Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013..

Assalamualaikum wbt...


Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya. Esok cuti lagi yeayyyyyy...

Selamat datang tahun 2013!


Banyak sungguh cuti semester ni. Kebetulan pulak kebanyakan cuti jatuh pada hari Selasa. Nasib baik 1 kelas sahaja..itupun jenuh nak mencari slot untuk mengganti kelas. Next week terpaksa buat kelas ganti waktu malam sebab student clash kalau buat waktu siang. Apa nak buat.. cuma pening dok pikir camner dengan budak berdua tu bila ibu ada kelas malam nanti. Sekarang hati manyak susah mau tinggal anak2 di rumah tanpa orang dewasa sebab dah banyak kes pecah rumah area rumah kami. Mohon perlindungan dari Mu Ya Allah agar dijauhkan daripada malapetaka.

Alkisahnya semalam birthday Luthfil Hadi yang ke 7. Tak buat majlis pun...ibunya tak larat lorrr..huhu. Just tempah kek dari member. Then, petang tu masak spagethi ajer coz adik2 datang menyerang. Habis sekuali sampai tukang masak pun tak sempat makan...huhu..


Ramai yang berkenan kek ni...tuan kek pun super duper excited!

Melayan permintaan Luthfil yang nakkan kek spiderman

Over manis...ibu pun cuit sket jer.

Projek 'meroti' last week. Testing breadmaker baru..kuikuikui..

Bunyi siren dia kemain kuat nak suruh orang angkat.

Budak comel ni dah 6 bulan

Kemahiran merayap takleh dipertikaikan...lajuuuuuuu jer;)=

Ntah apa yang dibuat Abang Long tu..main masterchef masak2..ada sardin, ada sayur dan ada cicak..kekekeke..khusyuk semua tengok Abang Long menggoreng!






Sunday, December 23, 2012

Macam2 aktiviti ada..




Luthfil sedang mencuba uniform sekolah. Kali ini kami bershopping di Bangi. Beli sekali harung senang tak payah nak pergi banyak kedai. 


Terjumpa kawan lama di Golden Palace Hotel ketika menghadiri Bengkel Taklimat Mata Pelajaran Umum, anjuran KPT pada 20 Disember 2012. Lama sungguh tak jumpa Kak Yani. 

Menghadiri aktiviti Green Campaign di mana student2 menunjukkan bakat dalam merekacipta produk daripada barangan terbuang. Masa ni jugak ibu join masuk pertandingan batu seremban dan dapat no. 1. Yang join semua set2 lecturer jer..kikiki.

Wednesday, December 12, 2012

Sambal udang galah mavelousssss...

Dah lama tak rewang p sarapan kat luar. Rasanya tak pernah lg keluar bersarapan sejak ada Iman. Pasar pun jarang ibu pergi. Semalam kami ke Mantin mencari sarapan roti canai. Patutlah orang suka makan kat kedai mamak sebab servicenya tip top..kat kedai Melayu yang ibu pergi ni alahai...kita melangut sampai dah lama pun takde gak amik order. Dah order banyak kali pun dok tanya2 lagi..bila dah order air, sampai ke sudah air hubby tak sampai2. Last kami share je minuman.

Alamak..kan dah melalut2 entry kali ni. Tajuk kemain pasal udang galah bagai.

Actually nak citer, kesinambungan daripada sarapan tu, kami singgah kat Supermarket Zimart. Ibu sorang je yang masuk..lagi cepat dan pantas kononnya.

Nak jadi cerita, rezeki anak2 nak makan udang. Selalunya ada udang biasa je, tapi kali ni ada udang galah bersaiz agak besar jugak laa..harganya takde la mencekik sangat. Almaklumlah..kami ni dok belah2 darat manalah selalu jumpa makhluk2 yang segar2 dan bersaiz king kong nih.. (erkkk..udang ada saiz king kong keee??). So, apa lagi...cekau la..

Hasil tangkapan:)=

Kegemaran Abang Long

memang tak pandang kiri kanan dohhh

Goreng biasa utk yang tak makan pedas..tp Luthfil tak berapa gemorr mkn udang, dia lagi suka sotong

Juadah sarapan nasi lemak

Ada pulak orang request nak makan ayam 'mr bean'. So thari nya makan nasik lemak ngan ayam golek pulak. 

