Tuesday, July 14, 2009

Kena tag lagi..

Dah lama tak update blog. Nak dikatakan bizi dengan kelas, baru semalam kelas baru start. Cuma aku mengambil kesempatan sepanjang 2 minggu lepas untuk berehat (aka mengular!) secukupnya sebelum semester 3 bermula.

Untuk semester ni aku ditugaskan untuk mengajar satu subjek sahaja, tapi 5 group lorrr..20jam seminggu. heheh..ok la sket jika dibandingkan semester lepas, 5 subjek berlainan, 5 kelas berlainan termasuk ntah apa2 program yang dilonggok dalam satu kelas..Ayyyakkk..manyak fenin ditambah dengan problematic student..sakit jiwo den!

Semalam aku dah start masuk kelas. Dah bagi silibus. Dah terangkan serba sedikit tentang assessment, do's and don't..dan juga pasal aku akan bercuti awal sebelum final exam bulan Nov nih. So, dah siap warning awal2 supaya jangan ada yang dok pasang niat nak ponteng kelas.

Ayat power aku..You give me something..I give you something...You give me nothing, you got NOTHING!"

Itu AMARAN keras kepada pelajar2 yang malas nak siapkan assessment la especially..heheh. Budak2 ni tak boleh nak entertain banyak2..mua!



Okey larr..berbalik kepada tajuk asal..actually, ini dah kali kedua aku ditag oleh adikku Erie yang belajar kat UPM, Serdang. Bizi memanjang jer aku tengok dia tu. Bizi2 jugak..study tetap no 1. (kalau nak makan ikan patin masak asam pedas tempoyak..sila2 lah datang ke rumah yer..kiter masak 1 periuk besar untuk awak!)

Okey..jom kita tengok apa soklan2nya..mencabar tak?

1. Apa perasaan anda sekarang?
Mmmm..lega, happy..sebab? Pagi tadi pegi klinik, routine checkup..urine test ok, Hb ok, timbangan ok..cumaa..low blood pressure jer (94/60). Lagi sebulan kena p sana balik untuk MGTT..ni yang cuak niii..mencik makcik minum air gula tu!

2. Saya nak makan?
Rasa nak makan buah2an, tiap2 hari pun takpe.especially manggis, rambutan and durian best giler yang kat Nyonya Mantin jual. Dah lama tak tengok nyonya tu kat tepi jalan. Dah kaya kot! Hahaha.

Adik aku kat kampung cakap, durian dan rambutan kat kampung banyak sangat sampai tak lalu nak tengok. Ayah jual 70 sen je sekilo.Ewah2..mewah betul diorang. Weiii..bawak datang sini ler!

3. Saya tak suka?
- Paling tak suka orang yang bagi keja last minute. Ingat kiter ni robot ke..
- Tak suka tengok pinggan penuh kat sinki, lantai tak bersapu, kain tak berlipat, cadar katil tak kemas..sakit mata! Biar rumah kosong, janji jangan bersepah!

4. Impian saya?
Banyak impian aku sebenarnya. Tapi antaranya ialah:
- Memiliki kehidupan selesa (tak kaya tak per). Cukup la dengan memiliki rumah idaman, ada halaman luas, boleh tanam pokok buah2an, sayuran, herba, pokok bunga, anak2 boleh main di laman.
- Sekali sekala pergi bercuti ke tempat2 idaman dengan keluarga, adik beradik, ibu bapa..cam hari keluarga gitu!
- Hantar parents pegi mengerjakan Haji.
- Join aktiviti sukarela/kebajikan masyarakat.

5. Haiwan yang saya tak suka?
Anjing yang banyak berkeliaran kat kediaman aku ni. Suka wat sepah sampah! Menyampah!

6. Saya harapkan?
(Psssttt..kali ni dapat baby girl..hahaha)..

Anyway, semoga semua selamat dan sihat-sihat jer..tak kisah pun.

p/s: Saper2 yang ada cadangan nama, sila la kemukakan yer..syarat? cukup la sekadar mempunyai makna yang elok dan sedap dipanggil.

7. Jika boleh putarkan masa?
Hehehe..nak menyesal pun benda dah berlaku. Tapi sesungguhnya..aku benar2 menyesal kerana pernah melukakan hati insan yang paling aku sayang 13 tahun dulu. Apapun, aku percaya semua yang berlaku ada hikmahNya.

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
Dah jadi housewife sepenuh masa tapi dalam masa yang sama nak ada kerjaya sendiri..produktif. Hahaha..(pelik kan? kalau orang lain, nak jadi manager ker, director ker, CEO ker, tauke ker..aku lak nak jadi fulltime surirumah..heheh..suka ati aku la..best aper boleh tengok anak membesar depan mata dengan hasil tangan sendiri..tapi aku nak jadi surirumah yang berkerjaya!)

9. Handphone saya adalah?
Handphone aku cokia jer.Brand Nokia yang dibeli tahun lepas kot..aku pun tak tau model aper. tau pakai jer..janji boleh wat call dan receive call. HP canggih pun takde credit watper!!

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
1 kali jer..bercinta dan berkahwin ngan orang yang sama. Bercinta 7 tahun, kawen dah 7 tahun..la ni pun masih berchenta ngan orang yang sama:) Doakan berkekalan sehingga ke akhir hayat yer..

11. Saya suka pada..
Suka pada kehijauan dan kedamaian..

Suka jalan2 tepi pantai

Suka pada pelajar yang rajin

Suka pada orang yang suka kita seadanya

Suka pada kejujuran

Suka dengar lagu yang berentak slow

12. Kawan2 saya?
Semenjak aku habis sekolah dulu, aku dah takde kawan yang 'close'. Masing2 buat haluan dengan keluarga sendiri. Kalau kat sekolah rendah dulu aku rapat ngan Norasmawati, kat SMTM, aku closed ngan Fudzah, kat MRSM aku closed ngan Ja and Sue.

Kat UPM dulu, aku kawan jer ngan saper2 yang nak kawan ngan aku. Tapi aku jenis yang tak berapa nak geng ngan kawan yang hohahoha lepas laku dan jenis bergurau kasar. So, yang paling rapat kat UPM dulu adalah Jamiah (la ni dah jd lecturer kat UKM).

Bila dah kerja pulak..huhuhu..dah penat nak berkawan rapat sangat..sebab? Depa sat2 jer kerja kat sini then blah, tinggal la aku sensorang.

Then, hubby la yang selalunya jadi kawan, teman, sahabat.. dan segala2nya pada aku.


13. Pernah dikhianati?
Ermmm..pernah..masih terasa lagi pedihnya. Sukar dah nak percaya sekarang. Forgive but not FORGET!!

14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Tak nak wat apa2...biar lah Allah yang membalasnya. Nak kata aku akan mempercayai dia seperti aku mula2 percayakan dia dulu tu..sorry maaa..dah banyak kali bagi chance..tapi masih lagi mengulanginya. Muak dan mual!

15. Senaraikan 6 orang untuk di tag.
Chik, kalau Kak La tag awak lagi boleh tak? Hahaha..

Hmm..saper2 la yang terasa nak buat esecially kepada orang yang selalu melawat blog ni.

2 comments:

QERY HASAN said...

xmo wat dah tag nih...
tag kak yah plak...
suruh la kak yah wat blog...
dia kan byak benda nak story mory kan

QERY HASAN said...

kawan org nak rasa kak la masak ikan patin tu...diorng nak tempah... huuhuh...berapa ringgit??? diorng nak yg pedas2...tapi 4 org ja laa