Tuesday, February 28, 2012

Breakfast ~ selera Kelantan

Breakfast semalam 27/2 2012 - laksam - buat sendiri.

Breakfast hari ini 28/2/2012 - Nasi kerabu Nilai 3/Bukit Mahkota - beli, RM4.30.

Kerapu 3 rasa & Tauhu sumbat

Badan sangat tak larat, tapi tetap berhati waja nak masak jugak semalam. Kami keluar ke pasar dah agak lewat, lepas ke pasar basah, ibu dan hubby terus ke Pasaraya Zemart di Mantin untuk beli pampers dan barang2 dapur. Balik ke rumah dah pukul 12 lebih, terus bersilat masuk ke dapur menyediakan makan tengahari. 
Merapu Kerapu 3 rasa
  RESEPI KERAPU 3 RASA:

2 ekor ikan kerapu sederhana besar
2 labu bawang besar - blend
2 ulas bawang putih -blend
1 inci halia -blend
4 sudu cili boh/kering - (boleh guna cili besar merah jugak+cili api)
1 batang serai (jika suka-tak letak pun takpe)
Sos cili
Sos tomato
Nenas yang dipotong kiub (beli yang dalam tin pun boleh)
2 biji tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Ikan yang sudah dibersihkan, dikelar dan dilumur garam & kunyit kemudian goreng (deep fry) - boleh lumur dengan tepung jagung kalau suka untuk rasa yang lebih rangup.
2. Tumis bahan2 yang diblend sehingga garing dan naik bau
3. Masukkan cili kering/boh dan kacau sehingga betul2 masak.
4. Masukkan sedikit gula, diikuti air asam jawa yang dilarutkan dalam air
5. Masukkan sos cili, tomato
6. Masukkan tomato yang dipotong 6
7. Masukkan garam
8. Apabila dah siap, tuangkan diatas ikan dan sedia untuk dihidang dan dingap!


TAUHU SUMBAT


Tauhu sumbat
 Nama ajer kawen ngan orang separa Jawa, tapi ibu bukan penggemar tauhu apatah lagi al tempe. Makanan/minuman yang berasakan kacang soya yang boleh masuk tekak ni hanyalah air tauhu dan isi tauhu (tau fu fa). Dulu tak suka jugak air soya, tapi memikirkan khasiatnya yang dikatakan elok untuk ibu2 mengandung, maka dipujuk tekak ni untuk menerimanya.

Sejarah bagaimana bermulanya kes tak suka sangat dengan en tauhu ni adalah sejak dari MRSM lagi. Tahu2 sahajalah, menjadi budak MARA ibarat heaven sangat la kalau cerita bab2 makan nih. Sangat mewah okey, 6 kali makan sehari maaaa...dah kira macam melantak jugak lah, nasib baik ai slim melim dulu..dulu laa..kehkehkeh.

Walaupun makan di asrama ketika itu sangat la sedap (sedap la jugak compare ngan sekolah harian biasa), tapi tiap kali melihat si encik tauhu ni dalam masakan, tekak akak nih rasa seloya semacam. apa taknya, rupa bentuk tauhu tu seakan2 selipar jepun je ibu tengok. Tak tahu lah tang mana yang seliparnya, tapi itulah yang terlekat di dalam kepala otak ni sehinggalah sekarang.

Hubby pulak memang suka sangat dengan tauhu sumbat. kadang2 dia beli, memang dia sorang je lah yang ngap dan ibu tak heran pun. Tup2 kali ini, ibu menjadi tersangatlah obses dengan tauhu sumbat. Kalau seketul tu tak cukup la, kalau beli seketul (separuh) dah 50 sen. hehehe..berkira tuh. Bukan susah pun nak buat dan bukan mahal pun tauhu tu. Kalau kat pasar baru 40 sen sebiji yang bersaiz besar, dipotong penjuru dah dapat 2 ketul, so ibu lebih puas hati kalau dapat buat sendiri..ha, ko sumbatlah sebanyak mana sayur mayur kat dalam tauhu tu, then sumbatlah banyak2 ke dalam mulut. Puas hati kan!

Kalau nak makan tauhu sumbat ni dengan sos cili biasa pun boleh gak. Tapi ibu suka buat sendiri. Dan pencicah ni juga boleh dimakan dengan keropok.

RESEPI TAUHU SUMBAT:

Tauhu - basuh, goreng sampai kekuningan, potong pepenjuru dan belah tengah
Untuk sayur - tauge, carrot dan timun yang disagat/potong halus ikut suka hati asalkan dapat sumbat dalam tauhu tu. Tauge tu takyah la nak disagat cik kak oi.


SOS PENCICAH (sesuai untuk semua jenis makanan laut, keropok, cokodok dll)

Segenggam cili kering - buang biji dan blend.
3 ulas bawang putih yang di ketuk
3 cawan air asam jawa (2 sudu besar asam jawa)
2 @ 3 keping manisan/ gula merah
Garam dan sedikit serbuk perasa

Masukkan ke dalam periuk.
Guna api perlahan, masak sampai mendidih dan menjadi 1/2
Masukkan 1 sudu sos cili untuk lebih pekat

Monday, February 27, 2012

Laksam Kelantan ~ the weekend project!

Kukus guna tapak loyang kek


Hasil yang diperolehi

Cadangan untuk hiasan:)


Selamat menjamu selera!


Yeahhhhh...akhirnya projek membuat laksam terlaksana jua akhirnya. Walaupun sekotak paper exam pelajar berjumlah 100 lebih skrip yang masih belum habis dimarking, namun semangat nak memasak tu membuak2 datang, so adalah lebih elok kiranya melepaskan gian nak masak dulu..hehehe..statement tak sedar diri sungguh. Thanks to Sis Yah yang tak jemu menjadi tok guru jarak jauhku.

Ingin ku khabarkan bahawa, inilah kali pertama aku membuat laksam. Laksam dalam erti kata yang sebenar! Sebelum ni memang dah pernah buat kuah putih tu, tapi dimakan dengan laksa. Itu tak kira kan? So, kali ini aku try buat sendiri walaupun dalam hati was2 jugak samada menjadi ke tidak. Tambahan pulak kelengkapan takde. Kelengkapan yang tak ada tu adalah tudung periuk untuk mengukus laksam. semua periuk kat rumah jenis kaca atau yang jenis ada tangkai, so memang out la kalau nak buat tempat isi acuan tu.

So, apa yang ibu buat adalah dengan menggunakan loyang untuk buat kek, tak kisahlah jd macam mana, asalkan boleh gulung dan acuannya menjadi. Oleh kerana hanya ada satu sahaja yang boleh muat pengukus, ibu guna loyang kek yang ada design tu. Hasilnya laksam ibu ada corak2 berlekuk2.

Akhirnya ibu berjaya menghasilkan 9 batang laksam hasil daripada 3 cawan tepung beras. Puas makan no!

Berikut ialah resepi dan cara macammana nak buat laksam untuk dikongsi bersama.

Selamat mencuba!

LAKSAM:

1 cawan tepung beras (so, kalau 3 cawan tepung, 6 cawan air suam)
2 cawan air suam
Sedikit tepung gandum dan tepung jagung (anggaran 1 sudu)

Cara buat:
Bancuh dalam bekas dan kacau sehingga semuanya larut. Untuk setiap kali kukus, cedokkan lebih kurang 6 senduk yang bersaiz kecil (asalkan melitupi semua permukaan). Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
KUAH:

10 ekor ikan selayang/sardin - rebus dengan garam dan asam keping
Sebiji kelapa (ambil santan dalam 4 gelas kot- main agak2 jer)
1 labu bawang merah besar
1 inci halia
Serbuk lada hitam
1@2 keping asam keping

Cara buat:

Rebus ikan, asingkan tulang
Blend dengan bawang dan halia
Masukkan dalam periuk semua bahan yang diblend tadi, masukkan santan, asam keping, garam dan secubit gula serta asam keping serta lada hitam.
Guna api perlahan dan sentiasa kacau untuk elakkan kuah berketul.

ULAM:

Tauge - buang ekor
Daun kesum - hiris
Bunga kantan - hiris
Kacang panjang - hiris
Kubis/salad -hiris
Timun - hiris

Sambal:

Blend cili kering yang diletakkan sedikit air dan garam


Thursday, February 23, 2012

Peraturan baru


Hari ini hari kedua ibu duty jaga exam. Kali ni dapat venue tingkat bawah jer. Spesial request untuk orang yang special..ecece..padahal aku dah tak larat nak memanjat anak tangga. Cumanya esok pepagi buta kena jaga kat hall..agak penat jaga exam kat hall sebab melibatkan student yang ramai. Paling tak tahan kalau pelajar undergrad exam skali ngan post grad. Pelajar-pelajar foreigner ni jenis tak makan saman..asyik nak meniru je memanjang. Pantang kita lepa sket mulalah pusing sana, pusing sini, naik juling kita dok perhati pun dia buat tak reti jer. Budak local tak berani sangat nak meniru.

Exam tadi ibu jaga berdua jer. Dapat pulak bilik yang agak mengerikan..rasanya bukan classroom sebab ibu tak pernah nampak pulak ada lecture kat situ sepanjang sememester. Ada 4 paper semuanya.  Student diploma jer dan mengambil masa 2-2 jam setengah.


