1. Sabtu lepas, ketika sedang khusyuk mengikuti Workshop on Examination Question Paper Setting & Structure, aku dikejutkan oleh satu sms dari hubby yang menyatakan Pak Ya diserang strok dan kini berada di PPUM.
2. Kami tiba di PPUM hampir jam 4pm. Rupanya Pak Ya sudah dimasukkan ke wad sejak 3 June lalu. Namun, tiada yang menghubungi kami. Aku faham perasaan hubby yang agak terkilan kerana lambat dimaklumkan. Dia agak rapat dengan Pak Ya yang dah dianggap seperti keluarga sendiri.
3. Pak Ya adalah bekas staf di Kolej Kedua,UPM semasa kami belajar di UPM dahulu. Hubby kenal lagi lama daripada aku kenal Pak Ya. Aku masuk UPM tahun 1995, hubby tahun 1993. So, lebih kurang 14-16 tahun kenal. Banyak aktiviti kolej yang kami lalui bersama...dari mendaki gunung, tracking/camping dalam hutan Merapoh dan memancing ikan kelah, berakit di empangan Grik, berkayak di PD, memancing di Pulau, sungai, empangan, berkampung angkat di Pulau Sibu, ber'reatreat' di Cameron Highlands, Pulau Sibu, Lata Belatan, dan banyak lagi kenangan2 manis bersama2 Pak Ya.
4. So, bila melihat keadaannya begitu, kami agak terkedu. Badannya sudah semakin susut..tangan kirinya tak boleh digerakkan kerana kesan jangkitan kuman di otak yang gagal menghantar isyarat dari aras siku ke hujung jari.
Kami hanya mampu berdoa semoga Pak Ya cepat sembuh dan meneruskan hobinya seperti selalu.
No comments:
Post a Comment