Tuesday, March 28, 2006

Otakku Berserabut

Entah kenapa hatiku asyik berdebar-debar dari pagi tadi. Banyak perkara yang merisaukan aku sekarang. Pertamanya, tentang pengasuh babyku. Semalam semasa aku ambik dari rumah pengasuh, badannya macam lembik je..tak macam biasa bersemangat. Tapi aku tak tertanya pulak mamanya. Masuk je kereta aku terus beritahu hubby. Dia yang dah memang semsnjak dua menjak ni dok desak aku suruh carik pengasuh lain..atau susah2 je hantar kat tempat abang long. Aku tak nak la buat keputusan terburu2...kalau hantar kat situ lagi la ramai budak. Kalau dia dah besar sikit macam abang long, aku tak kisah sangat sebab dah boleh jaga diri. Ni nak jaga diri macam mana, asyik dok tergolek je...ikut suka orang buat la kat dia.Bukannya dia boleh larik nyorok selamatkan diri kemana2. Kat umah mamanya nih, dah ramai budak kecik sebenarnya termasuk la anak2 dia sendiri. Aku tak de pilihan masa tuh, terpaksa jugak la hantar baby ke situ. Anak-anaknya memang suka baby aku, tapi kadang2 buat aku risau sebab anak dia tu lasak sangat. Ikut suka dia je nak buat apa...itu depan aku dia berani..kat belakang aku wallahuallam. Aku bukan lah dalam kategori cerewet sangat pasal anak aku, tapi saper yang tak sayang anak weeiii...sebelum berlaku apa2 baik aku beringat. Kadang tuh, tak senang duduk aku kat opis dok teringatkan keselamatan anak. Bukan la aku mintak pengasuhnya dok telek dia setiap masa, at least jaga keselamatan dari dilanyak oleh anak2nya dan budak2 yang dia jaga tuh.

So, pagi tadi lepas aku hantar baby ke rumah pengasuhnya, aku saje pusing2 kereta kat taman tuh. Niat aku nak survey la kot2 ada rezeki terjumpa dengan orang yang bersedia jiwa raga dan ikhlas menjaga babyku. Kebetulan aku terserempak dengan dua orang kakak yang tengah bersembang depan rumah..so, aku memberanikan diri bertanya. Biarla aku namakan kakak2 tu Kakak B dan Kakak W. Yang nak jaganya ialah kakak B. Dia ajak aku masuk rumah, dan kami berbual hampir 2 jam lebih (sempat tuh ponteng keja..) So, kalau jadik aku hantar umah pengasuh baru bulan depan. Sedang syok dok borak, adik kat opis aku tepon kata student dok tunggu kat kelas..aikkk..dalam jadual, mana aku ada kelas pukul 10am. Terkezut aku..terkococ2 aku start keta, pecut balik ke opis. Kelas subjek semalam yang aku panjat tingkat 3 tuuu..aku tanya dia samada datang tak kelas semalam, dia kata tak datang sebab ada hal. Mmmmm...kan betul telahan aku, student tak datang. Lepas nih kelas aku dah tak buat kat tingkat 3 lagi, dah buat kat opis sebab yang daftar cuma sorang je..selamat aku!

Dah bagitau hubby tentang pengasuh baru nih, dia balik umah bincang lagi. Kali ni tak tahulah macam mana..aku selalu bernasib malang dalam kes2 penjaga baby nih. Ada yang ok, tak boleh jaga pulak sebab kurang sihat. Yang nak jaga, jaga lebih kurang je sampai aku naik risau...bertahan gak la sampai setahun lebih, sampai la aku amik abang long then pegi hantar ke TASKA. Ada tuh, cakap takde jaga saper2..tapi terserempak sekali 4 orang sebenarnya dia jaga, masuk anak dia 2 yang masih kecil dah 6...haaa...pening2 aku.

Pagi tadi pulak, kakak sms bagitau aku kena bayar pinjaman JPA dalam masa 30 hari..walhal surat tuh bertarikh 17/2. Sekarang dah bape haribulan..28/3! Kalau tak bayar, potongan 75% akan ditarik balik...haaaa..lagi pening.

Hujung bulan ni jugak, opismate aku merangkap jiran meja sebelah nak resign. Cedihnyaa...Dah kurang sorang kawan. Dia resign sebab takde orang jaga anak pegi hantar dan amik anak ke sekolah. Aku kalau pitih dah banyak, nak dok umah gak la jaga anak..masalahnya pitih dok banyok2 lagi..yang ada pun makin tipih (tipis).

Oleh kerana kepala aku dah pening, sakit dan macam2 rasa lagi. Jadi untuk release tension aku, aku balik la umah sat...jumpa 'seseorang' yang aku rindui..ohhhh..siapakah itew..wachaaa..ada laaaa...semalam tak jumpa, terkilan sungguh!

Monday, March 27, 2006

Gayat wooo...!!!

Kuliah aku untuk subjek kedua bermula jam 2pm. Aku bergegas ke bilik kuliah di blok A2 tingkat 3 (diulang 18x..tingkat 3 cik kak weeeiii!!!) walaupun terlewat beberapa minit. Naik semput aku rasakan setelah sekian lama bercuti panjang. Aku daripada dulu sebolehnya cuba mengelak daripada memanjat tangga ke tingkat yang tinggi2 nun di awan biru. Selain daripada boleh mengakibatkan lutut2 ku longgar dan bergoyang, aku juga merupakan spesis yang gayat jika berada di tempat yang tinggi. Rasa macam bangunan mau runtuh je...adeeeiii..pening palo den hah... badanku seolah melayang2 ditiup angin sepoi2 bahasa..(ceeewah bermadah kunun, padahal aku dah rasa nak termuntah pasal penat sangat!)

Bukan main rushing aku panjat tangga tuh, malangnya satu makhluk bernama manusia pun tarak. Adakah kesalahan aku yang telah terlewat atau memang depa tak datang. So, aku buat kesimpulan sendiri la..depa tak datang. Beberapa ketika aku tunggu kemunculan mereka, namun mereka masih belum menampakkan batang hidung dan anggota2 badan yang lain..tidak la aku rajin menunggu lama seperti bulan rindukan pungguk..oppsss..silap..pungguk rindukan bulan, lalu aku menyusuri anak tangga..balik opis la..apa kejadah aku nak tunggu kat situ lelama!

Badan aku dah rasa lain macam..seram sejuk je kaki tangan. Kepala dah penin2..aku mabuk tempat tinggi ke? (ada ke orang mabuk tempat tinggi?)..Yang nyatanya aku capek yang teramat. Lepas nih akan ku coba memujuk PP sekolah agar aku dapat kelas lain yang lebih rendah tingkatnya. Aku lebih rela menapak jauh ke blok lain daripada memanjat tangga sehingga kembang kempis idungku!! Awwww!!!!

Balik je opis, aku solat Zohor..then aku tertidur keletihan.Nampaknya malam nih aku terpaksa amik MC daripada bertugas di dapur. "Kita nak dinner kat mana malam ni bang"?

~Dah la ari ni aku tak leh tengok Ara & Christian berjumpa..tension makcik nih!

Sunday, March 26, 2006

Santai...







Cuti hujung minggu kali ni kami tak kemana2..just bersantai aje di rumah.Lagipun keadaan hubby ku yang kurang sihat..serta keadaan ekonomi yang agak gawat...jadi untuk lebih selamat, dok umah aje lah ya senah.Hujung minggu ni kami berkesempatan untuk berkemas2 apa yang patut, aku turut tolong jugak, tolong tengok aje laaahh..sebab hubbyku yang volunteer nak berkemas. Tima kasih ye bang..

Esok kuliah bermula. Bagaimana la aku nak mengajar setelah sekian lama bercuti panjang lepas melahirkan puteraku yang kedua. Yang pastinya, aku kurang bersemangat sket dengan pelajar2 dari I** ni...banyak makan hati berulam jantung. Kalau ikut pengalaman2 yang lepas la..depa ni banyak main dari belajar.Entah laa..semoga aku berada dalam golongan orang2 yang sabar.

Okeyla..takde apa cerita. Aku selitkan beberapa keping gambar terbaru babyku. Gambar kami sekeluarga tak boleh dikeluarkan atas sebab2 tertentu...sensored beb abang long!

Thursday, March 23, 2006

Apekebenda punya silibus & macam2 cerita!!!