Yang kesiannya, bilik tu dah ler agak berbau sebab tak digunakan, tambah lagi berbau tengok dengan bau badan sorang mamat India ni. Mulanya ibu tak perasan jugak sebab dok ingatkan bau carpet jer. Time ibu kutip slip kehadiran, baunya makin kuat bila melintasi meja sorang mamat ni. Patut la tengok amoi depan tu asyik dok tutp hidung jer dengan muka yang kelat memandang ibu..mintak simpati. Orang lain dah sibuk menjawab dekat setengah jam, dia tak start2 pun lagi..agaknya terganggu dengan bau yang kurang menyenangkan membuatkan dia hilang konsentrasi.

kebetulan, kat meja belakang takde orang, so ibu offer kat amoi tu samada dia nak oindah tempat ke tidak. Dia terkejut bila ibu offer dia pindah tempat duduk, lantas tersu bersetuju untuk berpindah. lepas tu baru lah nampak dia konsentrate jawab exam.

Hai...nampaknya hal ehwal akademik kena perkenalkan satu undang2 baru kepada student yang nak masuk dewan exam. Pastikan pelajar mandi terlebih dahulu sebelum masuk dewan agar tidak mengganggu konsentrasi pelajar2 lain.

Sunday, February 19, 2012

Ayam bersos dan gulai terung

Hari ini ibu ke pasar mencari lauk untuk juadah tengahari. Dalam kepala dah set nak masak kari terung dan goreng ayam. Tapi bila memikirkan si kecik yang tak tahan pedas kari, so ibu modified ayam goreng kepada ayam bersos supaya berkuah sikit. Hubby takde lagi hari ini sebab sibuk menyiapkan analisis research di lab fakulti.

Sejarah bermulanya ibu masak ayam bersos ini apabila  suatu hari tak de idea nak masak apa. Nak buat ayam masak merah, take time pulak nak menumis bagai. Lagipun tak mau la asyik makan pedas je budak2 ni. So, terciptalah resepi ayam bersos yang tak berapa pedas ni. Selamat mencuba!

Tumbuk bawang putih dan halia


Potong tomato

Carrot

Bawang besar (lebih sedap kalau bawang kuning)

Tumis bawang putih dan halia sehingga garing

Masukkan ayam yang sudah diperap lebih kurang setengah jam. Perap dengan sos tiram, sos cili, sos tomato,secubit garam @ perencah ayam @ hilal serta serbuk lada putih. Kacau dan biarkan seketika sehingga ayam masak. 

Masukkan carrot, tomato dan bawang besar.

Sedia untuk dihidangkan

Gulai kari terung.

Ibu memang peminat gulai kari terung atau sesetengah orang panggil paceri terung. Setiap kali balik kampung, ibu selalu request mak buatkan gulai terung.

Cara buat gulai terung sama jugak macam nak buat kari ayam, cuma ibu takde tambah rempah kasar, sekadar serbuk kari je.

Bahan-bahan:
1 ulas bawang besar -dimayang
2 ulas bawang putih -hiris
1 inci halia - hiris
Santan (sebiji kelapa)
4 sudu serbuk kari baba's
1 keping asam keping
Gula merah
Garam secukup rasa

Cara buat:
Tumis bawang dan halia
Masukkan serbuk kari yang dipekatkan dengan sedikit santan
Kacau sehingga garing
Masukkan terung
masukkan santan, gula merah, garam dan asam keping
Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau

Saturday, February 18, 2012

Jalan-jalan ke Pulau Pinang ~ Part 2

Maaf, baru berkesempatan mengupload gambar-gambar semasa bercuti ke Pulau Pinang utk part 2. Ceewah..macam la ada ramai orang tunggu...huhu

Penempatan mangsa tsunami

Singgah solat Zohor di Masjid Terapung 

Penang Butterfly Farm

Di luar pintu masuk

Kepompong 

Bersama keluarga Sis Yah

Ibu dan Wafa

Si rama-rama yang cantik

Indiana Jones yang obses peta

Luqman dan Aiman

Ikan naga

Periuk kera

Wafa

Luthfil, hubby dan Luqman

Baca map ~ tukang baca peta ni akan pastikan setiap port dilawati

Berehat seketika sambil melihat video

Kawasan pameran serangga yang telah diawetkan

Lepas kena sakat..budak ni takut lipasssssss!

haiii...tengok apa tu?

eeeiiiiii....

wowwwwwwwwww!

posing kat kumbang besar

Pantai Batu Feringgi

Kanak-kanak sedang mencari kulit siput

Pekena mee udang mavelousssss!

Singgah beli jeruk utk buah tangan.

Jeruk campuran, RM7 sekilo

Melawat Mengkuang Dam



Air sangat jernih...geram tengok ikan!

ececece..anak dara ni posing~


Permata hati ibu dan ayah

Time to passembor.