Sudah acap kali aku dengar kes-kes pelajar yang kena cekup kerana didapati berdua-duan di dalam satu rumah/bilik. Baru semalam ada sorang bekas pelajar aku mengadu yang rumahnya diibaratkan hotel apabila sering dikunjungi lelaki-lelaki (bf) housematenya. Nak ditegur, katanya takut.
Nak dijadikan cerita, semasa aku baru keluar rumah untuk ke opis pagi tadi, aku terserempak dengan seorang felo asrama dan pak guard yang sedang mengiringi sepasang kekasih yang ditangkap dalam rumah kerana berada dalam keadaan mencurigakan.
Sebelum ni pun kakak jiran depan rumah aku selalu mengadu yang rumah atas selalu buat bising sampaikan dia tak boleh nak tidur.
Dah kena tangkap dengan pihak asrama ni..tak pasti la apa tindakan yang bakal menyusul. Yang pasti aku tengok sekarang, pelajar semakin berani kerana penguatkuasaan ke atas pelajar yang ditangkap berdua-duan ni tak berapa berat sangat.
Wallahuallam.
No comments:
Post a Comment