Tutorial masak kari ikan merah yang meleTOPPP!!

Wallahhhh.....Post gambar kari ikan masak merah kat fb sebelum ni nampaknya telah menyebabkan beberapa orang terliur menengoknya. Huhuhu..ya ampunnnn..tak tersengaja nak buat orang terliur pun. Resepinya sempoi ajer sama seperti yang ibu pernah buat sebelum ni. Lately ibu suka masak ikan sebab hubby dah kurang nak makan ayam, daging jauh sekali. Dia cakap badan lesu kalau makan daging terutamanya di waktu makan malam.

Okeylah..ibu berkongsi tutorial memasak kari ikan merah. Actually ada beberapa jenis ikan yang sedap dimasak kari selain ikan merah ni, antara yang pernah ibu buat ialah ikan bawal hitam dan ikan mayong.


Watak utama of course ikan merah sekoq. Dah kita nak masak kari ikan merah kan. Saiznya ikut suka la..tapi kalau saiz gini ikan perlu dipotong 2, kalau tak potong kang susah nak masuk periuk/kuali (ibu masak guna kuali). Lagipun kalau tak potong nampak buruk benorrrr! 

Bahan tumis: 1 labu bawang besar merah, 3 ulas bawang putih dan halia (mayang atau tumbuk, kalau nak senang takmo pedih mata aka malas korang mayang/hiris ajer). Pastu rempah kasar 4 beradik tuh (1 btg kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pala, 3 bunga cengkih) dan 3 tangkai daun kari amik daunnya..tangkai tu buang la:P Tumis sampai layu dan naik bau.

Sementara menunggu bahan tumis naik bau, bolehlah godek2 bancuhkan serbuk kari. Ibu suka guna serbuk kari Baba's untuk ikan. Kalau takde yg ikan boleh belasah yang daging jugak. yang ni ibu campur 4 susu besar serbuk kari ikan dan 1 sudu besar serbuk kari daging dengan air suam.

Tumis sampai naik bau dan kari betul2 masak. Api jangan kuat sangat dan kari kena dikacau sellau supaya tak hangit. Nak tahu kari dah masak ke belum, dia akan jd pekat dan timbul minyak. Macam ni dah dekat nak masak la..paham dokkk???

Lepas bahan tumis masak, masukkan air. Ibu masukkan 3 mangkuk kecil, tak mau pekat sangat atau cair sangat sebab kalau ada balance boleh cicah dengan roti..So kalau cair tak best la kan. Letak air asam jawa sket, garam sekup rasa serta manisan @ gula merah sebesar ibu jari. Biarkan mendidih pastu baru masukkan ikan. Tutup kuali/periuk.

Bila ikan dah masak, masukkan bendi dan tomato belah 4. Biar sat then terus tutup api. Ibu suka bendi yang tak terlampau masak..suka yang rangup2 gitu..

Dah apa lagiii???amik pinggan la makan nasik!



Friday, December 07, 2012

Kisah Najwa Latif

Ibu rasa ramai yang mengenali Najwa Latif. Ibu pun kadang layan jugak lagu2 Najwa..ada yang sedap didengar.Baru2 ni kecoh dalam paper tentang bapa Najwa yang mendakwa Najwa menderhaka kepadanya. Terkedu gak la membaca dakwaan tersebut..Bagaimana seorang bapa sanggup mengeluarkan kata2 sedemikian terhadap anaknya. Marah sekalipun, takkan sampai nak mencari pihak media nak membuka pekung di dada. Bak kata pepatah bagai menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Ibu puji langkah Najwa dan kakaknya yang tidak mahu memberi apa2 komen berkenaan isu keluarga mereka demi menjaga hati semua pihak. 

Malam tadi di TV9 ibu tertengok rancangan 9 soalan. Tetamunya adalah Najwa Latif. Ada jugak soalan2 nak provoc supaya Najwa bukak mulut bercerita tentang isu yang terjadi tetapi dia memilih untuk tidak memberi sebarang komen. 

Di akhir rancangan, Najwa diminta menyanyikan lagu 'Kosong'..Memang kena sangat dengan dia waktu itu. Ibu bayangkan seolah dia tujukan lagu itu untuk ayah dia. Semoga ayah mereka mengerti tentang isi hati anaknya itu.

KOSONG - NAJWA LATIF

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Oo Oo
Kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Oo Ooo

Monday, December 03, 2012

Cuti

Actually ibu apply cuti esok dan lusa. Tp tercuti hari ni pulak sbb sakit kepala. Agaknya malam td xblh nak lelap mata sebab jiran satu lorong ni ada buat kerja kawen. 1st time jumpa majlis kawen di malam hari isnin. Selalunya hujung minggu sabtu atau ahad atau cuti umum kan. Agaknya ikut horoskop diorg sesuai buat Ahad malam. Start depa pasang lagu waktu malam kol 7. Mmg 'terbaekklah'..time azan lak tu..1Malaysia la sgtkn.  Nasib baik lg yg dipasang tu blh tahan gak la walaupun xpaham..cuba terlalu kuat xdpt nak menahqn telinga je. Si Luthfil siap kuar rumah sound suruh diam sket..huhu..terkejut badak kami dgn tindakan luar dugan luthfil tu..ye la kot apa lak kata diorg kalau dgr luthfil ckp mcm tu..terus kn marah dgn hubby.

Friday, November 30, 2012

Satay Willey yang zaassssssssssss!!




Puas hati dapat makan satay Willey ni..lebih sedap menyengat berbanding dengan satay Hj Samuri. Dulu ibu peminat tegar satay samuri tu..tapi ntah nape ibu rasa satay samuri dah tak berapa best berbanding dulu2. Kalau pergi makan satay kat medan Kajang pun, kami dah tak serbu kat kedai samuri tapi memilih kedai2 yang lain. Tapi sekarang bila dah ada pesaing baru yang lebih meletuppp sedapnya, so kami nak jd peminat tegar satay Willey lah. Lagipun tempatnya senang dan dekat je dengan opis ibu..tak sesak dan tak perlu nak meredah jam kat bandar Kajang. 

Gerai satay willey ni terletak di tepi jalan menghala ke mana tak tahu laa..tapi kat jalan besar la jalan nak ke kajang/bangi. Depan Shell dan ada jejantas. Yang menariknya gerai dia start operasi waktu tengahari. Harganya sama gak dengan satay Kajang kat medan satay tu, secucuk 70sen (ayam dan daging)..yg membezakan adalah saiz satay willey sangat gedabak besar, dan sangat lembut, dan sangat terasa rempah2nya..pendek kata memang sedap melekat la...sampaikan si Wafa pun puji cakap "mmmmmmmmmm...sedappnyaaaaaa"..itu pujian ikhlas dari seorang budak yang berumur 3 tahun..kikiki.

Ibu lebih gemar satay daging. Walaupun begitu satay ayam pun best gak. Selalunya kalau dah sejuk satay ayam akan keras, tapi satay willey tidak, tetap lembut dan lazat sekali. Alangkah bestnya kalau tokey kedai tu turut menyediakan satay kambing, lagi bestttt kottttt!!!

Kepada penggemar2 satay di luar sana, cubalah makan satay Willey, pasti anda tidak akan kecewa. Untuk pengetahuan, satay willey sudah banyak dijual di merata tempat, ibu pernah gak makan kat seri serdang sebelah restoren maulana. (ecece...promote kemain, mcm la dpt makan satay Willey free:P)





Tuesday, November 27, 2012

Pening2 lalat & Ayam Golek

Dah lama tak mengupdate..mohon maaf kepada yang selalu menjengah blogku..cewah..budget glamer katakan.

Semenjak dua menjak pemburuan yang belum berkesudahan nih, hidup ibu agak kelam kabut sket. 2,3 hari kebelakangan nih sakit kepala pulak. Nak kata tak cukup tidur, tidor terbongkang tak sedar diri. Iman bangun sekali 2 je memalam nak menyusu.

Cuma rutin pagi2 time cuti sekolah ni kena siapkan makanan untuk budak berdua tu kat rumah. Time sekolah pun ibu masak jugak, tapi tak beria bagai macam sekarang ni la. Orang dok rumah asyik nak makan ajer. Budak tengah membesar la katakan.

Semalam ibu duty jaga booth kat MAHA, MAEPS. Punya la lawak mencari booth sampai ke sudah tak jumpa. First time dapat naik tramp semata nak cari booth. Luasnya kawasan MARDI tu ya ampunnn..tak kuasa nak bawak bebudak kat situ, dengan panasnya, dengan jauhnya parking. Rasa nak tercabut je kaki. Kalau tak kerana terpaksa, tak ingin nak pergi. Dulu2 pergi melawat dalam Hall jer, oklah sebab sejuk econ bagai. Tapi semalam kami naik tramp pusing satu MARDI yang berkesudahan amat mendukacitakan. Tak jumpa kat mana menyorok booth SABE. Cari rabbit garden, jumpa lembu, kambing ajer. Last2 kami masuk tempat pameran lembu, beli susu segar! Hahahaha..amik energy nak menapak..ngengenge..

Hari ni pun masih lagi rasa penat2 dan lenguh kaki. Nak mengulur kaki kat en hubby pun tak berani sebab dia pun pergi jugak konon2 nak menjemput ibu, tapi ibu balik ngan opismate. Terlebih rajin datang menjemput tak bagitau! huhuhu..

Sebelum mengakhiri..jom layan ayam golek yang ibu masak last week. Luthfil dan Luqman dok merengek2 menuntut janji nak makan ayam golek! Ha...makan la puas2!

Ayam golek sempoii...birthday boy Wan Mohd Zulqhairi, nak makan ayam golek mai la ke Mantin yuk!


Thursday, November 15, 2012

Hari memasak sedunia!

Selamat menyambut maal hijrah 1434!

Apa azam tahun baru yer??hurmmm...ada jugak la target mau capai..tapi tak boleh nak citer lagi.tungguuuuu...:)=

Pagi2 lagi dah masuk ke dapur, tapi tak tau nak buat apa. Takde moodnya nak masak. Anak2 pulak sejak 2 hari lepas request nak makan ayam panggang. Hujung minggu lepas cadang nak buat tapi tak menjadi kerana  ayam yang dibeli telah dipotong 16! So, masak kari aje lah.

Mood nak memasak hari ini pulak ke laut. Pagi2 lagi dah lapar, sarapan pulak takde...ibu buat air milo je se mug dan minum share dengan Luqman. Luthfil pulak minum air coklat susu. Depa dok makan apam polkadot yg masih ada.

Dalam pada takde mood nak memasak, ibu dok godek buat kek coklat pulak. Tak tahu lah yang ke berapa kali..guna resepi cik yah bagi tapi memodified sket ikut suka hati asal jadi..hihihi. Ibu tambah susu kreamer sket dan guna coklat masakan yang perlu di double boil. Bukan itu sahaja, resepi ni sepatutnya kena kukus, tapi ibu bakar, guna paper cup kecik2..memang terlebih rajin la pulak. Oleh kerana lambat sgt nak habis, ibu bakar separuh acuan dalam loyang panjang. Hubby lebih suka kek bakar sebab tepinya lebih rangup!

Kek Coklat comel


Dok ghalit main masak2 kat dapur, budak2 ni kelaparan la pulak. Dok terliur dengan baki kari ikan mayong yang ibu buat semalam. Ada kuah lebih, ibu masukkan ikan mayong yang masih ada seketul. Rupanya sedap jugak ikan mayong masak kari, selalunya ibu goreng jer ikan nih. Isinya agak lembut dan manis.

Konon2 takde mood nak memasak, terus masak nasi dan buat asam rebus tempoyak ikan selar kuning. No choice dah takde lauk lain. Masing2 malas nak ke pasar, makan je lah apa yang ada.

Tetiba terlihat ada 3 ekor ikan selayang. Teringat pulak resepi satar yang ibu dapat daripada kawan yang expert buat satar. Bahan2 pun senang ajer..cuma tak cukup rukun ajer. Takpe, kita menderhaka sket2..kekeke. Takde daun pisang, aluminium foil pun jadik! Bakar dalam oven, habis cerita:)=


Satar ikan dari Mantin

Belum habis satar ikan, ibu sambung pulak dengan tart nenas.....hehehe

Hubby siap cakap...'ni bila nak rehat nih??'..tak penat ke?...ngeeeee

"Ni last, lepas ni takde apa nak masak...'

Amik kau...kater takde mood nak masak!

Tart nenas orang malas..

Hot from oven:)

Sekian sahaja main masak2 daripada saya...


Wednesday, November 14, 2012

Apam polkadot~

3 warna!

apam polkadot gebuuuuuuuuuuuuuuu....:)

Resepi:

2 3/4 tepung gandum
1 cawan gula (sepatutnya 1 1/2 cwn)
1 cawan susu krimer
3 biji telur gred A
1 sdk ovallete
3 sdk baking powder
1sdk esen vanila
paper cup

cara:

pukul telur sampai kembang, masukkan gula, pukul lagi sampai gebu. masukkan esen vanila dan ovalette, pukul sebati, masukkan susu kreamer, pukul/kacau lagi, then masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak bersama, pukul sebati sampai acuan halus dan sebati.

bahagiakan adunan kepada 3, titiskan pewarna kesukaan yang berlainan setiap bekas, kacau sebati. masukkan ke dalam plastik putih dan ikat dengan getah dengan ketat. potong 1 hujung plastik untuk memudahkan memasukkan adunan ke dalam acuan.

kukus selama 5-8 minit.

Wednesday, November 07, 2012

dating yang tak jadi:(

Temujanji nak berdating ngan en hubby dah di set sejak minggu lepas. Tup2 bila tarikh yang dijanjikan tiba hari ni dan hanya tunggu masa je kami nak jumpa si pujaan hati en bond..tetiba telefon en hubby berdering. Rupanya dari cikgu sekolah Luthfil. Cikgu bagitau yang Luthfil sakit perut.

Dengan hampanya kami pun berkejaran lah balik tengahari tadi menjemputnya di sekolah. Tak balik tengokkan melampau le pulak..kot jadi apa2. Muka monyok jer. Rupanya dia sakit perut lepas minum air susu coklat yang dibekalkan pihak sekolah. Mana tidak sakit perutnya, perut dah masuk angin. nasi tak mau makan. Penat je ibu masak pagi2 sebab takut depa lapar bila kat rumah, tapi tak jugak makan. Nak tunggu kami balik baru nak makan..itu pun kdg2 tak mau makan. eiii budak nih. Luqman selalu kena marah sebab makan banyak, yang si Luthfil ni kena marah selalu sebab susah nak makan.

Ibu ajak ke Klinik Salak pun tak mau tapi kena paksa kena ikut jugak. Dalam kereta pun dah berguling2 kesakitan. Muntah 3,4 kali keluar air jer. Doktor bagi ubat bontot dan bekalkan 2 jenis sirap untuk sakit perut dan angin. Bila timbang doktor cakap under weight suppose to kena tambah berat lagi dan disarankan untuk minum susu weight gain. Lepas ni siap la budak nih kena paksa minum susu. Dia selalu komplain tak mau makan sebab lepas makan dia akan berak2 dan dia tension bila kena marah sebab berak sepah2..kekeke.

Sekarang budak berdua ni ibu heret  lepak kat office. Luthfil dah terbongkang tidur..luqman lak memenuhi masa lapang dengan main game. Luqman steady je. Tadi masa dalam keta pun Luqman tolong sapukan minyak yuyi kat perut adiknya.."bagus Abang Long..Abang Ngah kena cakap terima kasih sebab tolong sapu minyak angin kat perut, lepas ni jgn dok melawan abang long tau!"..









Tuesday, November 06, 2012

Jom boikot produk Ayamas!

Huh! bengang je rasa bila baca paper hari ni. Rupanya produk Ayamas yang didakwa menggunakan antibiotik Chloramphenicol terhadap produk2 keluarannya especially frankfurtur ayam. Ciss..rasa teraniaya sungguh! Pagi tadi baru je masak roti sosej untuk anak2.Dah la frankfurtur tu menjadi kegemaran anak2ku. Selalunya ibu akan rebus je sosej tu dan buat roti telur berisi sosej. Luthfil Hadi dan Luqman suka sangat kalau bersarapan dengan roti sosej. Wafa pulak suka makan sosej jer.

Lepas ni ibu akan cuba merekacipta sendiri resepi membuat sosej. Hubby pun pernah request ibu untuk buat sendiri sosej sebab lebih terjamin tahap kebersihan dan kualiti kandungannya.