Hangin betul aku bila dapat silibus yang ntah apa2 tu. Rasa mau ku makan2 itew punya kertas. Nasib baik aku masih waras. Aku ditugaskan untuk mengajar subjek baru. Tapi bila nengok topik2nya, mak datuk..macam orang tak sekolah yang buatnya. Tu la, lain kali jangan bodoh sombong. Pandai mandai buat tak tanya khabar orang yang arif tentang bidang ni. So, sape yang susah? Aku leerrr..sebab aku yang ngajor subjek nih..!!Aku bukan aper, nak prepare nota satu hal la..yang kesiannya student la..mesti depa bengong sebab susunan topik dan subtopiknya yang berterabur tuh. Depa tu memang dah sedia 'kureng' sket...nanti bila dapat result..apa2 hal..akuuuu gak yang kena jawab! 'Pakcik, makcik dan suku-sakat' kat depan nuu, bukan depa tau apa pun. Yang depa tau nak carik salah kami je.

Mmmmm..aku sebenarnya banyak keja kena buat nih..tapi angin rajin pulak datang nak mengupdate blog. Nak citer pasal nasib ibu bekerja sket macam aku nih. Kadang kesian anak2 yang ditinggalkan. Macam aku contohnya, abang long aku letak kat TASKA, baby aku letak kat umah orang. Hantar pukul 8am, amik dalam kol 6 petang...10 jam!!! Bila pikir2 balik, lebih lama anak aku berada ngan orang daripada bersama kami sendiri. Bila malam pulak, abang long sibuk ngan Teletubiesnya kat bilik, baby tido. Aku sibuk tunggang tebalik kat dapur..penat2 pun masak oiii..kalau asyik nak makan kat luar, tak selera tekak nih..tambah hujung2 bulan (pepaham je la). Lepas dinner, masing2 dah penat, anak2 dah tido..kami pun tido la...esok keja lagi. Baby aku biasa bangun pukul 3 setengah pagi nak minum atau membuang. Mata pun ngantuk..takkan nak main ngan anak pukul 3 pagi. Esok keja weeeiii..tak cukup tido, asyik nguap je la kat opis.

Rutin hidup aku setiap hari sebagai isteri dan ibu yang bekerja memaksa aku untuk ligat. Macam tak caya je aku tentang life aku sekarang. Pagi2 p hantar husband dan anak2 ke destinasi masing2. Abang long aku hantar ke TASKA yang berdekatan dengan tempat keja aku, then p hantar husband ke komuter yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit pegi balik, then pegi hantar baby ke rumah pengasuh yang mengambil masa 15-20 minit gak. Last sekali baru aku masuk opis. Petang gitu gak, amik baby, husband baru abang long. Sampai rumah belum boleh duduk2 berehat. Lepas mandi, solat maghrib, masuk opis kat rumah pulak. Ktung!Ktang!Ktung!Ktang masak. Masak ala2 koboi jeerr..Dalam masa tak sampai satu jam kadang aku boleh siapkan hidangan makan malam..kalau takde gangguan iklan dari anak2ku itew yang tolong menyibuk kat dapur! Sib baik cik abang jenis tak cerewet. Kalau banyak songeh..kena masak sendiri la. Kalau dia yang masak, usah kata aku, abang long pun tak mau makan...hehehe..hubby aku tak reti sgt masak..walaupun arwah mak dia dulu tukang masak kat rumah orang kawen. Tapi dia tau la resepi nak masak. Aku banyak tanya dan belajar dari dia tentang masak-memasak nih especially masakan favourite dia...asam pedas!!

Sekarang nih, aku tengah risau tentang kesihatan hubby. Dia telah disahkan diabetis tahun lepas. Baru2 nih dia pegi check kat klinik, bacaan naik lagi...tinggi la jugak. So, aku la yang dok jaga control makan dia..depan mata aku, boleh la aku kontrol, kat belakang aku, tak tau la dia ikut ke tak. Kadang kesian nengoknya, masa mula2 kawin dulu, gemok gak sampai seluar tak muat. Sekarang dia selalu merungut seluar dah longgar. Makan pun tak leh suka hati..kena pilih2 gak nak makan apa. Semalam dia mintak aku carikkan daun betik, nak makan buat ulam. Tapi satu pasar aku carik takde. Yang ada cuma pegaga je. Orang kata pegaga pun boleh buat ubat kencing manis. Penah aku blend pegaga+air secawan, then tapiskan bagi dia minum. terkulat2 jugak la nak habiskan 1 cawan tuh. Malam tadi menunya peria goreng sambal. Yang bagusnya hubby aku, dia boleh telan benda2 pahit macam peria, pucuk betik. Aku???..hehehe...mintak maap la..tak leh telan. Masa dalam pantang ari tu pun, cukup liat nak telan benda2 pahit nih. Mak aku buatkan air daun 'cemu'..patut 3 pagi kena minum, tapi aku cuma sekali je..hehehe...itupun tak abih..Lepas tu kena bebel laa..ha!ha!ha! padan muka aku kannnn..

Nampaknya sekarang aku kena jadik penasihat pemakanan untuk hubby (walaupun aku sendiri ntah apa2 makan...hahaha!)...tapi setakat hari ni, dengan aku sekali dah terikut2 diet dia. Pagi dia makan quaker oat, memalam kadang tak makan nasik, makan sayur atau lauk je..aku bila dia tak makan, otomatik aku takde selera gak nak makan. Sebab tuh skrg aku nampak macam slim sket..heheheh..perasan!..padahal aku sekarang tengah pakai satu produk nih. Halle nano..cukup berkesan pada yang mau turunkan berat badan dan untuk kesihatan..macam sakit tulang belakang, sakit pinggang, sakit perempuan dan macam2 lagi keistimewaannya.Ehhh..dah melalut ke iklan la pulak. Okey..aku nak sambung keja aku yang belambak nih...lain kali kiter citer lagi..

Monday, March 20, 2006

Argghhhhhh....!!!!

Sudah lama rasanya aku tidak mengupdate blogku ini. Opppsss..sudah ada tanda2 virus nak terkubur nampaknya..tapi bukan virus HFM tau..mintak jauh anak2ku.. Tapi akan kupertahankan sampai ke akhir hayat blogku ini. Tak kuasa aku nak buat blog baru walaupun rupa blogku ini tidaklah menawan sangat.

Sebenarnya last week aku bercuti panjang..setelah dipaksa oleh bosku untuk menghabiskan cuti tahun lepas yang masih ada 9 hari. Ada kee..aku baru je lepas cuti 2 bulan lebih..dia suruh aku bercuti lagi..kalau boleh pegi jalan2 cuti2 malaysia oklah jugak..ini cuti2 dok umah. Boring giler!!nasib baik ada 'sesuatu' yang boleh mengujakan aku untuk terus melepak kat rumah. Hubby ku macam biasa la..sibuk manjang..kebetulan pulak kedua2 heroku kurang sihat, selsema, batuk dan macam2 lagi la...termasuklah aku yang kena ulser mulut..perghhhh..!!.sakit tak terucap...memang tak leh cakap banyak la..Tambah bengang lagi bila ada orang yang cukup ramah ajak aku berbual2 time aku macam nih..Kita cakap sekali pun dia tak dengar..memang nak kena laaa... Untuk elak dari aku sakit nak bercakap, aku hanya mampu tersenyum sumbing je kalau orang nak beramah mesra dengan aku. Keadaan aku macam nih membuatkan aku malas nak mengupdate blog..Nikmat makan pun dah ditarik balik. Agaknya masa sihat aku bayak cakap kot. Orang kata, kalau kita banyak cakap yang sia2..byk la dosa kering yang dikumpul. Agaknya Tuhan nak selamatkan aku kot dari buat dosa kering..ngumpat ke..gosip ke..kuang!kuang!kuang! Ish..idak le kuasa aku nak jaga tepi kain orang. Tepi kain aku pun senget lagi.

Sakit ulser masih bertapak kat lidah ku membuatkan aku kelu seribu bahasa.Nak bercakap pun macam budak baru belajar bercakap. Camner nih, next week dah kena start ngajar. Takkan nak amik mc kot.Maunya 'pakcik, makcik dan suku sakat ' tuh marah kalau aku awal2 dah MC. Kat tempat keja aku nih memang susah sket kalo nak cuti time ada kuliah. Tapi aku kadang otai jugak..tak leh skema sangat.Sekali sekala kena ganaz sket.

