Wednesday, June 03, 2009

Nasib baik dan tak baik..

1. Tetiba jer pagi ni si Wira buat hal. Tak boleh nak start. Semalam lagi dia bagi hint, tapi tak sangka pulak sampai berlanjutan pada pagi ni. Nasib baik hubby belum sampai ofis, dan nasib baik jugak si kecik dah dihantar ke TASKA, dan hari ni ibu takde kuliah. Yang nasib tak baiknya, kesian kat hubby kena tolak kereta sensorang.

2. So, berjalan la kami ke ofis..nasib baik ofis dekat. Nasib baik tu ada jer. Yang nasib tak baiknyer..melayang pagi ni rm150 tukar bateri baru..uhuhu. (Walau dapat gading bertuah, tanduk jugak yang disayangi..si Kancil jarang meragam!)

3. Lepas tukar bateri, hubby suruh ke klinik untuk checkp up. Ingatkan nak pergi petang ni atau esok lusa jer. Sebab gue rasa akan kantoi kalau pergi check up pagi nih! (sarapan makan roti canai+teh tarik! ayyakkk...)

4. Sampai kat klinik, alhamdulillah tak ramai orang. ..nasib baik lagi! Tinggal 4 orang nak sampai turn ibu. Harap2 tak jadi macam kes dalam paper yang ibu baca semalam, 4 orang pesakit menunggu tapi makan masa 3 jam setengah.

5. Timbangan, naik sekilo setengah dalam masa sebulan, sepatutnya setengah kilo jer sebulan..heheh..mmg ibu qhada' makan pun...makan tak hengat. Tekanan darah normal.

6. Yang tak nasib baiknya, urine test ada gula, hemoglobin darah kurang. Patutlah semalam ibu sakit kepala tak tahu punca. Ibu pulak jenis culas nak makan supplement..heheh..padahnya, next checkp up 2 minggu sekali la untuk monitor.

7. Result MGTT last month pulak sipi2 nak kena diabetic. So, kena buat sekali lagi semasa 28 minggu...yarkkk..

8. Last skali kena inject tetanus, sakit wehhh. mau 2,3 hari tak boleh angkat tangan kiri nih.

No comments: