahad, kemas rumah, basuh baju. Sementara menunggu anak2 bangun, aku masuk ke dapur siapkan sarapan. Rasa nak buat donut la pulak.

Untuk lunch, aku masak daging 'black pepper' + cendawan. Agaknya dah lama tak makan daging black pepper, perut ku tak boleh nak terima. Muntah2 teruk sampai aku kehabisan tenaga. So, baring je sepanjang hari. Langsung tak jamah nasi satu hari.

Petangnya kami keluar ke pasar malam..hajat hati nak cari manggis, rambutan or durian, tapi jumpa orang jual rambutan jer. Lepas ke pasar malam, kami ke Giant, Nilai untuk cari barang dapur.

Kalau tiap2 minggu cuti 2 hari kan best..boleh bersantai2 bersama keluarga terchenta!

No comments: