Friday, June 19, 2009

Durian


Semalam routine check-up. Alhamdulillah lepas..urine test ok, takde gula. Cuma timbangan berat badan aku naik. Ntah2 alat timbang tu rosak kot..hahahha..sepatutnya trisemester kedua ni, kenaikan cuma 1/2kg ajer..tp semalam naik 1.5kg. Perghhh..
On the way ke klinik tu..dalam kepala aku dah ada angan2 nak makan durian. Asyik tengok jer kiri kanan jalan orang jual durian..mana aci kan?
Rupanya hubby pun teringin sama gak...hehehe..selalu kami mempunyai instinct yg sama..macam ada telepati gitu..huhuh. Aku bukan lah dalam kategori 'hantu durian'..setakat nak penuhi keinginan jer..makan bukan banyak pun.
Dan2 jer kat tepi jalan aku nampak ada untie tu baru tengah longgok2 kan duriannya..agaknya baru keluar dari kebun kot. Masih panas lagi nih. Hahaha..apa lagi..makcik nih dengan penuh ayunya buat U-turn. Aku stop jer kereta, ada la pulak mamat 2 orang naik motor tu stop jugak. Kacau daun btol la.
Bukan selonggok, tapi 2 longgok aku borong! Isi durian tu..hulammaakkk..marvelous! Kuning, isi tebal, dan manissss sangat. Aku makan 6 ulas jer..hehehe..tak banyak kan?

No comments: