Thursday, December 21, 2006

Kembali ke sekolah

Semalam kononnya aku mohon cuti untuk menonton CINTA bersama hubby. Tapi rancangan kami tak kesampaian lagi apabila ada beberapa kejutan yang berlaku pada hari Selasa menyebabkan kami terpaksa melupakan hasrat untuk beronggeng di Mines.

Hujung tahun ni, 30hb Disember merupakan ulang tahun yang pertama buat Luthfil, anakku yang ke2. Tapi nampaknya kami menyambutnya awal daripada jangkaan..hari jadi yang disambut tanpa kek, tanpa makanan..hanya sebatang lilin yang besar dan panjang berwarna putih..Ohhh..apa maknanya?..hehehe..abang long tak putus2 nyanyi Hepi Birthday kat adiknya bila aku nyalakan lilin. Dia ingat..nyala lilin je, hepi birthday..padahal kat umah kami takde letrik!!!

Selepas menyetelkan beberapa hal kat Nilai, aku dan hubby bergegas ke U*M. Aku nak jumpa kawan kat bahagian SPS. Dalam hati aku masih macam tak percaya yang aku akan kembali menjadi budak sekolah..huhuhu..lepas ni macammana la keadaan aku..boleh tak aku bahagikan masa, dengan kerja, dengan belajar, dengan suami dan anak2. Tapi hubby dah janji nak bantu aku. Aku dah bersyukur banyak2 sebab dia nak tolong...sekurang2nya sokongan mental dan memahami keadaan aku pun dah kira baik.Tapi yang aku nampak, dia lak yang teruja bila aku nak sambung belajar...Syukur Alhamdulillah...mak aku kat kampung pun merestui..siap nak sponsor lagi tu. Itu yang membuatkan aku cukup terharu. Semoga ada perubahan ke arah yang lebih baik kepada keluarga kami sempena penghijrahan aku ni. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. Hopefully...

Semoga Alah mengurniakan aku kekuatan, kecekalan, ketabahan dan kesabaran buat kami semua untuk menghadapi semua ini. Amiin.

3 comments:

Idham said...

Wan...:) best wishes mengahadapi kuliah dan zaman 'budak sekolah' kembali...

for me, one of happiest time was time in school and college...

i pray for ur success!

abg idham

Idham said...

and....

1. selamat hri raya aidiladha
2. selamat tahun baru

:)

idham

WanShila said...

thank u for ur support...I tak tahulah macammana..berdebar gak nih. Ntah2 otak dah tak leh jalan.

Untuk Abg Idham & family;

Selamat Hari Raya Aidii Adha & Hepi New Year.