Kepada sesape yang ada petua nak ubatkan ulser mulut, boleh la bagi kat kiter ya. Ke klinik aku dah pegi, macam2 ubat doktor tu bagi tapi tak jadik gak. Minum banyak air sampai asyik ulang alik ke toilet je. Bibir pun dah kering nih..perit. Letak garam?..hehehe..hubby ku ada soh letak garam..tak sampai ati lagi nak letak...sakit woiii..mintak2 pasni elok laa..

Friday, March 10, 2006

Baby Muhammad Luthfil Hadi




Inilah dia orang baru dalam familyku...semoga sihat2 dan dilindungi olehNya..
Hari pertama lahir ke dunia jam 5.10pm, Jumaat, 30 Disember 2005, HUSM Kubang Kerian.
Ibu dah boleh keluar wad..tapi baby kena stay lagi kat spital coz ada jaundice..2 hari kena tahan. Hari2 kami pegi lawat..jauh pun jauh la..
Kini, umurnya dah 2 bulan 23 hari..dah pandai senyum dan ketawa mengekek bila diagah atau diajak bercakap. Aku dah bagi dia makan nestum..nampak macam lapar je. Abang long dulu jenis susah nak makan, tapi luthfil ni jenis yang tak kisaaahh..

Tuesday, March 07, 2006

Keciannyer dieerrrr....


Alahai...abang long jatuh katil pagi tadi.Gedebuk bunyinya macam durian luruh. Aku dah agak dia akan jatuh sebab dia tido tepi katil kat belakang aku. Aku dok sibuk menyusukan baby, dia dok menyempil kat belakang. Abang long kalo bangun malam tengok aku takde kat sebelah dia.. dia mesti pegi carik aku..Tak kira la kol bape dia bangun. Ni ntah kali keberapa dia jatuh katil.Kali ni sakit kot..tersembam muka!Jatuh lak atas simen yang dilapisi oleh karpet nipis itew..Nangis gak la sekejap...tak tau la kot kemek idungnya yang tak berapa mancung tuh..hehehe..tapi kontrol macho gak..naik katil terus pejam mata, peluk baby sambil gentel telinga baby..Mentang2 la baby tak leh lari..'Buuu..tolong! baby geli la along gentel telinga baby'...(agaknyer anak aku akan cakap gitu kalo dia dah pandai cakap sebab aku nengok keningnya berkerut semacam jer!)

Tadi seronok tul dapat tahu khabar tentang besfren yang dok kat UK (bukan Ulu Klang, U.Kingdom laa..)Dia pun baru bersalin gak dapat baby girl. Yang aku kesiannyer, dia berjauhan daripada keluarga.Nasib baik ada suami yang caring dan baik. Saboor ye Danie..hang berpantang elok2 no..jangan dok makan yang bukan2..yang sejuk, yang berangin..kang bentan..susah..saper yang susah?Laki hang gak yang susah nak carik tukang urut, tok bidan aper yang ada kat UK nuu...Kiter tau la..dulu hang cukup suka ngan teh ais kat padang matsirat tu (lupo la apa nama kakak kat kedai tuh yang best giler buat teh ais, hang kalo tak pekena teh ais dia..tak lena!!)..kalo takde batu tungku..hang pakai je sterika tuh buat tungku perut..ekekeke..kita dulu pun pakai sterika gak. Mak bidan dia p dok sterika perut aku..masa tuh aku kena operate bersalinkan abang long.Kali ni bersalin normal, tak pakai sterika dah..batu tungku asli yang ntah mak aku amik kat sungai mana. Ada sebijik tuh berat giler, dekat 3 kilo ada kot.Aku maleh tol kalo kena tungku guna yang berat nih. Selalunyer aku kena sound dulu, baru aku rajin bertungku.Lepas dimomokkan nanti jadik itu, jadik ini..baru aku rajin p bertungku. Selalunya aku mengada2 soh dia buatkan.Bila balik umah sendiri, pepandai la bahagikan masa..Penah masa baru2 dalam pantang tuh, mak aku bagi minum air daun apa ntah..tak best langsung!!tobat tak mo minum dah.Udah namanya obat..kalu sedap, bukan namanya obat..namanya mudarat!Tapi ubat ni mujarab la..bagus untuk luka2 dalam, kecutkan peranakan dsbnye la yang aku tak tahu..mak soh minum, aku minum je la..sekali tu je la aku minum, patutnya lagi 2 pagi..tak mo den...tak tau nak cakap mcmana rasanyer..tak tergambar oleh kata2 betapa ketidakbestnyer itew!

Monday, March 06, 2006

Aku dah bosannnnn....


Hahaha...aku dah bosannn...aku dah bosannnn...bosanku bukannyer aper...bosan dengan komputer yang lembab tahap cipan niihhh..Orang lain dan edisi ke berapa, kat opis aku, kiranya dah boleh buat tukun.Agak2nyer ikan pun tak mo duduk kalo wat tukun pun...ekeke..tak bersyukur tul aku..astaghfirullahhh!!!

Aku sebenarnya baru hari ke 4 masuk opis..setelah lama berehat selama 2 bulan...bersalin. Masa bercuti kat kampung, rasa tak sabar nak masuk keja.Alih2 dah masuk keja rasa cam tak betul je..Otak cam jamm gitu.Nak pegang pen pun rasa kekok.Almaklumlah..dah dok umah asyik dok belek si jantung hati je.La ni dia dah kuhantar ke umah pengasuh..walaupun berat hatiku nak berpisah.Takpe..petang ni ibu amik yer sayang.Baby ku dah 2 bulan, makin sihat dan montel..

Abang long sekarang dah kuat merajuk..Apa taknyer..asyik2 baby je. Selama nih tumpuan kat dier sorang, skrg dah beralih arah. Bila diperhatikan, dia kadang2 nak tarik perhatian ibu dan ayahnyer.So, ada la yang dibuatnyer supaya orang marah.Bagi orang yang melalui pengalaman nih, tau la kan..kadang2 tak terlayan gak..Bila dah 'kena'..kesian gak la..membuatkan aku mengalirkan air mata.."Maafkan ibu ye nak..ibu tak sengaja 'tercubit'...along jangan nakal2 lagi"..Udah namanya budak, kejap je dia ingat..sok2 dia buat lagi..sabor aje laaa..

La ni aku hantar dia ke TASKA dekat dengan opis. So, pepagi la dia kena bangun. Kadang tu kesian aku nengoknyer, mata tertutup, tapi kaki berjalan masuk keta. Malam2 tido lewat dok ghalit nengok kartunnyer.Selagi kami tak masuk tido, selagi tu la dok melayan Bob The Builder la, Pocoyo la, Olie, Polie..ntah apa sekor lagi tuh..naik bosan kami..dah boleh hafal dah amendenya cerita2 selanjutnya..Yang aku heran, tak pulak dia boring eekkk tengok benda sama..kata orang..aku pun macam tuh gak..La ni, dok gian nengok 'Sanay Wala Nang Wakas'..dulu masa aku dalam pantang abang long, nengok citer Pengako Sayo. La ni pantang baby citer ni lak..aku minat tul dgn Jericho dan Kristine tuh..Lawa dan romantiknyer depa tuh..

Rutin harian la niih..hantar abang long ke TASKA, antar ayahnya ke komuter, pastu antar baby umah pengasuh lak...then, baru la aku masuk opis.Macam tu la tugas aku hari2 sekarang..Belah petang gitu gak..Letih??? ..letih gak la sket2..terkejar ke sana,ke sini. Balik umah, tak sempat duduk, tukar uniform masuk opis dapur pulak. ..haa..bersilat la aku dengan periuk belanga, kuali..ktung!ktang!ktung!ktang! Masak sempoi je la..orang kata masak main campak2 jer..Nasib baik cik abangku jenis timbang rasa.Tak kisah masak apa pun..takde la banyak songeh sangat...sebab dia tau dia tak reti masak! (Walaupun arwah mak dia tukang masak katering) Kang kalo banyak cakap, tak pasal2 'mem' soh dier lak yang masak!"Tak pe la bang..abang kalo nak masak, masak nasik ngan masak air je, yang lain biar ibu masak...(hehehe..takut nanti kalo dier masak bukan kata aku, abang long pun tak mo makan...kureeeng sedap)..jangan marah ye baaang...

Setakat nih, belum start ngajar lagi, subjek yang selalu aku ajar tuh dah pass kat orang lain, so, depa sambung sampai ujung semester la.Aku la nih dok buat satu projek...ekeke..projek memblog la..jeles I tengok orang lain punya blog.Sementara lom buzy, aku buat2 la buzy..kang orang kata aku takde keja lak..ahaakkss.ampun bosss.

Saturday, March 04, 2006

en. selsema datang

Tanpa diundang..en selsema dtg menyerang anak-anakku..oh..kesiannyer..mula2 abang long yang kena,dah masuk 3 minggu tapi tak baik2 lagi..la ni anakku yang kedua pulak yang berjangkit.Apa taknya, abang long asyik dok cium baby je..takkan kami nak larang dia nak cium adik pulak.kang konpius dia apahal mak aku tak bagi cium adik..kata kalau sayang adik, cium adik..serba salah den!

Baby baru

FYI, aku dah selamat dikurniakan anak kedua..yg first dulu boy, adiknya pun boy jugak.Takpe la, dah rezeki dapat dua hero.Lain kali cuba lagi dapat heroin lak..ahhaaaksz!!ada ati nak lagi tuh.Ari tu masa bersalin kemain lagi.."Dr, saya dah tak tahan sakit ni, operate la saya..."!dengan muka tak malunya aku soh operate.Dr tu dok gelak kat aku je..orang lain nak normal,awak nak operate..nanti tak boleh beranak reramai..rugi la tak boleh ramaikan rakyat Malaysia.Aku jawab apa.."tak pe la doktor, dua pun dua la..saya dah tak tahan sakit ni"..depa ramai2 dok nasihatkan aku soh bersabar...termasuk la cik hubby aku berkomplot dengan doktor suruh aku usaha la meng'push'..dan aku nyaris2 nak kena vacuum..benda alah tu dah dok atas perut.Aku dah cuak,Entah dari mana datang tenaga aku untuk push sekuat hati.Maka..keluar la dia seberat 3.78kg. Doktor tu lambakkan atas perut aku..mak aiii..semangat..bulat dan montel.1st2x yang aku nampak adalah 'anu'nya..mmm..alhamdulillah..boy lagi..walaupun kami kepingin nak girl pulak..Dan ramai pun yang dok ramal aku bakal dpt baby girl..(termasuklah 2 org bidan yang aku jumpa). Aku pun sebelum balik kampung cuti bersalin tu, dok tengok kalendar cina samada baby ni boy ke girl..Dan menurut pengiraan, aku bakal dapat girl sebab pregnant bulan April.Ciittt!!!memang tak leh caya tull!!Mak aku tak caya aku dapat anak lelaki, sebab dia kata sebijik macam muka aku masa aku kecik dulu. Dan oleh kerana kekonfiusan doktor gak, menyebabkan dia tulis report kelahiran kat buku merah tu dibahagian jantina tu:P!!Anak aku boy la. Nasib baik surat beranak yg hubby aku buat tu betul Boy..kalau tak masuk paper lagi..hehehe..tak mo aku glamer..cian anak aku.

Dan kini, anakku yang kedua tu dah berusia 2 bulan..dah pandai senyum bila diagah..
Semoga jadik anak ibu dan ayah yang soleh ya...

Cubaan Kali Ke-3

Kali ni masuk kali ke3 cubaan aku untuk buat blog sendiri..teruja tgk blog kengkawan punya blog especially uda..namun aku tidaklah mempunyai keteroran utk blog secanggih dan secantik blog dia..penah gak dok tanya dia mcmana nak buat..la ni akan kuusahakan sendiri membuatnya..bukan apa..mukaku (walaupun dia tak nampak!) dah naik tebal asyik dok tanya benda sama..

Kali ni tak tahula sampai bila aku blh bertahan utk mempertahankan kewujudan blog ini..cubaan kedua dulu..aku lupa pasword!hampeh betul..

ok..selamat menyertai club blog...dan semoga aku ditetapkan iman dan kesabaran yg tinggi utk mempertahankan blogku ini...amiiiinnn.