So, mulai hari ini say NO to sosej and nuget and tempura readymade!

Tuesday, October 30, 2012

Ban Sosej/ Roti Sosej & Cinnamon roll

Semalam ibu EL sambung cuti sebab sampai ke rumah lewat sangat, jam 5 suku pagi baru sampai ke Mantin. Bertolak dari Besut jam 11.10pagi. 16 jam amik ko! sepanjang perjalanan jammmmmmmmmmmmmmmm memanjang. banyangkan pukul 3 pagi kami masih kat highway Karak. Bersusun2 kereta bersidai tepi jalan sebab ngantuk dan letih driving. Kami pun tak terkecuali stop banyak kali sebab hubby ngantuk. Bila dah masuk KL baru ibu drive sampai ke rumah sebab hubby dah tak tahan sangat ngantuk. Ibu pun ngantuk jugak sampai sesekali terpejam2 masa sambil driving.

Oleh kerana menempuh perjalanan yang panjang dan tak cukup tidur, ibu diserang sakit kepala belah kanan, berdenyut2 rasanya.

Mengambil kesempatan cuti2 kat rumah, ibu menerai resepi buat roti yang ibu baru dapat melalui youtube. Actually dah siap2 salin resepi sebelum balik raya lagi..buku nota resepi memang sepanjang masa dalam handbag..kekeke.

Hasilnya......tadaaaa...

Ban sosej/ Roti Sosej

Kesukaan anak2

Cinnamon rolls~eksperimentasi terbaru ~

RESEPI ASAS MEMBUAT ROTI

Bahan2:

1 paket yis (mauripan)
4 sdb gula
4 sdb susu pekat
210 mlm air suam

500gm tepung gandung
2 biji telur
2sdb bread softner

Cara buatnya:
1. Larutkan yis, gula dan susu kedalam air suam. Biarkan 5-7 minit sehingga naik buih.
2. Sementara menunggu yis naik, gaulkan bread softner dengan tepung gandum ke dalam mangkuk.
3. Pukul telur sedikit, then masukkan ke dalam tepung, gaul lagi.
4. Masukkan larutan yis tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh yang licin dan tidak terlalu keras atau terlalu lembik. Uli lebih kurang 15 minit.
5. Biarkan doh selama lebih kurang 1 jam dan naik 2 kali ganda daripada saiz asal.
6. Kemudian, bentukkan doh.

Ban sosej.

1. rebus sosej terlebih dahulu, toskan dan sejukkan.
2. bentukkan doh bersaiz bola pingpong
3. Potong sosej kepada 2, balutkan dengan doh tadi. Letak atas loyang yang digris dgn butter/minyak.
4. Biarkan doh naik semula 2 kali ganda dari saiz asal, lebih kurang 1/2 jam. kemudian baru bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 20-25 minit atau keperangan.
5. Kemudian sapu permukaan roti dengan butter.

Cinnamon rolls.

1. Bentukkan doh segi empat (ibu buat bujur jer, then tarik hujung sehingga membentuk segi empat tepat). Leperkan doh menggunakan pencanai.
2. Sapukan butter dipermukaan.
3. Taburkan gula pasir.
4. Taburkan serbuk cinnamon (kulit kayu manis).
5. Gulung dengan kemas sampai ke hujung.
6. Potong doh yang digulung tu menggunakan pisau, jarak setiap potongan lebih kurang 1 inci, jangan terlampau tebal atau terlalu nipis.
7. Susun atas loyang yang dah di gris. biarkan doh naik semula sebelum dibakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit/perang.

(make sure jarak2 kan doh yang di susun dalam loyang sebab doh akan naik 2 kali ganda)

Nursing Tea

Hajat hati ingin menyusukan Iman dengan susu badan sehingga dia berumur 2 tahun secara ekslusif. Semoga Allah permudahkan niat ibu ini demi kebaikan dan kesihatan Iman.

Baru2 ini ibu berkunjung ke kedai Kasih Ibu, Bangi. Macam biasa la, tengok2 barang2 kat situ memang sangat mengasyikkan. Terpandang satu produk ni untuk boostkan susu. Ibu tak terus beli tapi balik office ibu terus google dulu baca info tentang nursing tea ni. Bila dah berpuas hati baru ibu beli.

Mula2 minum rasa semacam je sebab tea ini diperbuat daripada tumbuhan herba. Sekali bau macam daun selasih. Bahan2 yang terkandung dalam tea ni ialah anise, fennel, verbena, caraway dan banyak lagi. Memang baik untuk ibu2 yang menyusukan baby selain khasiatnya untuk melegakan perut. Rasanya?? Mula2 rasa pelik tapi lelama okey je..macam gak minum tea cina, rasa unik dan pelikkan? tea ni sedap diminum ketika ianya masih panas/hangat.

Harga RM32

Ada 20 sachet

Monday, October 22, 2012

Happy birthday Wafa! 3yo~





Roti


Semalam projek membuat roti. Ingatkan dah tak jadi buat sebab tak jumpa cari yis yang baru saja dibeli. Selepas menggeledah gobok kat dapur tu, terjumpa la jugak sepeket yis yang dah lama ibu beli..nasib baik belum expired!

Dengan berpandukan resepi yang ibu cedok dari internet, maka bermulalah sesi menguli doh. Bila dah siap uli dan nak rehatkan doh, tetiba teringat yang macam resepi tak lengkap. Rupa-rupanya lupa nak letak bread softener. Apadaaa....masa tu doh dah naik sket, dalam hati nak menderhaka ke tidak nih..lalu ibu ambil keputusan untuk tidak terlalu banyak menderhaka sebab bread improver pun tak letak jugak sebab tak jumpa kat Giant.Sepantasnya ibu capai bread softner dan ibu tabur ajer..dalam hati berdoa semoga doh roti tu tak panik atau terkejut sebab diusik secara tiba2.

Selepas setengah jam, ibu nampak doh roti elok je naik..legaaaa. Harap2 menjadi la.

Alhamdulillah..roti menjadi elok je naik. Habis satu dulang untuk menerai ajer, anak2 pun suka makan. Lain kali boleh buat lagi!

Resepi:

Bahan A
1/2 cwn air suam
1 paket yis mauripan
1 sudu makan gula
1 sudu makan tepung gandum
(kesemua bahan ini dibancuh di dalam mangkuk)

Bahan B
2 sudu makan butter cair
(ibu panaskan sekejap dalam microwave)

Bahan C
3 sudu makan gula dibancuh dengan 1/2 cawan air panas
1/2 sdt bread softner
1/2 sdt bread improver (ibu tak letak)

Cara membuatnya:

1. 3 cawan tepung gandum dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan bahan A, B dan C. Uli sehingga sebati.
2. Jika doh terlalu lembut, masukkan tepung, jika doh terlalu keras, masukkan air. Ibu just guna air bancuhan C sebab tak masukkan semua sekali, masukkan sikit2.
3. Selepas menguli sebati, biarkan doh selama sejam sehingga naik.
4. Kemudian uli sekali lagi. Bentukkan doh kecil2 bersaiz bola pingpong.
5. Susun dalam loyang. Jangan rapat sangat sebab doh akan naik semula.
6. Biarkan doh setengah jam sebelum dibakar (bila doh naik baru bakar) pada suhu 180 darjah selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga perang.

Thursday, October 18, 2012

Akhirnya bersama....




Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana Wafa dan Iman kini berada di satu tempat jagaan yang sama. Actually rasa lebih rilek dan santai kerana dapat meluangkan lebih banyak masa dengan budak berdua ni sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Memang la agak leceh sikit (dan kadang2 kecoh gak dalam keta!) sebab kena spend masa menghantar dan menjemput diorang pergi dan balik kat Serdang tu. Tapi apa yang lebih penting, sekarang Wafa dah semakin good girl, dah boleh control dan tak meragam teruk sangat. Sebelum ini Wafa agak jeles dengan perhatian yang ibu berikan kepada adik Iman.

Masa mula2 hantar je Wafa menangis, tapi sekarang ni dah semakin elok siap bersalam dan babai ibu lagi. Elok je dia berkawan dengan Haikal iaitu cucu pengasuh. Cuma sesekali dia dok merengek2 nak pergi ke sekolah ajer. Alahai, anak ibu baru berumur 3 tahun. Insyaallah tahun depan ibu hantar ke sekolah.