Tuesday, June 30, 2009

Tahniah!

Diucapkan tahniah kepada Zura kerana selamat melahirkan anak kedua, baby boy seberat 3.8kg pada Ahad malam yang lalu. Semoga anda berdua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi Allah SWT selalu.

Doaku agar Zura tabah menghadapi dugaan dan ujian mendatang. Dengan kurniaan Illahi ini..mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

Thursday, June 25, 2009

Takziah

Salam takziah buat bekas pelajarku, Intan Zuhrah dan keluarga diatas kembalinya ke rahmatullah Ayahanda tercinta Hj. Ramli. Semoga tabah menghadapi ujian ini dan doa kami agar rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.

Kena cekup!

Sudah acap kali aku dengar kes-kes pelajar yang kena cekup kerana didapati berdua-duan di dalam satu rumah/bilik. Baru semalam ada sorang bekas pelajar aku mengadu yang rumahnya diibaratkan hotel apabila sering dikunjungi lelaki-lelaki (bf) housematenya. Nak ditegur, katanya takut.

Nak dijadikan cerita, semasa aku baru keluar rumah untuk ke opis pagi tadi, aku terserempak dengan seorang felo asrama dan pak guard yang sedang mengiringi sepasang kekasih yang ditangkap dalam rumah kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

Sebelum ni pun kakak jiran depan rumah aku selalu mengadu yang rumah atas selalu buat bising sampaikan dia tak boleh nak tidur.

Dah kena tangkap dengan pihak asrama ni..tak pasti la apa tindakan yang bakal menyusul. Yang pasti aku tengok sekarang, pelajar semakin berani kerana penguatkuasaan ke atas pelajar yang ditangkap berdua-duan ni tak berapa berat sangat.

Wallahuallam.

Friday, June 19, 2009

Durian


Semalam routine check-up. Alhamdulillah lepas..urine test ok, takde gula. Cuma timbangan berat badan aku naik. Ntah2 alat timbang tu rosak kot..hahahha..sepatutnya trisemester kedua ni, kenaikan cuma 1/2kg ajer..tp semalam naik 1.5kg. Perghhh..
On the way ke klinik tu..dalam kepala aku dah ada angan2 nak makan durian. Asyik tengok jer kiri kanan jalan orang jual durian..mana aci kan?
Rupanya hubby pun teringin sama gak...hehehe..selalu kami mempunyai instinct yg sama..macam ada telepati gitu..huhuh. Aku bukan lah dalam kategori 'hantu durian'..setakat nak penuhi keinginan jer..makan bukan banyak pun.
Dan2 jer kat tepi jalan aku nampak ada untie tu baru tengah longgok2 kan duriannya..agaknya baru keluar dari kebun kot. Masih panas lagi nih. Hahaha..apa lagi..makcik nih dengan penuh ayunya buat U-turn. Aku stop jer kereta, ada la pulak mamat 2 orang naik motor tu stop jugak. Kacau daun btol la.
Bukan selonggok, tapi 2 longgok aku borong! Isi durian tu..hulammaakkk..marvelous! Kuning, isi tebal, dan manissss sangat. Aku makan 6 ulas jer..hehehe..tak banyak kan?

Wednesday, June 17, 2009

aku yang kempunan!

Tika dan saat ini air mataku bercucuran lagi seperti yang pernah berlaku 6 tahun dulu bila hajat hati tak dipenuhi

Baru tadi aku call adikku yang akan datang ke KL petang nanti..dia cakap beli keropok lekor kat tempat lain, bukan kat Pasar Jerteh seperti yang aku pesan! Arghhhhh...sedihnyerrrrrrr....tak mau yang tempat lain, nak kat Jerteh jugakkkk...dah ler semenjak dua menjak ni aku dok menghitung hari dia nak datang bawak kiriman aku..ish..iskk..sob.sob..sob..sedih weiii..



Manyak sedih nii...huhuhu...(sambil bercucuran air mata nih...waaaaa...aku menangis lagi...)

p/s: saper2 nak balik Besut, habaq kat kiter yer..nak kirim!

'Abang Luthfil'

Bergaya dengan SG ayah
30 Disember yang lalu, genap usia 4 tahun anakku yang ke2, Muhammad Luthfil Hadi. Kalau ikut tarikh lahir, baru 3 tahun setengah, kalau ikut tahun dah masuk 4 tahun. So, tahun depan dah boleh ke sekolah. Pernah skali dia beria nak ke sekolah TADIKA bersama abangnya, so, aku try test la. Huhu..rupanya semangat dia tak cukup kental lagi..time aku nak balik, dia pun sibuk nak mengikut jugak. Kalau nak diikutkan, dia lebih berani dan lasak dari abangnya.
Hobinya sekarang adalah menonton TV channel 613. memang kami takde chance la nak tenok HBO ker, nak layan citer2 movie ke kalau diorang yang conquer dulu. Selalunya Luqman yang akan meggunakan adiknya kalau aku atau hubby yang ubah channel..sebab dia tau kami tak layan kalau dia yang request! Hahaha..jahat kan?
Sekarang dia dah pandai mengira 1-20 dalam kedua2 bahasa walaupun kadang2 tertinggal 1 @ 2 angka. Selalunya time balik rumah dia akan menapak anak tangga sambil mulut becok mengira anak tangga satu persatu. Dia juga sudah mengenal huruf ABC atau 1,2,3. Sekarang dah mula meneroka ejaan pulak.
Benda yang paling dia suka eja ialah 'pokok'..tapi bila menyebutnya jadi 'potot'! Pantang kalau naik je kereta, sebarang objek yang melintas di depan mata, dia akan suruh aku eja..then dia akan ikut. 'Ibu, eja kereta, eja daun, eja traffic light'!. Aku rasa dia banyak terpengaruh dengan rancangan 'Word World' la..memang rancangan tu sangat bagus untuk perkembangan pembelajaran kanak2. Luqman pun banyak dapat vocab daripada situ. Little Einstein juga bagus, kanak-kanak boleh belajar mengira, Mickey pulak byk ajar tentang benda, warna , count etc.
Luqman selalu bengang bila dia tak pandai nak sebut 'g-o-r-i-l-a' (thoghila!). Huhu..macam la dia kecik2 dulu tak pelat. Puas aku terangkan yang adik masih kecil+pelat lagi. Nanti adik belajar la pelan2. Satu lagi huruf yang aku perhatikan dia susah nak sebut adalah 's'..'satu' jadi 'thatu'!
Biasanya kalau dia nak minum susu, best fren dia mesti ada kat sebelah. Memang tak boleh nak berenggang langsung. Pernah suatu ketika, aku curi2 bukak sarung dan basuh. Bila dia tengok jer bucuk dia tak berbaju, mulutnya bising mencarik. Bila dia nampak jer sarung tu tersidai kat ampaian, terus diambil dan dicium2nya.
Sekarang kami dah mula membiasakan diri dengan panggilan 'abang ngah'. Yang kelakarnya, dia cakap..bukan 'abang ngah' la..Luthfil! Dia tak mau dipanggil abang ngah, kalau Abang Luthfil takper...dan dia masih lagi perasan nak dipanggil adik!

Tuesday, June 16, 2009

rindu

rindu suatu ketika dulu
rindu zaman persekolahan
rindu zaman pengajian
rindu saat gelak ketawa dan menangis
rindu pada kawan2 lama
dan orang tersayang
yang sentiasa didoakan
berbahagia selalu hendaknya
Semenjak dua menjak nih, selera makan ku menjadi2 pulak. 2 minggu lepas kantoi lagi..berat melebihi yang sepatutnya dan urine test pun prolem. Mana tidaknya, pagi tu pekena roti canai+teh tarik. Phewww!

Minggu ni terpaksa la aku menapak ke klinik lagi..agak2 kantoi lagi tak? Huhuhu..sendiri mau ingat maaa..

Sejak 2 minggu lepas mengidam nak makan kerabu pucuk paku + kerang. So, awal2 pagi Ahad tu, kejutkan hubby mintak dia ke pasar pagi Branang. Frustnya..pucuk paku takde..tak tau la samada takde dijual ke atau dah habis dibeli orang. Yang ada cuma pucuk paku merah..kalau kat Besut kami panggil pucuk niding...best kalau dibuat bubur lambuk.

So, hubby tanya nak beli ke tidak...hehehe..aku faham sangat la tu..tanya ada makna sebab dia pun suka bubur lambuk pantai timur nih. Borong sakan ler.

Juadah hari minggu tu banyak bukan main. Selain dari bubur lambuk, aku masakkan daging dendeng dan kerabu resepi ciptaan sendiri. Bila dah ada bubur lambuk, aku dah tak pandang yang lain2.

Hari ni terasa nak makan cheese tart la pulak~:)

Monday, June 15, 2009

Pak Ya

1. Sabtu lepas, ketika sedang khusyuk mengikuti Workshop on Examination Question Paper Setting & Structure, aku dikejutkan oleh satu sms dari hubby yang menyatakan Pak Ya diserang strok dan kini berada di PPUM.

2. Kami tiba di PPUM hampir jam 4pm. Rupanya Pak Ya sudah dimasukkan ke wad sejak 3 June lalu. Namun, tiada yang menghubungi kami. Aku faham perasaan hubby yang agak terkilan kerana lambat dimaklumkan. Dia agak rapat dengan Pak Ya yang dah dianggap seperti keluarga sendiri.

3. Pak Ya adalah bekas staf di Kolej Kedua,UPM semasa kami belajar di UPM dahulu. Hubby kenal lagi lama daripada aku kenal Pak Ya. Aku masuk UPM tahun 1995, hubby tahun 1993. So, lebih kurang 14-16 tahun kenal. Banyak aktiviti kolej yang kami lalui bersama...dari mendaki gunung, tracking/camping dalam hutan Merapoh dan memancing ikan kelah, berakit di empangan Grik, berkayak di PD, memancing di Pulau, sungai, empangan, berkampung angkat di Pulau Sibu, ber'reatreat' di Cameron Highlands, Pulau Sibu, Lata Belatan, dan banyak lagi kenangan2 manis bersama2 Pak Ya.

4. So, bila melihat keadaannya begitu, kami agak terkedu. Badannya sudah semakin susut..tangan kirinya tak boleh digerakkan kerana kesan jangkitan kuman di otak yang gagal menghantar isyarat dari aras siku ke hujung jari.

Kami hanya mampu berdoa semoga Pak Ya cepat sembuh dan meneruskan hobinya seperti selalu.

Tuesday, June 09, 2009

Angin tak baik..

1. Sejak dari semalam aku bengang dengan kedatangan pelajar ke kelas.

2. Kadang2 sengaja aku lewat ke kelas (dalam 5 minit lewat) supaya pelajar bersedia di dalam kelas menunggu. Bila sampai, boleh aku terus lecture jer.

3. Semalam bila aku tiba di kelas jam 2 petang, sorang pelajar pun takde. Aku yang menunggu mereka lebih kurang 10 minit. Buang masa kan? Sedangkan semalam adalah last lecture sebelum final. Itu HND student tuh yang mana kedatangan ke kelas akan menentukan lulus atau gagal subjek yang diambil.

4. Kelas hari ni di JATI. Aku yang agak terlewat selama 10 minit terkocoh2 ke kelas risau kalau2 pelajar lama menanti. Alangkah ber'angin'nya aku apabila mendapati hanya 2 pelajar yang ada. Yang lain2 berlenggang datang 10-20 minit kemudiannya. Ingatkan kita dah lambat, rupanya mereka lagi lambat. Langsung tak tau nak respect dan tak segan apa2.

5. Kelas jam 2 petang ni pun sama jugak. Setibanya aku di kelas, hanya beberapa pelajar yang menunggu. Bukan hanya international student, local student pun sama je teruk. Aku sound direct jer..tak boleh nak ditahan2. Tak reti2 nak ontime datang ke kelas. Memang jadi kepantangan aku orang yang lewat ke kelas nih apatah lagi ponteng kelas. Mungkin masa aku belajar dulu, aku dah biasa menunggu pensyarah daripada pensyarah menunggu aku. Kalau terlambat masuk ke kelas, rasa bersalah yang amat dan segan sangat. Apatah lagi nak ponteng kelas. Tidak pernah walau sekali aku sengaja tidak hadir ke kelas walau letih, ada test, sibuk waima sakit sekalipun selagi aku boleh bangun. Tidak hadir ke kelas bukan hobi aku malahan aku rasa ketinggalan dan tidak sempurna pada hari tidak hadir ke kuliah.

6. Bagi aku, pelajar yang tidak ke kuliah menunjukkan dia tidak ada self of respect kepada gurunya...dan tidak akan memperolehi keberkatan belajar walau bijak/pandai sekalipun.

7. Aku tidak akan sesekali membantu orang yang malas walapun otaknya pandai. Sebaliknya aku lebih rela membantu pelajar yang menunjukkan usaha, inisiatif dan kesungguhan belajar walaupun kurang pandai.

8. Sekian sahaja luahan rasa pada hari ini. (Yang tak tahannya berlaku 2 hari berturut2 tuh!)

Wednesday, June 03, 2009

Nasib baik dan tak baik..

1. Tetiba jer pagi ni si Wira buat hal. Tak boleh nak start. Semalam lagi dia bagi hint, tapi tak sangka pulak sampai berlanjutan pada pagi ni. Nasib baik hubby belum sampai ofis, dan nasib baik jugak si kecik dah dihantar ke TASKA, dan hari ni ibu takde kuliah. Yang nasib tak baiknya, kesian kat hubby kena tolak kereta sensorang.

2. So, berjalan la kami ke ofis..nasib baik ofis dekat. Nasib baik tu ada jer. Yang nasib tak baiknyer..melayang pagi ni rm150 tukar bateri baru..uhuhu. (Walau dapat gading bertuah, tanduk jugak yang disayangi..si Kancil jarang meragam!)

3. Lepas tukar bateri, hubby suruh ke klinik untuk checkp up. Ingatkan nak pergi petang ni atau esok lusa jer. Sebab gue rasa akan kantoi kalau pergi check up pagi nih! (sarapan makan roti canai+teh tarik! ayyakkk...)

4. Sampai kat klinik, alhamdulillah tak ramai orang. ..nasib baik lagi! Tinggal 4 orang nak sampai turn ibu. Harap2 tak jadi macam kes dalam paper yang ibu baca semalam, 4 orang pesakit menunggu tapi makan masa 3 jam setengah.

5. Timbangan, naik sekilo setengah dalam masa sebulan, sepatutnya setengah kilo jer sebulan..heheh..mmg ibu qhada' makan pun...makan tak hengat. Tekanan darah normal.

6. Yang tak nasib baiknya, urine test ada gula, hemoglobin darah kurang. Patutlah semalam ibu sakit kepala tak tahu punca. Ibu pulak jenis culas nak makan supplement..heheh..padahnya, next checkp up 2 minggu sekali la untuk monitor.

7. Result MGTT last month pulak sipi2 nak kena diabetic. So, kena buat sekali lagi semasa 28 minggu...yarkkk..

8. Last skali kena inject tetanus, sakit wehhh. mau 2,3 hari tak boleh angkat tangan kiri nih.

Monday, June 01, 2009

Ke Melaka lagi..

Semalam kami ke Melaka lagi. Sepupu hubby dari Klang kawen dengan orang Air Molek, Melaka. Keluarga hubby memang asal dari Melaka.

Kami bertolak pagi lebih kurang jam 8.30am, hanya mengambil masa lebih kurang sejam lebih dari rumah kami di Mantin.

Sebelum bertolak ke rumah pengantin, macam biasa la..ada port. Kali ini rumah Makcik Sariah, mak saudara hubby. Aku tak berapa kenal sangat sebab banyak sangat bersimpang siur keluarganya. Ada yang satu bapak, ada yang satu mak. Skali jumpa, skali berkenalan..heheh

Jam 11am, mula bertolak ke rumah pengantin. Kumpul lagi kat Balai Raya. Dah hampir ngan rumah pengantin. Jalan kaki jer. Lepak2, minum2, sembang2..biasa la kalau dah kumpul ramai2 nih.

Kol 1pm, ahli kompang mula datang menyempurnakan tugasan. Dengar citer musim2 cuti sekolah ni, income kumpulan kompang kat kampung sungguh kencang weh. Jadi rebutan! kena Q amik kupon dulu. Banyak sungguh signboard kenduri kawen, confius den mana satu majlis nih.

Tiba masa dan kejadian nak menjamu selera, si kenit yang kecik buat hal. Orang sibuk nak makan nasik pengantin, dia sibuk nak gula-gula la, nak biskut la..ish..geram sungguh!

Sudahnyer kami 4 beranak makan nasik bukan kat meja pengantin. Adoiii..frust sungguh! len kali kena tinggal neh!!

Balik kenduri, FIL nak singah umah Mak Ngah pulak. Cerita punya cerita (biasa la orang tua bergosip nih..) hampir 3 jam sangkut kat situ. Bestnya suasana kampung. Jenuh la Luqman & Luthfil dok kejar ayam makan, kacau kucing tidur, jolok arnab dalam sangkar, tgk kolam ikan keli (saiz ikan keli sama besar dengan bapak kucing!). Aku dan hubby puas hati dapat makan kuini yang isi dan rasanya yang sangat maveles tuh!

Kalau ada rezeki, time rambutan dan durian masak nanti, kami pegi lagi yeah!!