Thursday, July 30, 2009

Sepi..

1.
Semenjak dua menjak ni tak sempat nak berblog..ada ketikanya tak sempat pun nak on komputer. Kelas dari pagi sehingga petang..kalau takde kelas pun kena invigilate supplementary exam yang sedang berlangsung sekarang sehingga minggu depan.

Para pelajar pulak semakin hari semakin membiak..daripada mula2 2 row, sekarang dah sampai penuh sampai ke belakang kelas. Mmmm...tatau nak cakap apa.

2.
Alhamdulillah, satu masalah kami dah setel. Semalam hubby ke JPJ untuk renew roadtax yang akan tamat esok. Bukan setakat 4 saman..tapi bersusun2! Huhuhu..bawak lagi laju2.

3. Malam semalam kami ke rumah kakak mengambil buah2an dari kampung. Nampak luaran ok walaupun ada sesekali kedengaran kakak memerli sesuatu. Sempat aku berbisik supaya jangan buat macam tu sebab takut 'dia' malu dengan kami. Tapi nampak jugalah perubahan..'dia' menjadi lebih pendiam daripada biasa. Ntah la..aku cuma mampu berdoa agar rumahtangga mereka aman bahagia..buang yang keruh, ambil yang jernih. Masih ada ruang untuk kebaikan bersama. Nak meruntuhkan memang senang...

Aku pasti, kakak akan menangis bila mendengar lagu ini...

Alasan Mu - Exist

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan..

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

No comments: